Hari ni saya dan beberapa staf hadir bengkel di LPPKN untuk topik Emergency Response Plan dari jam 9 sampai 12.30. Tapi jujur… emergency paling besar pagi ni ialah emergency nak lawan ngantuk.
Serious weh, mata ni dah bagi warning awal-awal. Setiap kali fasilitator cakap “sekiranya berlaku kecemasan…”, saya dalam hati sambung, “…tolong selamatkan saya daripada tertidur depan orang.”
Ngantuk dia sampai rasa kalau saya menguap, ibarat boleh koyak mulut. Telinga dengar, tapi otak buffering. Tangan pegang pen, tapi tulisan pun dah mula jadi tulisan doktor.
Kalau ada KPI bengkel hari ni, saya rasa KPI saya hanyalah berjaya kekal hidup, kekal bernafas dan kekal tak tertidur. Harap-harap coffee break muncul macam hero dalam drama slow motion, sambil angin tiup rambut (berangan)
Lepas ni kalau ada lagi bengkel macam ni, saya kena buat Emergency Plan sendiri:
1. Tidur awal
2. Bawa kopi
3. Bawa semangat (kalau jumpa)

Cie selalunya kalau ada kursus melibatkankan ceramah memang standby kopi. Kalau tak, memang sengguk la ngantuk. Lagi2 kalau penceramah membosankan.
ReplyDelete