Sementara mak ada dekat dengan aku (rumah adik di Puchong) datang jenguk dia kat sana sambil lepak-lepak bersama adik beradik yang ada disini iaitu Ana, Faizal, Nurman dan Zalina.
Macam biasa aktiviti kami yang tak boleh lari adalah makan-makan serta bersuka ria. Aku kesana pada ari sabtu 05/07/2025 dah petang sebab janji nak lepak dekat Taman Putrajaya. Kami sampai sana pun pukul 5.30 petang, suka la Si Adha dapat berlari dan beriadah disitu.
lepas lepak-lepak sambil beriadah, kami balik ke rumah Faizal untuk solat dan mandi sebelum keluar ke ioi mall putrajaya untuk main bowling.... Penat weh tangan main bowling, baik main netball badan sihat dan otak cerdas hehehehe...
Balik dari main bowling kami makan nasi dan yang paling best makan durian. 3 Bakul beli durian dengan pelbagai jenis. antaranya adalah ioi, kampung mix, udang merah dan d24.
Bila semua adik beradik dah bekerluarga, sekalu sekala berjumpa memang terubat rasa rindu masing-masing. semoga ikatan kami adik beradik akan berkekalan dan utuh.
Be First to Post Comment !
Post a Comment