Kakak Dah Start Kerja di Mixue
Alhamdulillah, kakak dah mula kerja di Mixue. Langkah kecil untuk belajar berdikari, kenal dunia kerja dan urus tanggungjawab sendiri. Walaupun bukan kerja besar, tapi pengalaman tu yang mahal nilainya.
Hari ni dia masuk kerja pukul 1 petang. Aku yang hantar.
Dalam kereta, aku tengok wajah dia—tenang, tapi aku tahu dalam hati mesti ada debar. Anak yang dulu aku hantar ke sekolah, hari ni aku hantar ke tempat kerja. Bezanya cuma beg dan uniform, tapi perasaannya lain.
Sebagai mak, rasa bercampur-baur—bangga, risau dan terharu. Bangga sebab dia berani mula. Risau sebab tahu dunia kerja bukan semuanya manis. Tapi dalam masa yang sama, inilah proses untuk dia belajar sabar, disiplin dan hormat masa.
Semoga kakak kuat, rajin belajar dan jaga diri. Moga Allah permudahkan urusan dia, lindungi langkah dia dan jadikan setiap pengalaman ni sebagai bekal untuk masa depan nanti 🌱
2 days ago

Kerja rajin2 ye kakak cari pengalaman.
ReplyDeleteMoga yang baik² untuk kakak..aamin
ReplyDeleteFaham sangat perasaan mak-mak.. Kalau boleh kita sentiasa ingin protect anak sampai bila-bila tapi sampai bila kann.. Mahu atau tidak mereka kena berdikari supaya lebih kental..
ReplyDelete