bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 2 August 2016

Hari2 yang lalu

Dulu pernah cikgu cakap masa aku dibangku sekolah bahawa masa di sekolah adalah masa yang aku akan rindui. Dulu kami tak faham maksud kata2 cikgu sehingga kan masa berlalu dengan pantas.

Sangat tepat apa yang diungkapkan oleh cikgu bahawa zaman sekolah la zaman yang paling best. Zaman bersama rakan2 sekolah, suka dan duka semua dikongsi.

Serius korang, aku sangat2 rindu saat zaman persekolahan walaupun sentiasa didenda oleh cikgu sebab kesilapan sendiri tapi aku tetap rindukan saat tu... sangat2

Telah berpuluh tahun meninggalkan zaman tu tapi memori nya sangat kuat dalam ingatan aku. Rakan2 gaduh, kawan2 yang sama2 simpan rahsia, rakan2 aktif sukan, kawan2 gosip... semua aku ingat...





Gambar2 diatas cuma sebahagian kecil sahaja, memori lain masih padat dalam kotak ingatan dan tersimpul mati.

Walaupun masing2 telah berkeluarga tapi ikatan persahabatan masih utuh dan kukuh buat aku dan rakan2 baik. Semoga persahabatan aku akan sentiasa mekar sehingga hujung nyawa... amin

Related Post:

  • Aku sayang pada mu...Dari aku lahir sehingga umur aku mencicah ke 42 tahun dia la yang sentiasa dengan aku bila aku menghadapi masalah, suka dan duka. aku akan sentiasa bersemangat bila kenangkan dia s
 Read More
  • Tolong la patuh arahan..Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian conv
 Read More
  • Hari Ke 4 ramadan assalamualaikum semua sahabat blogger,  korang masak apa untuk juadah berbuka puasa hari ni? banyak ke korang masak? saya hari ni en suami yang masak, katanya nak masak ke
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment