Tiktok Mekyuhhh

Wednesday, 21 September 2011

raya 2011






dah lama sangat x update blog kesayangan aku nie... untuk hari nie aku just nak masukkan gambar raya 2011. walaupun tahun nie raya pertama hubby xada tapi kemeriahan masih terasa di kampung ku...
di kampung pun ada adik beradik aku yang tiada iaitu kak long (kerja) n ena (balik raya sebelah suami dia). tahun nie tema aku sekeluarga adalah hijau tapi adik beradik, mak n abah dikampung adalah hitam n colourfull....

nie sajalah untuk tatapan kawan2. ada lagi sebenarnya gambar tp malas nak download nani berat berokband aku nie.

Wednesday, 27 July 2011

Aqim juara lumba lari




tengok lah gambar kat atas tu.... gambar kemenangan si along yang memenangi perlawanan lumba lari di sekolahnya. dia wakil rumah biru tapi rumah biru tahun nie kalah dapat tempat ketiga.

juara tahun nie adalah rumah merah. aku pun hairan kenapa dari dulu masa aku sekolah pun mesti rumah merah mendapat tempat pertama. adakah sebab warna merah tu sendiri melambangkan kemenangan dan garang...??? aku pun tak tau
Monday, 4 July 2011

Apendix





kat atas tu antara gambar yang di snap di Hospital SALAM. Hubby aku kena apendix....

pada 22.06.2011 hubby telah dimasukkan ke wad kerana serangan apendeix, wah gitu ayat aku. masa dia sakit tu dia ingat sakit perut biasa jer tapi masa gi klinik doktor sahkan apendix.

dia operate sehari selepas tu, tengok jer garang tapi takut nak operate. leh cakap ngan doktor kalau makan ubat leh baik tak? hehehehe.... kesian hubby

gambar 1st tu si along bukan main leka lagi main psp, abah dia tengah sakit dia wat derk jer.... anak2
Thursday, 9 June 2011

kenduri kawen umah hj razalli





cuti sekolah ni ramai betul orang buat kenduri kawen, aku pun tak ketinggalan pergi ke beberapa kenduri kawen jemputan rakan2 sekerja. minggu nie pun ada lagi nak kena pergi.

masa aku gi kenduri nie anak bujang aku xde coz dia xnak ikut. nak main bola sepak katanya. alahai anak ibu dah besar rupanya, mana nak ikut lagi ibu ngan abah gi jalan2. si adik memang xleh renggang ngan aku. slalu gak tok ma dia datang umah jemput dia ngan along untuk tidur umah dia tp si putri nie akan ingat aku time nak tidur... oh, masa main x ingat ibu tp time tidur baru ingat ibu... alahai putri ibu...

gambar kat atas tu aku ambik time dalam keta, malu nak ambik kat umah pengantin sebab ramai orang... nie jer ler kenangan aku ke rumah hj razalli. tahniah hj sebab dapat menantu pertama walaupun yang kawen tu adalah anak keduanya.... semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat, amin
Thursday, 26 May 2011

nur kasih the movie


teringin sangat nak tengok movie nurkasih. dah cakap ngan mr hubby dia cakap ok tp ok tu xtau ok yang macam mana harap ok tu yang betul2 ok lah...

cerita drama nur kasih aku xpenah miss, cerita tu memang best dan adalah setitik dua air mata aku tumpah dek penangan nur kasih nie walaupun aku memang xbrape ska heroin dia tp jalan cerita tu sendiri yang membuat aku dipaksa melihat drama ini.

mr hubby awak dah janji so kalo xde apa2 halangan mrs isteri nak tengok hari ahad nie k... muah...

hadiah birthday 07.05.2011

dah lama xupdate blog kesayangan aku nie... bukan xde berita atau perkara nak dikongsi tapi masa yang tidak mengizinkan aku untuk melayari internet di rumah. dengan kerja rumah lagi, kerja opis lagi, melayan karenah anak2 lagi... aduh syahdunya ati aku nie.

sebenarnya aku nak cerita pasal hadiah birthday yang ke - 32. dah matang rupanya aku nie kan tp hubby slalu cakap aku nie perangai macam budak2. maksud dia budak2 tu aku nie skarang suka sangat ngajuk. ingat orang yang matang macam aku nie xde sifat ngajuk lg ker??? kompius plak bila pikir2 balik atau dia dah tak larat nak layan karenah aku. kalau perkara nie terjadi lagi lah syahdu ati dan perasaan aku nie. nantilah aku nak tanya dia balik.. heheheh

masa birthday aku ari tu aku di sambut oleh hubby dengan kek hari ibu sekali. buat sama2 ngan mak mertua aku. xsangka mak mertua dan adik ipar aku beli kek birthday aku.

nak tau hadiah yang aku dapat? leh tengok kotak kat gambar tu mesti ramai dapat teka apa yang ada dalam kotak tu...
Sunday, 8 May 2011

selamat hari ibu 2011


aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada bonda tersayang Rodia bt Abu Yani... Kak ngah sayang mak.... juga ucapan hari ibu buat semua ibu di dunia termasuk aku...