usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Wednesday, 26 June 2013

hari keluarga SAINS

pada 22.06.13 (sabtu) yg lepas telah berlangsungnya hari keluarga SAINS di Permaisuri Resort POrt Dickson.

si putri ngan along bukan main hepi lg mandi swimming pool. tak banyak gambar yg aku snap tp layan lah

Sunday, 2 June 2013

dah menjalankan tanggungjawab


pada 05.05.2013 (ahad) yang lalu kita sebagai rakyat mesti menjalankan tanggungjawab kita. so aku bersama keluarga menjalankan amanat sebagai rakyat keluar mengundi.

dalam ic aku alamat kampung so aku kena mengundi di kampung halaman lah. aku menjalankan tanggungjawab mengundi di kampung sambil melawat mak, abah dan adik beradik di kampung. aku balik pun berdua je dengan putri. dia pun dah lama sangat tak naik bas paling last waktu dia umur dalam 8 bulan waktu tu aku pergi ke Perak rumah sewa kaklong. sekarang pun kaklong balik ke kampung halaman dan menetap disana.

ada sedikit kenangan aku semasa pru13 dan perjalanan ke kampung.

sebelum balik kg singgah di Losong borong keropok 



sos koropok... nyum2



tarikh keramat pergi menunaikan kewajipan pada negara


sayang abah... Ghazali b Zakaria

WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN AYAH ANDA

~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

semoga abah panjang umur dan sihat sejahtera untuk menjadi pemerintah keluarga Pok Din



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..
Wednesday, 1 May 2013

putri kena influanza

pada 11.01.2013 yang lepas putri dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di seremban kerana mengalami demam dan sesak nafas. masa ni aku tengah kerja tiba2 ada satu pangilan dari adik aku dirumah yang menyatakan putri mengadu sesak nafas. tanpa berlengah lagi aku terus pulang ke rumah untuk melihat keadaan putri.

sampai di rumah aku tengok putri tengah tengok tv, aku tanya kenapa adik? jawab dia adik susah nak bernafas. tanpa menunggu hubby aku terus bawah putri ke klinik berdekatan. doktor cakap putri demam panas dan kena masuk wad.

petang tu jugak aku bawak putri ke hospital tanpa di temani oleh hubby. hati rasa macam ada sesuatu yang tak kena. sampai di hospital adik kena cek demam, cek xray di bahagian dada untuk tahu apa punca dia sesak nafas.

selesai nurse membuat checkup adik dimasukkan ke wad kanak2. yang menjadi sayu adik kena cucuk untuk dimasukkan air (macam biasa prosedur masuk wad) sebab dia tak biasa dengan jarum. merayu2 dia dekat aku supaya membuka jarum di tangan.puas aku pujuk supaya dia diam dari tangisan dia tetapi dia tetap menangis sehingga tertidur.

malam tu aku tak dapat lelapkan mata kerana putri masih merengek dan menangis nak balik dan menyuruh aku bukakan jarum ditangan. waktu malam baru lah doktor wan datang untuk membuat pemeriksaan tetapi aku masih bingung kerana belum ada keputusan apa sebenarnya masalah adik. doktor cuma cakap adik demam panas.

keesokkan nya (waktu petang) nurse datang jumpa aku dan menyatakan kepada aku bahawa adik kena jangkitan influanza h1n1. masa tu aku rasa hangat pipi aku dengan air mata yang tak mampu aku tahan. nurse menenangkan aku supaya bersabar dan refer aku kepada ketua nurse (sister). sister membawa aku ke biliknya dan menerangkan penyakit ini cuma macam batuk biasa. aku berpikir sejenak, kalau penyakit ini hanya penyakit biasa kenapa dah ramai yang meninggal kerana penyakit ini?

sister menerangkan bahawa putri hanya suspect tetapi naluri ibu tetap menyatakan bahawa dia telah dijangkiti. malam tu putri di kenakan quarantin di bilik berasingan. seminggu jugak lah putri kena duk dekat wad sampaikan aku ngan hubby berkampung dekat hospital.

 ni hari pertama putri dekat wad













pusing2 kuala lumpur

bulan lepas aku bersama putri dan mr hubby jalan2 cuci mata di sebuah pasaraya. lama tak ambik gambar, dah bergambar rasa kekok pulak. si putri tu setiap kali aku nak bergambar ngan dia ada je memek muka yang buat aku rasa geram... makin besar macam2 karenah dia tunjukkan. aduhai putri...

 bila aku cakap "adik, ibu nak ambik gambar ni" dia jawab "ambik lah adik tak nak tengok, malas" aduhai...




 "adik, ambik gambar ngan ibu, tengok abah" 


tengok mr hubby muka pelik mengalahkan si putri. apa2 pun time ni along tak dapat ikut sebab dia ada perlawanan persahabatan dengan sekolah2 di seremban.
Sunday, 14 April 2013

selamat pengantin baru Fahmi & Syima

pada 13.04.2013 (Sabtu) aku, hubby dan Putri pergi ke majlis kenduri kahwin fahmi dan syima. along tak ikut sebab dia ada game (bola). aku dan keluarga tak lama di majlis sebab kami datang pun dah lewat. lebih kurang pukul 2.45 pm baru sampai orang dah beransur/berkurangan.

yang buatkan kami lambat adalah memilih hadiah buat raja sehari ini lah. heheheh.... salah sendiri. ada 2 gambar kenang-kenangan kami bersama mempelai.

 bahagia terpancar pada kedua-dua mempelai ni
Monday, 8 April 2013

Azab Bagi Wanita

Azab Bagi Wanita  (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)  Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat  Renungan  khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....   Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat  Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.   Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,  "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.  Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.  Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.  Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.  Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,  beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang  rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.  Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka  disiksa seperti itu?  *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.  *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.  *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.  *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.  *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.  Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.  Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:   1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.  2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.  Salam Ukhuwah..~
semua kaum hawa
Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:


1.. Biarkan infi ini tetap dalam facebook Tok Wan.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

Salam Ukhuwah..~

UseZally