bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 7 February 2020

Awk yang hensem

Bulan ni dah masuk setahun enam bulan dia, dia punya lasak memang sangat mencabar ibu yang semakin berusia ni. Tapi dia punya perangai mencuit hati ibu dan Ayah.. hehehe

semua anak-anak aku lahir dari bulan yang sama iaitu bulan ogos termasuk suami cuma aku yang lahir bulan mei. sebenarnya aku nak bercerita pasal anak aku yang no 3 ni. peel dia memang mencuit hati aku dan suami kerana setiap masa ada je yang dia fikirkan nak buat main. lebih senang nak cakap tak reti duk diam.






dia paling suka dengan bola, aku pun tak tahu perangai sape dia dapat. bijak sepakan dan tendangan dia. bukan sahaja bola dia dibuat main semua mainan dia sepak nak buat macam bola. sekarang ni peel dia dah pandai mengamok dan merajuk dan yang paling extreme dia mula suka memanjat. panjat kerusi panjat meja kopi buat aku sentiasa bimbang. bukan sekali dua dia terjatuh bahkan banyak kali tetapi alhamdulillah tak ada apa-apa serius berlaku.

kalau bab makan dia la juara dari sepupu seusia dia. kuat makan memang mewarisi ibu dia... heheh. pantang nampak makanan mesti nak bahkan aku suap sayur pun dia boleh makan dengan selamba je. satu hari suami potong limau kasturi nak tengok si kecik ni makan atau buang, rupanya selamba je dia hisap dengan memek muka macam orang makan benda masam tapi tetap nak rasa. pelik la adik ni.

semoga menjadi anak soleh yea adik. yang boleh memberi ibu dan ayah ketenangan di SANA nanti... Insya Allah


Related Post:

  • potong jangan tak potongni pulak aktiviti minggu lepas hari ahad (29.09.13), putri beriya-iyea nak potong rambut macam mia sara. katanya "ibu, adik nak potong rambut macam mia dalam strwbrry n karipap". a
 Read More
  • aktiviti pertama cuti sekolahaktiviti kami selepas sehari cuti persekolahan. untuk warm up.... gi tgk wayang dulu yea 
 Read More
  • graduation & concert daypada jumaat (25.10.2013) adalah hari graduation and concert day di sekolah putri. tahun ni dia masih belum boleh sijil kerana dia 5 tahun. tapi syabas anak ibu, awk dapat habiskan 
 Read More
3 comments on "Awk yang hensem"
  1. Anak lelaki kann ibu mestilah lasak, hehehe
    Kannn hensem boy..

    ReplyDelete
  2. Dia sorang je kecik takpe kakak dengan abang boleh tolong jaga

    ReplyDelete