Friday, 7 November 2025

Bila Redmi Watch 5 Lite Jadi Peneman Harian Saya


Sejak pakai Redmi Watch 5 Lite ni, terus rasa macam hidup jadi lebih teratur. Dulu pakai jam biasa, tengok masa pun kadang tak sempat. Tapi sekarang, bukan setakat tengok masa siap boleh tengok degupan jantung, cuaca, dan notifikasi WhatsApp sekali

Mula-mula beli pun sebab suka tengok design dia. Nampak simple tapi smart. Skrin dia besar dan terang, senang nak baca walau tengah panas terik. Lepas tu bila saya explore fungsi dia satu-satu, barulah tahu banyak betul benda yang jam ni boleh buat.

Setiap pagi sebelum keluar kerja, saya akan tengok laporan tidur. Kadang-kadang terkejut juga bila dia bagitahu tidur saya tak cukup. Rasa macam ada “cikgu kesihatan” kecil tegur dari tangan sendiri. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya saya mula ambil berat pasal rehat dan gaya hidup.

Fungsi yang saya paling suka  step counter dan heart rate monitor. Kadang bila seharian duduk depan komputer, jam ni akan bagi notifikasi suruh bangun dan regangkan badan. Macam ada kawan yang prihatin gitu. Bila capai target langkah harian, rasa puas hati walaupun cuma berjalan pergi pantry dan balik meja hahahah....

Selain tu, bila tengah meeting atau tak sempat nak capai telefon, Redmi Watch 5 Lite ni banyak membantu. Notifikasi semua terus keluar kat skrin, jadi tak ada alasan terlepas mesej penting.

Bateri dia pun tahan lama kadang sampai seminggu baru perlu caj. Cuma bila bateri tinggal 5%, dan jam mula bergetar macam bagi amaran terakhir tu, cepat-cepat saya cari charger sebab dah sayang nak tanggal. 


Kadang kita tak perasan, benda kecil macam smartwatch pun boleh ubah gaya hidup. Dari sekadar aksesori, jadi pengingat untuk jaga diri sendiri. Redmi Watch 5 Lite ni mungkin nampak simple, tapi dia banyak bantu saya lebih peka dengan kesihatan dan masa. Betullah orang kata teknologi ni kalau kita guna dengan bijak, boleh jadi teman yang menyihatkan

7 comments on "Bila Redmi Watch 5 Lite Jadi Peneman Harian Saya "
  1. wah bagus lah. kena tukar jam ni nampak gayanya

    ReplyDelete
  2. Saya tiada lagi jam pintar.
    Macam menarik fungsi Redmi Watch 5 Lite.

    ReplyDelete
  3. Agreed...Sy dah masuk tahun ke-4 guna smartwatch..Mmg membantu...Recently byk perkara fikir...Smartwatch bgtau sy ttg stress level sy =D

    ReplyDelete
  4. ada jugak yg jam mcm ni..manjang lupa nak charging . he he..

    ReplyDelete
  5. Menarik ni... Masuk wishlist la utk bday nanti :p

    ReplyDelete
  6. Cie pakai huawei. Macam menarik jugak ni.

    ReplyDelete
  7. Lama betul tahan bateri. Ammi pakai iwatch setiap hari kena charge. Tp masa tidur ammi tak pakai jam sbb rasa rimas

    ReplyDelete