Tiktok Mekyuhhh

Monday, 19 October 2009

MUTIARA KATA HARI INI

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.

Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.

Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.

Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.

Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.

Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Kecantikan lelaki dan wanita Islam

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
Fikir-fikirkan lah selamat beramal....
Friday, 16 October 2009

Bunga Yang Cantik Jarang Yang Wangi

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan segala pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang beribu.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya, maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang paling indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat kepada suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran :

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

Jadilah bunga yang cantik dan wangi

Thursday, 15 October 2009

gambar raya




nie gambar raya masa g umah fazarina (kawan hubby) di kuala pilah pada ari sabtu 10.10.2009. dia masak pun sedap. dia hidangkan kat kami mee/bihun soto. 2x lah aku tambah.... memang makanan favourate aku...

gambar nie pun aku ambik kat fotopage dia... aku nie jenis malu skit nak ambik gambo

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita sama2 mempraktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..jangan tidor berlebihan.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..kecuali dah lama hidup ..ok


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..kerja satu team..


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Friday, 9 October 2009

adik beradik aku

Monday, 5 October 2009

raya 2008

pindah opis

salam....

hari ni 05.10.2009 (isnin) adalah hari pertama aku keja kat opis baru. kami baru pindah ari jumaat ari tu, penat masih belum hilang lg.... smlm pun kena datang keja coz nak kena setting network. opis baru nie jauh gak lah dari umah tp aku dah biasa coz sebelum nie pun aku keja kat daerah seremban... skarang nie pun kat seremban 2 gak. nti aku tunjukkan gambar opis baru SAINS HQ kt tontonan korang yea