bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 16 October 2024

Semoga Dipermudahkan urusan kami membeli rumah

Perkara ni dari bulan Jun lagi pembelian rumah yang kami sewa, owner nak jual. Puas jugak aku dan suami mintak untuk mereka jualkan rumah tu. Sebenarnya aku tak berapa setuju untuk beli rumah dekat area taman aku sewa ni, tapi suami memang nak sangat duduk situ terpaksa la aku akur dengan permintaan dia.

Hari ni 01/10/2024 urusan dokumen masih berjalan, banyak dah dalam fikiran kami nak renovate apa yang perlu seperti dapur nak pasang kitchen cabinet, nak naikkan tembok belah belakang rumah tu, nak buat plaster siling, buat pagar baru, wiring baru dan banyak lagi la.. 

untuk belah belakang rumah tu aku nak buat satu lagi bilik air yang boleh buka melalui bilik anak perempuan aku sebab senang dia nak mandi, tak ada la nak kena keluar dari dalam bilik dia kan. pastu aku nak buat laundry dan letak sangkar kucing. kucing suben dah makin banyak membiak, aku pulak sejenis sensitif dengan bau kucing dan najis mereka.

Pada 17/09/2024 kami dah tandatangan Agreement Jual Beli rumah berjalan dengan lancar cuma tunggu dari pihak pembeli untuk tandatangan. Sebenarnya kalau ikutkan tandatangan daripada Penjual dahulu tetapi memandangkan mereka berada di Kedah jadi nya kami tandatangan dahulu. Nasib baik 17/09/2024 jatuh pada hari cuti aku so senang aku nak gi ke Shah Alam untuk tandatangan dokumen tersebut.

 

 

Suami macam biasa la, ingat kami dah tandatangan nak terus renovate, xcited katanya.... yang paling penting adalah nak buat balik wiring, biasalah rumah sub sale kan banyak perlu dibetulkan semula.

gambar kat bawah ni hanya perancangan aku dan suami sahaja, kalau ada duit lebih banyak lagi dalam fikiran aku nak buat... heheheh. Pokok pangkal duit, ada je duit semua jadi... betul tak?

 

gambar cabinet tv tu sebenarnya aku nak warna chocolate tetapi suami nak warna hitam sebab nak seragam dengan cabinet dapur kata nya. disebabkan duit dia yang keluar aku akur lagi... hahahah. 

ni la cabinet dapur yang dia minat. padahal aku yang selalu berada didapur... tapi bleh la, aku pun suka je warna ni.

ni pulak lorong dari ruang depan ke dapur.. harap dapat la kami buat maca mana yang aku inginkan dan juga harga yang berpatutan.

 semoga Allah makbulkan impian untuk dapatkan rumah yang selesa. Terima kasih suami kerana selalu ada dan cuba buat terbaik buat kami sekeluarga