Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 2 April 2026

Hari Raya 2026

 


Raya 2026 kali ni giliran balik ke Kampung aku pulak iaitu di Terengganu. Kami sekeluarga bertolak pada 19/03/2026 - Khamis. Sepatutnya aku start cuti pada 20/03/2026 tapi memandangkan banyak ura-ura raya pada hari Jumaat aku buat keputusan untuk balik 1 hari awal dari jangkaan raya. Kami gerak dah pukul 10pagi dengan santai-santai suami bawak kereta. dalam perjalanan suami tanya sama ada nak beli maman untuk bawak balik kampung tak? aku apa lagi memang nak la... so kami ke kebun  di Tampin untuk beli maman.Waktu nak berbuka kami baru sampai di Paka so suami berhenti solat asar dahulu sebelum tunggu waktu berbuka.

 

 Punya la ramai orang di RNR Paka, nak makan bukan main susah... hehehehe tapi aku seronok je dengan moment ni sebab bila lagi dapat tempuh moment gini kalau bukan musim perayaan betul tak?  

 

Nak dijadikan cerita kami raya pada hari Sabtu 21/03/2026, kira Alhamdulillah la sebab aku masih ada masa 1 hari puasa di Kampung.

 

Pagi raya masih dengan rutin yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang lelaki pergi sembahyang raya, kami yang perempuan pula sibuk di dapur siapkan hidangan, kemas ruang tamu, pastikan semuanya teratur untuk sambut tetamu nanti. Penat tu memang ada, tapi dalam masa yang sama… itulah moment yang paling dirindui setiap tahun.

 









Lepas selesai salam dan bermaafan, kami terus bergerak ziarah sanak saudara yang berdekatan. Dari satu rumah ke satu rumah, tak sedar masa berlalu… sedar-sedar dah pukul 5 petang baru sampai rumah. Penat memang penat antaranya penat borak, gosip, makan dan makan lagi heheheheh

 

Tahun ni lagi manis bila kami satu keluarga sepakat pilih tema warna lilac. Lembut, tenang, dan cantik  macam melengkapkan suasana raya kami yang sederhana tapi penuh makna.

 

Raya bukan tentang sempurna, tapi tentang kebersamaan. Dan tahun ni, aku rasa itu cukup.

 


 

2 comments on "Hari Raya 2026"
  1. Peminat maman ke? Sampai bawa ke Terengganu 🙂
    Itulah sama sehari dapat puasa di kampung.

    ReplyDelete