bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 9 July 2015

Ramadan oh romadan....

Perkongsian hari ni.. ����

Semoga Isteri2 mendapat ganjaran pahala yg besar..kdg jarang Suami nk ucap tkasih.

Mungkin fenomena biasa...
Dah kunci jam pukul 3. Tersedar pukul 2. Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'

Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula.

Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!

Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.

Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!

Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu. Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.

Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 21 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."

"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

Aduhai, anak-anak dan para suami, kalau malas bantu memasak, rajin-rajinlah menyukakan hati ibu atau isteri.. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah memasak, takkan kita tahu makan sahaja? Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.

Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan...��

Related Post:

  • lagi 27 hari diam tak diam kita dah nak menyambut bulan ramadan kan. tinggal lagi 27 hari dan masa sangat singkat kan. semoga tahun ni kita dapat sambut ramadan dan sekali gus dapat menya… Read More
  • ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN Al-Fatihah buat abah... ♡ ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN ♡ ﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏ ☝🏼apabila tiba bulan Ramadhan... semua roh berkumpul di *Luh Mahfuz* memohon k… Read More
  • Tips & Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli Tips & Resepi Lemang Tradisional Sedap Asli Lemang adalah antara makanan atau juadah tradisional paling popular bila tiba hari raya. Resepi lemang sedap lagi asli sering dicar… Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment