bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 17 February 2024

beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup


 Ini pesanan yang saya dapat secara personal, beberapa amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup.

1) Jaga solat.

 

2) Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa kita. Yasin ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa. Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin. 

 

3) Sekurang-kurangnya Quran 100 ayat setiap hari. Yasin + satu surah lagi. Sebaik-baiknya jangan tinggal Al-Mulk sebelum tidur.

 

4) Istighfar di mulut. Biar sokmo-sokmo dengan istighfar.

 

5) Selawat sebanyak-banyaknya. Cuba 1000x sehari. Untuk 1000x selawat lebih kurang 20 minit saja masa kita. Sebenarnya.

 

6) Dalam wudhuk sentiasa.

 

7) Bangun malam.

 

8 ) Taubat, hajat, taubat hajat, taubat hajat, jangan tinggal.

 

9) Mohon pada Allah diberi kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha & kuatkan hati. 

 

10) Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luah semua pada Allah. Menangis pada Allah.

 

Beberapa pesanan lagi,

1) Usah peduli hal orang, buat hal sendiri.

2) Usah bergantung pada makhluk/ manusia.

3) Semuanya milik Allah, hak Allah, terjadi semuanya dengan kehendak Allah.

4) Allah uji sebab nak angkat darjat. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak kita kenal diri, kenal Allah.

5) Sabar, sabar, sabar.

.

.

.

.

Catatan buat diri, mudah-mudahan tidak lupa.

*Gambar hanya ilustrasi.

Related Post:

  • KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN đŸ”ș KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN đŸ”ș🍬 Risiko penyakit jantung & kanser🍬 Berat badan menaik🍬 Kencing manis🍬 Cepat kehabisan tenaga🍬 Percepatkan proses penuaan kuli
 Read More
  • Permulaan Tahun 2024 - Aktiviti JanuariTahun 2024 telah membuka tirai dalam kehidupan kita, nak tak nak kenalah hadap yea tak? Aku seperti biasala sebelum tahun-tahun sudah ada je nak diceritakan pada semua tentang apa 
 Read More
  • TIPS ELAKKAN MONDAY BLUES  đŸ”č TIPS ELAKKAN MONDAY BLUES đŸ”č🔆 Selesaikan tugasan hari Isnin lebih awal (utk elak terlalu byk kerja)🔆 Elakkan temujanji, meeting penting pada Isnin🔆 Bangkit dengan
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment