bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 25 February 2022

Gempa Bumi di Malaysia?


pagi tadi korang ada dapat rasakan tak gegaran anggaran 10 minit dekat tempat korang? member opis bagitau gegaran tu berlaku dan menyebabkan mereka keluar daripada bangunan. aku dekat rumah pulak tak ada rasa sebab kepala memang dah tingtong kot... hahahaha

korang baca aku dah copy n paste dari website berita harian

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik negara BMKG.

REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.

Ia dikongsikan warga media sosial.

Sementara itu AFP melaporkan gempa itu melanda utara kepulauan Sumater pada kedalaman 12 kilometer, kira-kira 70 kilometer dari bandar Bukit Tinggi di barat wilayah Sumatera mengakibatkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan setakat ini namun gegaran dapat dirasai di Riau, Sumatera Utara serta Malaysia dan Singapura.

Penduduk memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas USGS merekodkan gegaran berukuran 5.0 pada skala Richter.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pasaman, Alim Bazar, berkata beberapa bangunan retak susulan gempa yang berlaku.

"Datuk Bandar mengarahkan semua penghuni di tingkat dua dan tiga supaya mengosongkan bangunan," katanya.

Bazar berkata, terdapat laporan kecederaan dialami penduduk namun tidak memiliki perincian mengenai perkara terbabit.

Penduduk Pasaman, hanya dikenali Irpanda, berkata dia merasai kedua-dua gegaran yang berlaku.

"Gegaran pertama hanya berlaku beberapa saat. Orang ramai bergegas meninggalkan kediaman dan bangunan sebaik ia berlaku.

"Kemudian satu lagi gegaran berlaku dan ia amat kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri manakala pesakit yang dirawat di hospital berhampiran diusung keluar," katanya.

Di Singapura, gegaran turut dirasai kira-kira jam 9.45 pagi waktu tempatan.

Polis dan perkhidmatan keselamatan menerima beberapa panggilan daripada orang awam yang melaporkan gegaran terbabit.

Di Malaysia pula, Jabatan Meteorologi memaklumkan gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung.

"Gegaran dirasai terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera mengakibatkan tsunami yang meragut lebih 220,000 nyawa.

Related Post:

  • TIPS MARKETING Gais,marketing ni serius je senang je kalau korang tahu formulanya !Ingat ea tak semestinya semua jenis teknik marketing korang kena buat,pernah tak korang jadi macam ni?Jumpa si A
 Read More
  • lagi 27 hari diam tak diam kita dah nak menyambut bulan ramadan kan. tinggal lagi 27 hari dan masa sangat singkat kan. semoga tahun ni kita dapat sambut ramadan dan sekali gus dapat menya
 Read More
  • RAHSIA BINA PERSONAL BRANDING TANPA NAMPAK MACAM MENJUALBerminat nak libatkan diri dalam dunia bisnes?Okey, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah personal branding.Mengikut pengalaman saya, newbie dalam bisnes akan r
 Read More
2 comments on "Gempa Bumi di Malaysia?"