bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday 20 November 2016

KRS Explohunt 2016



Baru nak update aktiviti 19.11.2016. aktiviti dari kelab Sukan dan Rekreasi SAINS yang berlangsung dari Hq (Seremban) hingga Port Dickson.




Aktiviti berjalan lancar, semasa aktiviti cuaca sangat baik dan cerah. walaupun sangat penat dan lapar aku sangat seronok.

Malam rasa nak demam dan sakit kepala tapi dah makan ubat semua ok. mungkin cuaca yang sangat terik...

Boleh joint lagi lepas ni....

Checkpoint pertama di city Park Seremban 2. soalan berdasarkan tempat itu.



Checkpoint kedua di s2 Height Seremban 2





Checkpoint ke 3 di Muzium tentera darat, Port Dickon



Dah habis soalan di checkpoint 3, kami diberi soalan explorace di pekan pd hanya 3 soalan salah dari 20 soalan...

Checkpoint terakhir di teluk kemang, PD

Time ni la rasa terik sangat, pastu ada task kena buat dalam laut iaitu tegakkan bendera. last task bawak bola jalan ketam untuk dua peserta.

Kami menang di tempat ke 8, kalau ikut kan kami boleh menang lagi atas tapi sebab kami lambat hantar borang mata kami ditolak... huhuhu sadis tapi takpe la kami enjoy



Budak keding kat bawah ni jadi AJK acah2 bizi dalam aktiviti ini... eh, dia bz la sampai kaki melecet. next time boleh jadi peserta tau adik manis


Aktiviti berakhir jam 3.00 petang. mula tadi jam 8.00 pagi
Thursday 27 October 2016

Berakhir sudah... amin


Beberapa bulan kebelakangan ini hati tak tenteram, jiwa terus dihimpit pelbagai dugaan. tapi aku bersyukur aku ada keluarga, ada rakan2 dan saudara mara yang banyak membantu saat aku jatuh tersungkur menyembah bumi.

Biar la keperitan berlalu pergi seperti air sungai yang mengalir.. tidak akan berpaling lagi demi masa depan yang masih jauh.

Semoga aku akan sentiasa tabah, cekal dan redha dengan semua kejadian yang menimpa. aku maaf kan mereka...
Wednesday 31 August 2016

Hepi belated birthday to my puteri

Pada 17.08.2016 genap umur puteri ibu yang diberi nama Putri Nurqaireen Qistina yang ke 8.

Semoga sihat, bijak dalam semua perkara, gembira... ibu sayang awk adik.










Wednesday 17 August 2016

Sky trex Shah Alam

Pada 13.08.2016 aku, nad, faizal, ana n kw  dia ke Taman Botani Shah Alam untuk skytrex ni. 1st time kami ambik beginner...

Nama pun sky kan... semua aktiviti atas pokok je. Sape gayat ni sukar la skit. Bagi aku beginner ni tak ada la mencabar pun tapi tak pe sebab dah lama tak lakukan aktivitikan.

Layan je gambar dibawah yea