diam x diam puasa kita dah nak sampai ke kemuncak kan. lagi 3 hari kita menjelang hari lebaran. di kesempatan ini saya, Yuslina bt Ghazali ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan2 blogger dan rakan2 seangkatan yang selama ini menjadi sahabat gelap ku semoga hari2 yang mendatang akan lebih bermakna dalam hidup kita... amin.
ari nie aku last keja sempena menyambut hari lebaran ini. 20hb aku naik keja balik bestnya nak balik kampung. doakan kepulangan kami sekeluarga selamat sampai kampung dan selamat balik seremban k. xsabar nak jumpa mak, abah, kak long dan adik2 sekalian... yeehaaa.... balik ganu lg aku tahun nie... amin. semoga tahun depan dan tahun2 akan datang aku dapat menatap muka mak dan abah lagi (semoga panjang umur kami).
buat suami tercinta selamat menyambut hari raya, banyak salah dan silap aku selama ini buat mu. semoga kita akan kekal bahagia disamping anak2 tersayang... amin.
untuk anak2 ibu selamat menyambut hari lebaran. tahun nie kalian masih kanak2 so ibu xdelah bimbang sangat pasal kelengkapan raya kalian coz kalian belum pandai memilih... ahaks.
so dah xde apa nak ucap kan nie... SeLaMaT mEnYamBUt hArI RaYa
Klik pada wajah di foto untuk menanda mereka. AiNa akan diminta meluluskan semua tanda sebelum orang lain boleh melihatnya.
pada 2hb ogos 2010, kami sekeluarga berbuka puasa di Alson Klana. Hepi sangat si Along, banyak dia ambik makanan. dari awal puasa lg dia dah cakap ngan aku n abah dia yang dia teringin buka puasa di hotel. dapat juga dia kan.... alhamdulillah.
sebenarnya masjlis berbuka puasa di Alson Klana nie pakarunding (HMSB) yang jemput kami. rezeki si along lah nie kira ok lah kan... syahdu aku tengok dia makan dengan selera dan gembira. layan lah picture yang aku ambik dari camera adik praktikal (dina)
banyak perkara yang kita xmahu berlaku pada diri kita tapi telah berlaku. mungkin Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran kita sebagai seorang umatNya? Aku juga tidak ketinggalan diuji dengan berbagai perkara yang dijangka mahupun tidak dijangka. apa2 perkara aku kena redha dan pasrah, mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku ini.
kadang2 kita dituduh menipu sedangkan kita sendiri ditipu. apa perasaan korang kalau dituduh demikian rupa? sakitnya dan pedihnya perasaan nie... apa yang patut aku buat adalah bersabar dan pasrah dengan ujian yang mendatang... Ya Allah tabahkan lah hati umat Mu yang Daif ini.. Amin