Baru-baru ni heboh di media sosial tentang kejadian tembakan 18 das di Sungai Golok. Mangsa, seorang lelaki warganegara Malaysia, ditembak di depan rumahnya dan lebih menyayat hati, kejadian tu berlaku di depan isterinya yang sedang mengandung. Bayangkan trauma yang perlu ditanggung oleh si isteri… kehilangan suami, saksi sendiri detik cemas bila nyawa insan tersayang diragut depan mata.
Menurut laporan berita, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian hutang dan dendam lama. Walau apa pun sebabnya, tiada nyawa yang patut berakhir dengan cara sebegitu. Tapi satu perkara yang kita semua patut ambil iktibar iaitu jangan sesekali mencabar kesabaran orang. Kadang kita fikir kata-kata atau perbuatan kita biasa je, tapi kita tak tahu sejauh mana seseorang tu boleh menahan marah, kecewa atau tekanan hidup.
Kesabaran manusia ni ada hadnya. Bila hati dah terlalu sakit, marah yang disimpan boleh meletup jadi tindakan di luar kawalan. Sebab tu, bila berurusan dengan orang lain seperti kawan, pelanggan, rakan sekerja, pasangan, atau sesiapa pun, belajarlah untuk hormat dan jaga tutur kata. Tak rugi pun kalau kita memilih untuk beralah atau diam bila keadaan panas.
Kejadian di Golok ni bukan sekadar berita jenayah biasa, tapi satu peringatan besar buat semua. Hidup ni terlalu singkat untuk dipenuhi dendam, amarah, dan rasa tak puas hati. Kadang diam lebih selamat daripada menyesal kemudian hari.
Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya terus kuat menghadapi ujian besar ni.Dan untuk kita semua, ingatlah, jangan cabar kesabaran orang… sebab bila hati dah hilang sabar, tiada siapa boleh jangka apa yang akan berlaku.

betul..sabar tu ada limitnya. Ingat dulu masa kecik, arwah ayah jarang marah or pukul anak tapi ayatnya "testing my patience is it?"
ReplyDeleteBahaya main dengan kesabaran ni. Orang yang hilang sabar macam2 boleh buat.
ReplyDeleteAda terbaca yang menembak tu kena aniaya oleh kedua suami dan isteri tersebut. Jadi dia berdendam dan kiranya membalas dendam. Tak tahu lah betul ke tidak
ReplyDeleteAgreed..Kita manusia yg lemah...Mana yg tahan sabar tu mmg strong giler lah...
ReplyDelete