Semalam, suasana di opis terasa lain daripada biasa pada waktu petang, walau Masih ada gelak tawa Tapi rasa sedih sangat menguasai diri aku Dan kawan-kawan sebab semalam merupakan hari terakhir Teh Zulaika bersama kami setelah hampir lapan tahun berkongsi suka dan duka di tempat kerja ini.
Masih terasa seolah-olah baru semalam Teh Zulaika melangkah masuk ke pejabat buat pertama kali seorang gadis muda yang nampak pemalu dan penuh semangat Tapi sebenarnya periang. Dari masa ke masa, kami semua saksikan bagaimana dia berkembang, bukan saja dalam kerjaya tapi juga sebagai insan yang matang dan kuat. Dari zaman bujangnya, kemudian bertemu jodoh, berkahwin, dan kini sedang meniti fasa paling indah dalam hidup, bakal bergelar ibu pada bulan Jun 2026 nanti.
Selama bertahun-tahun ni, Teh Zulaika bukan sekadar rakan sekerja. Dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kecil kami. Setiap hari, pasti ada sahaja gelak tawa dan cerita lucu darinya. Dialah orang yang boleh menceriakan suasana bila semua tengah stress, yang tak pernah lokek membantu bila ada kerja berat, dan yang paling penting sentiasa bagi semangat bila orang lain rasa down.
Bila fikir yang selepas ni meja dia akan kosong, rasa janggal pun ada. Tak ada lagi suara gelakkan setiap pagi, tak ada lagi lawak spontan yang buat semua tergelak sampai sakit perut. Tapi dalam sedih, kami tetap tumpang gembira sebab kami tahu Teh Zulaika akan melangkah ke fasa hidup yang lebih bahagia, bersama keluarga kecilnya.
Terima kasih, Zulaika, atas segalanya masa, tenaga, dan kasih sayang yang dah dicurahkan selama ni. Semoga perjalanan baru ni membawa lebih banyak senyuman, rezeki, dan kebahagiaan buat kamu dan keluarga.
Sedikit hadiah kenang kenanan buat Teh Zulaika dari aku yang Tak seberapa semoga awk terima Dan kenang aku selalu dalam kenangan.
Kami akan rindu kamu, selalu. Love u Teh Zulaika




Semoga lps ni jmp kwn baru yg ok jgk =)
ReplyDelete