Tiktok Mekyuhhh

Wednesday, 1 February 2012

wad at kpj (part 1)

tadi aku dah crita pasal hubby kena operate balik disebabkan ada benda asing di entry ini

sekarang jam 2.45pm hubby dimasukkan di bilik operation dan aku difahamkan bahawa operation ini memakan masa tidak lebih dari 1 1/2 jam sahaja. harap tiada perkara buruk berlaku pada hubby. kawan2 semua tolong doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan.

 lena nya dia tidur lupa sekejap yang kejap lagi dia kena operate. eeemmmm... hubby sempat berkeroh.


 memikirkan apa akan terjadi selepas ini. adakah terlalu sakit atau macam mana?? ahhhh... tension. heheheh... aku ada cakap ngan dia yang kaum hawa lagi besar belah nak kuarkan baby ok jer. lagi lah dia mengamuk. hahaha... huby.... hubby...

kena paksa senyum

AJL 26 (part 2)

nie plak antara artis yang memeriahkan majlis ajl26 di carpet biru, macam2 fesyen boleh kita tengok so layan jer ler...
































AJL 26 (part 1)



walaupun ajl26 sudah berlalu dan berita dah basi aku nak juga memeriahkan blog aku nie dengan berita ajl26 nie. mula2 nak cakap pasal lagu. eemmm.. semua lagu yang dipertandingkan memang best2 belaka. dan lagu yang paling aku suka adalah paduan suara 3 wanita hebat iaitu ning baizura, jac dan shila memang berbaek punya lah. lagu nya yang shahdu dan memang layak menang walaupun ditempat ke2

lagu awan nano memang layak menjuarai ajl26 kali ini kerana memang lirik yang mantap dicampur plak dengan suara hafiz yang memang lunak merdu. paling best mati2 aku ingat herman tino tu ayah dia dengan rambut sama dan rupa memang seiras juga lah, the best lah mereka.

kita layan jap gambar2 mereka...













gambar para pemenang :





tahniah kepada mereka semua...

masuk wad lagi


ingat x entry appendix yang aku penah crite dulu yang hubby kena operate tu skarang ni ada benda tertinggal kat dalam perut dia tu. susah ati hubby bila doktor cakap kena buang benda asing tu. klu nak lagi lanjut pasal operate appendix tu klik kat sini

kesian dah aku tengok dia tidak keruan bila doktor suh dia operate balik. masa masuk wad ari khamis doktor dah suh operate tapi dia mintak tangguh. nak pikir cakapnya... eeemmm, macam tu pun ada aduh aku n famli geleng kepala jer.

setelah dia beberapa kali berfikir dan diberi nasihat supaya melakukan pembedahan ini baru lah hati dia lembut nak mendengar kata. aku bukan apa cuma takut perkara lain pulak berlaku kalau melengahkan perkara ini.