Assalamualaikum & salam ceria semua,
Yeahhh! Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba! 😍 Selepas giveaway kecil-kecilan yang saya lancarkan tempoh hari, akhirnya saya dapat umumkan siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah misteri daripada saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi join. Sungguh terasa meriah ruangan komen dan semangat persahabatan kita. Giveaway ni sebenarnya lebih kepada tanda penghargaan saya buat anda semua yang selalu singgah, baca dan tinggalkan jejak.
Dan sekarang… mari kita umumkan 5 orang pemenang bertuah!
✨ Tahniah kepada:
1. Puan Hazel
2. Mummyayu
3. Me Soul Searching
4. thisni3zahata
5. Suriaamanda
Kelima-lima pemenang ini akan menerima hadiah misteri daripada saya. 🎁
Untuk memastikan pemilihan bloglist dilakukan dengan adil dan telus, saya memilih untuk menggunakan aplikasi Wheels of Names. Semua nama blog yang menyertai segmen ini saya masukkan ke dalam senarai cabutan. Kemudian, saya lakukan 5 kali pusingan roda sehingga akhirnya terpilih 5 blog yang bertuah.(idea daripada Blog Roziah
Kepada yang belum ada rezeki kali ni, jangan risau… insyaAllah akan ada lagi giveaway di masa akan datang. Siapa tahu, giliran anda pula yang bertuah nanti. 😉
Terima kasih sekali lagi kerana menyokong blog saya dan menjadikan dunia blogging ini lebih indah dengan kehadiran anda semua. 💕 Nantikan saya akan bagi tau personal yea dan saya akan update apa hadiah yang akan saya berikan

Alamak.....terlupa lah nak join. Tahniah semua.
ReplyDeleteTahniah semua pemenang!
ReplyDeletetahniah semua pemenang... belum ada luck nak menang GA mek Yuhh
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang.. harap ada rezeki nanti :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada rezeki SA...terima kasih Yus
ReplyDeleteAlhamdulillah...Yeayyyy..Ade rezeki..Amin..Thx..=)
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki PH sangkut sbg pemenang. Terima kasih banyak Yus 🌹
ReplyDeleteTahniah juga utk semua pemenang yang lain.