Tiktok Mekyuhhh

Wednesday, 2 September 2009

RAMA-RAMA DAN BUNGA

Dikisahkan seorang lelaki telah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki tersebut berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberianNya berbeza daripada permintaannya.

Pada fikirannya, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai makhluknya untuk diuruskan. Begitulah sangkaannya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Setelah berlalu suatu tempoh masa yang panjang, ada sesuatu yang amat memeranjatkan telah berlaku.

Pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu mula ditumbuhi bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung pula, ianya telah bertukar menjadi rama-rama yang begitu cantik dan indah.

Lihat betapa indahnya susunan dan aturan Allah. Cara Allah sentiasa menjadi yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah pada pandangan kita yang kadang-kadang tidak mahu berfikir.

Jika kita memohon sesuatu dan menerima setiap pemberian Allah dengan rasa bersyukur, yakinlah Allah pasti akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hambaNya. Jadi teruskan berdoa tanpa ada perasaan ragu-ragu dan mengeluh.

Jadilah seperti ulat yang lahirnya berkeadaan hina, tetapi kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang.

Bersangka baiklah terhadap Si Pencipta.

sila renung-renungkan

Bertarikh 1 Julai 2009, satu lagi sejarah hebat tercipta di Malaysia. Sejarah hebat yang sungguh pahit untuk dikenang dan sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Akhbar Utusan hari ini melaporkan kisah tragis kematian seorang bayi perempuan yang telah direndam hingga mati oleh seorang seorang lelaki di dalam baldi cat.

Sukar untuk kita bayangkan bagaimana keadaan bayi tersebut ketika diperlakukan sedemikian. Insan kecil yang tidak mempunyai apa-apa kudrat untuk melawan, diperlakukan sedemikian rupa.
Ketika ini, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Aku diulit kesedihan bila mengenangkan nasib yang menimpa bayi tersebut.

Kalaulah bayi itu ditakdirkan boleh bersuara, sudah pasti bayi tersebut akan menangis memohon simpati. Dan kalaulah baldi cat itu boleh bersuara, baldi itu pun pasti akan berteriak menghina kejelekan lelaki tersebut.

Sungguh zalim kamu wahai manusia !


NILAI KASIH DAN SAYANG



Rupanya rasa kasih dan sayang itu bukan semata-mata anugerah Allah untuk makhluknya yang bernama manusia sahaja, bahkan seluruh hidupan yang melatari bumi ini bisa menikmatinya.

Sukar untuk kita bayangkan bagaimana kasih dan sayang yang dipamerkan oleh binatang yang berlainan jenis tetapi mampu untuk berkasih dan bermanja bagaikan mereka sebulu, seibu dan juga sebapa.

Sesekali makhluk bernama manusia perlu meneladani mereka. Mungkin ini juga satu peringatan dari Si Pencipta, lantas didatangkanNya binatang sebagai perumpaaan.

Tika dan saat manusia hilang nilai kemanusiaan, rupanya makhluk yang bernama binatang telah memimjamnya. Memimjam untuk menyedarkan manusia betapa manusia kini terlalu jauh dari nilai kasih dan sayang dalam kehidupan.

Aku sayang akan kamu semua...

bersediakan anda?

Dewasa ini, membelek dada akhbar boleh diibaratkan seperti membaca satu persatu data kematian. Mata anda tidak pernah lekang daripada menikmati sajian kematian.

Namun, dalam limpahan sajian itu, hanya sedikit sahaja coretan berita kematian disebabkan oleh sakit yang lama. Kebanyakannya disebabkan oleh kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Ramai antara kita yang menganggap mati itu hanya tiba apabila kita sakit atau kerana kita sudah tua.

Itu hanyalah mitos semata-mata.

Walhal secara realitinya sebahagian besar kematian berlaku ketika seseorang masih sihat dan muda. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya kerana alpa dengan dunia yang serba-serbi indah dan melekakan ini.

Akhirnya mereka lupa untuk menyediakan bekalan untuk hari pengadilan yang Maha Dahsyat itu.

Adakah anda juga termasuk dalam golongan tersebut?

Tepuk dada, tanya hati.

Fakta Menarik Yang Tak Di ketahui Ramai

1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly)ialah' flutterby' ..

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan 12345678987654321.

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk - penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita

APA NASIB KITA

Ini adalah sekelumit kisah masa depan. Pada hari itu, manusia mendongak ke langit, didapati langit berjalan-jalan. Dilihat pula bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Maka sedarlah mereka bahawa mereka kini berada di padang mahsyar.

Maka manusia mula bertempiaran mencari seseorang yang dapat memberikan syafaat kepadanya. Bermula dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Isa, namun semuanya tidak membuahkan hasil.

Hinggalah akhirnya, manusia dipertemukan dengan Nabi Muhammad saw. Berkat kasih sayang Rasulullah, maka Allah menyelamatkan umat manusia dari ditimpa azab yang sangat pedih.

Inilah sekelumit kisah masa depan ketika hari kiamat. Dikala segalanya sudah berakhir, manusia akan bertempiran umpama anak ayam yang mencari tempat berteduh ketika hujan kunjung tiba.

Hangat matahari yang hanya sejengkal itu, jauh lebih dahsyat jika dibandingkan dengan dugaan 'sesat' di jalanan ketika berada di dunia.

Mampukah anda bayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh si penderhaka ketika itu?

Adakah anda sanggup menghadapinya?

Fikir-fikir dan renungkanlah...

Salam ramadan 2009

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan 2009 buat seluruh pengunjung blog saya ini.

Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan penuh amal kebaikan dan memacu kesungguhan dalam memperbaiki diri.

Seeru ‘alaa barakatillaah.

puasa

(Puasa yang diwajibkan itu ialah)
beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

[185] (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) , maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.