bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday, 2 June 2013

sayang abah... Ghazali b Zakaria

WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN AYAH ANDA

~APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH~

semoga abah panjang umur dan sihat sejahtera untuk menjadi pemerintah keluarga Pok Din



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Begitulah pengorbanan seorang insan bergelar ayah ..

Related Post:

  • kerja di opiskerja yang sentiasa tak sudah2.... poyo je sebenarnya minggu ni dr isnin smpai khamis training je keja aku xsiap2 lg ni. kepala dh migrain plk ni... aduhai. 
 Read More
  • dah menjalankan tanggungjawabpada 05.05.2013 (ahad) yang lalu kita sebagai rakyat mesti menjalankan tanggungjawab kita. so aku bersama keluarga menjalankan amanat sebagai rakyat keluar mengundi. dalam ic aku a
 Read More
  • hari keluarga SAINSpada 22.06.13 (sabtu) yg lepas telah berlangsungnya hari keluarga SAINS di Permaisuri Resort POrt Dickson.si putri ngan along bukan main hepi lg mandi swimming pool. tak banyak gam
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment