bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 28 June 2017

majlis tunang

#throwback je cerita ni tapi aku nak ia jadi kenangan dalam blog aku sampai bila2

pada 22.04.2017 aku telah bertunang dengan seorang jejaka yang aku sendiri baru kenali dan rasa teragak2 untuk terima dia sebagai tunang aku.


nak dijadikan cerita dan pendek kata majlis berjalan dengan lancar, tarikh dan kata sepakat telah dibuat.. insya Allah majlis pada 07/2017 dah tak lama lagi dah


raya ke 2

raya kedua aku sedondon ngan putri tapi tak ada plak gambar dengan si putri aku ni

 

tahun ni aku rasa lain sangat, banyak perkara berlaku tapi raya tetap raya walaupun tak berapa nak meriah janji aku dapat tatap lagi wajah2 kesayangan iaitu mak dan abah serta keluarga. begitu jugak dengan saudara mara.
Sunday, 20 November 2016

KRS Explohunt 2016



Baru nak update aktiviti 19.11.2016. aktiviti dari kelab Sukan dan Rekreasi SAINS yang berlangsung dari Hq (Seremban) hingga Port Dickson.




Aktiviti berjalan lancar, semasa aktiviti cuaca sangat baik dan cerah. walaupun sangat penat dan lapar aku sangat seronok.

Malam rasa nak demam dan sakit kepala tapi dah makan ubat semua ok. mungkin cuaca yang sangat terik...

Boleh joint lagi lepas ni....

Checkpoint pertama di city Park Seremban 2. soalan berdasarkan tempat itu.



Checkpoint kedua di s2 Height Seremban 2





Checkpoint ke 3 di Muzium tentera darat, Port Dickon



Dah habis soalan di checkpoint 3, kami diberi soalan explorace di pekan pd hanya 3 soalan salah dari 20 soalan...

Checkpoint terakhir di teluk kemang, PD

Time ni la rasa terik sangat, pastu ada task kena buat dalam laut iaitu tegakkan bendera. last task bawak bola jalan ketam untuk dua peserta.

Kami menang di tempat ke 8, kalau ikut kan kami boleh menang lagi atas tapi sebab kami lambat hantar borang mata kami ditolak... huhuhu sadis tapi takpe la kami enjoy



Budak keding kat bawah ni jadi AJK acah2 bizi dalam aktiviti ini... eh, dia bz la sampai kaki melecet. next time boleh jadi peserta tau adik manis


Aktiviti berakhir jam 3.00 petang. mula tadi jam 8.00 pagi