bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 30 April 2015

Ke kota singa part 1

Sabtu 25.04.2015 kami sekeluarga berangkat ke kota singa dengan kereta. 1st time bawak kereta rasa cuak juga la sebab tak tahu apa akan berlaku kan.
Kami bertolak lebih kurang pukul 12.40 tengahari, waktu yang agak lewat la untuk berangkat.
Pada awal perjalanan tiada masalah... cuaca kejap cerah kejap hujan. Kejap hujan renyai kejap hujan lebat giler sampai tak nampak jalan.
Dah setengah jalan perjalanan kami, suami berhenti kali ke 2 lebih kurang pukul 3 lebih. Sebelum tu along ada cakap tayar mcm ada masalah, tapi aku cakap mungkin jalan yang tidak rata.
Faizal (adik aku) cek semasa kami berhenti untuk berehat sekejap selepas suami isi minyak full tank sebab kalau masuk ke Singapore isi minyak mesti kos dah jadi tinggi. So kami siap2 isi penuh.
Semasa faizal cek tayar tengok ada masalah... aku pandang suami, dia macam tau je aku nak marah sebab x servis dengan elok kereta.. dia senyum dan minta maaf.
Nasib kami sangat baik sebab belakang petronas ada kedai tayar. So, kena la tunggu kereta tukar tayar dulu.. lama juga la kami tunggu, lebih kurang 1 1/2 jam.
Kami lepas dr woodland checkpoint pukul 7.30pm. Belum habis lagi dekat woodland, kena pergi ke Block B untuk beli autopass untuk kereta Malaysia masuk Singapore. Leceh juga la prosedur dia... tapi Alhamdulillah berjalan lancar.
Beberapa minit kemudian kami kena cek pulak oleh pegawai emigresen kereta n bonet... lepas xde masalah.
Kami sampai rumah Bibik Kom pada pukul 10.30pm. Rasa lama sangat perjalanan nya...
Buku merah jangan lupa bawak... 
Hujan lebat giler, sampai x nampak jalan

Hampir siap

Related Post:

  • trip ke SINGAPORE (29.11.13 - 02.12.13)ni adalah percutian kami adik beradik bersama-sama keluarga tersayang. yang tak dapat ikut Eni, Noman n Kairah. Sedih jugak sebab sebenarnya plan kami 12 beradik nak ke hometown ma
 Read More
  • Semporna- sabah (part 1)Hari pertama (26.03.2014) aku dan keluarga dah keluar seawal jam 5.30am menaiki limo kawan aku.Naik flight kol 7.30am. Kematu bontot aku duduk.. bosan, x mcm bas.. layan dlu gambar
 Read More
  • Semporna-Sabah (part 2)Sampai sahaja kami di Sabah kami makan sup payau. Ingat apa la yang payau tu tapi rusa, dekat sabah panggil payau.Dari tawau ke semporna jauh jugak la... ambk masa dalam 1 1/2 jam.
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment