Sebenarnya hari ini aku dijadualkan menyertai Pertandingan MasterChef anjuran kelab. Memang dari awal lagi kami semua teruja sebab dah siap rancang menu dan pembahagian tugas. Malangnya, tak semua perancangan berjalan seperti yang dirancang.
Salah seorang ahli kumpulan kami kurang sihat dan tak mampu hadir. Disebabkan pertandingan ini memerlukan kerjasama penuh satu team, kami mengambil keputusan untuk menarik diri.Tak apa, mungkin belum rezeki kami untuk kali ini. InsyaAllah jika ada peluang lain, kami cuba lagi dengan lebih bersedia.
walaupun tak sertai aku nak simpan sini peraturan-peraturan yang dibuat oleh penganjur
PERATURAN PERTANDINGAN MASTERCHEF KSR 2025
1. Ahli Kumpulan boleh terdiri daripada minimum 2 orang atau maksimum 4 orang untuk setiap kumpulan tanpa mengira jantina, umur dan bangsa.
2. Pemilihan menu akan dibuat secara undian oleh urusetia semasa hari pertandingan. 3 tema akan diletakkan dalam kotak undian iaitu tema malay cuisine, Chinese cuisine & Indian cuisine. Sebagai persediaan awal, semua Kumpulan di sarankan untuk menyediakan menu bagi ketiga-tiga tema.
3. Setiap kumpulan akan menyediakan 1 hidangan utama masakan mengikut tema, 1 menu pencuci mulut dan air berperisa.
4. Masa memasak diperuntukan selama 3 jam bagi setiap kumpulan. Masa termasuk waktu pembelian bahan-bahan masakan di NSK Seremban 2.
5. Sewaktu sesi pembelian di NSK dan sesi memasak, salah seorang ahli perlu membuat live di link FB KSR.
6. Setiap kumpulan akan diberi wang tunai RM100.00 untuk membeli bahan-bahan masakan dan keperluan tambahan lain. Wang tunai akan diberi sewaktu hari pertandingan. Resit pembelian perlu diserahkan kepada urusetia.
7. Tidak dibenarkan membawa bahan mentah yang telah siap diproses.Kesemua bahan mentah mesti diproses di tempat pertandingan secara manual. Tiada bekalan elektrik disediakan.Penyertaan akan dibatalkan jika didapati berbuat demikian.
8. Setiap kumpulan perlu membawa sendiri peralatan memasak dan menghidang masing-masing. Pihak Urusetia hanya menyediakan dapur gas mudah alih dan tabung gas 2 botol sahaja.
9. Setiap kumpulan perlu menghidangkan juadah yang telah dimasak mengikut kreativiti masing-masing.
10. Hidangan penjurian hendaklah disediakan untuk 3 orang juri.
11. Keputusan juri adalah muktamad.Penjurian markah adalah berdasarkan:
|
BIL |
KRITERIA |
PERINCIAN |
MARKAH (%) |
|
1. |
Rasa |
*Rasa yang enak & sedap |
30 |
|
2. |
Kesesuaian konsep & tema |
*Kombinasi menu yang sesuai & memenuhi konsep masakan *Memenuhi tema masakan |
30 |
|
3. |
Persembahan & Kreativiti |
*Mempamerkan hidangan dengan menarik & kreatif |
10 |
|
4. |
Rakaman Live |
Rakaman live terbaik dari segi kejelasan, kretif & menghiburkan. |
10 |
|
5. |
Kerjasama & komitmen kumpulan |
*Kerjasama & komitmen yang diberikan oleh kumpulan |
10 |
|
6. |
Kebersihan |
*Kebersihan tempat kerja, peralatan memasak & cucian bahan mentah yang sempurna |
10 |
|
7. |
Pembaziran & Penjimatan |
*Tiada pembaziran bahan mentah & Perbelanjaan berhemah. (markah tambahan juri) |
5 |
|
|
|
JUMLAH |
100% |
