Tiktok Mekyuhhh

Tuesday, 8 January 2013

Susah bangun

Hari ni putri aku susah nak bangun siap ckp "adik belum cukup tidur lagi"... Eeemmm...

Masuk je bilik air terus meraung, bingit telinga aku... Dah abis mandi pun xhabis menangis. Aku kesian plak tengok dia tu. Memang mengantuk giler tu.

Aku pujuk dengan nak belikan dia sushi. Harap ari ni aku tak lpa ngan janji aku
Wednesday, 2 January 2013

kedatangan yang diundang (part 3)

pada pagi berikutnya 22.12.2012 kami sekali lagi berlepas ke kuala lumpur menikmati permandangan disana (iyealah sangat permandangan tu... huhuhu). kenapa kami ke KL adalah keluarga singapore ada booking hotel memandangkan mereka balik (naik bas) melalui kl.

sebelum berangkat sempatlah kami beramah mesra merakam kan gambar2 untuk tontonan umum.





inilah serba sedikit perjalanan 'kedatangan yang diundang' buat tatapan kawan2 blogger. sekian, terima kasih... heheheh

kedatangan yang diundang (part 2)

kita sambung balik dari part 1 yang ari tu yea...

keluarga dari Singapore sampai lebih kurang pukul 6.30pm, sampai jer terus plan nak gi mana. huh... larat sungguh mereka tu. aku pun x selarat mereka kalau bab berjalan ni. heheheh

selepas makan malam dalam pukul 11.00pm kami gerak ke downtown di petaling jaya. Adik ipar aku jadi pemandu arah maklumlah dah lebih sepuluh tahun menetap di kl dan tahu selok belok jalan disana.



meja terpanjang pada malam itu...

gambar di downtown tak de ler... xpat nak tayang dekat korang semua.
Tuesday, 1 January 2013

selamat tinggal kenangan


hari nie adalah hari pertama tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. banyak yang terpaksa aku hadapi di tahun 2012 ada yang tidak mungkin aku lupakan sejarah suka, duka, pahit dan manis telah meniti di fikiran aku yang semakin kabur dek usia.


walau apa jua rintangan yang aku hadapi hanya DIA sahaja yang mengetahui perjalanan hidup aku yang semakin hari semakin mencabar ini. aku sentiasa impikan kebahagian di dunia dan di akhiran tetapi kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah lari dari kesilapan dan kekurangan.

setiap kali masuk nya tahun baru semua orang akan mengazamkan sesuatu begitu juga aku. hidup di rantau orang membuatkan aku terlalu merintih untuk pulang ke negeri kelahiran aku tetapi apakan daya rezeki aku masih di sini.

ada sedetik aku tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa aku disini.... semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baru yang boleh membahagiakan aku disini... amin.

buat kawan2 blogger semoga kita sentiasa berhubung walaupun kita tidak pernah bersua di alam nyata. disini juga aku memohon jika penulisan aku di alam maya ini ada membuat hati2 yang terluka aku mohon maaf dan ampun. semoga tahun baru 2013 aku mendapat ramai kenalan di blogger ini. amin

azam aku ???? tahun ni kalau boleh aku nak renovate rumah... semoga tahun ini merupakan tahun yang lagi murah rezeki aku.

tahun ini juga merupakan tahun UPSR anak sulung aku, azam aku cuma dia cemerlang dalam peperiksaan tersebut... amin.
Thursday, 27 December 2012

kedatangan yang diundang (part 1)

pada 21.12.12 - 23.12.12 keluarga dari Singapore datang ke rumah aku sempena cuti sekolah buat sekian kalinya. hepi rasa hati kami sekeluarga menerima kedatangan dari mereka. tak lupa juga wakil dari terengganu iaitu awie dan wife (ain), faizal dan mak tersayang.

keluarga dari terengganu datang pada 21.12.12 kol 2.30am. keluarga dari singapore bertolak dari Larkin pada pukul 10.00am dan sampai di perhentian (lupalah hentian apa.. salak selatan ker...) pukul 3pm


21.12.12 (jumaat) sementara menunggu famli dari singapore sampai sempat keluarga dari terengganu gi jalan2 di jusco dekat ngan opis aku so  masa lunch sempat ler aku joint mereka makan.



mak, nak posing jap... pasni sambung bebel balik k


 tak nampak lah mak... hahhahhaha


my hero...

Bonus 2012

Hari ini kami warga SAINS telah mendapat bayaran bonus yang tak disangka-sangka. Sykt dh nak bagi kan so... Alhamdulillah syukur pada Illahi semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin
Tuesday, 25 December 2012

sudah sebulan

dah hampir sebulan aku tak update blog aku nie. buka tak ada cerita terbaru tapi entah lah rasa malas plak nak update. nie dalam kepala dah terlalu banyak entry nak masukkan so mukadimahnya ucapan salam kepada kawan2 pembaca blog aku ni.