Semalam 31/03/2026 adalah Hari keputusan SPM untuk putri… hari yang kami tunggu dengan penuh harapan.
Sejujurnya, dia letak target yang tinggi. Dan sebagai ibu, aku sendiri nampak betapa bersungguhnya dia berusaha. Malam-malam berjaga, ulangkaji tanpa jemu, tekanan yang dia tanggung semua itu aku jadi saksi. Sebab tu, bila keputusan tak seperti yang dia harapkan, aku tahu hati dia pasti kecewa.
Tapi kakak, dengar sini… usaha kakak tak pernah sia-sia. Keputusan hari ini bukan penamat, jauh sekali penentu seluruh masa depan kakak. Kadang-kadang kita merancang dengan penuh harapan, tapi perancangan Allah jauh lebih tepat dan penuh hikmah yang kita belum nampak hari ini.
Jangan sedih terlalu lama. Rasa kecewa tu normal, tapi jangan biarkan ia patahkan semangat kakak. Ibu bangga dengan kesungguhan kakak, bukan semata-mata pada angka di kertas.
Apa pun jalan yang kakak pilih selepas ini, ibu sentiasa ada di belakang kakak. Ibu akan terus doakan kejayaan kakak dalam apa jua bidang yang kakak ceburi nanti.
Ini bukan pengakhiran, ini cuma permulaan cerita yang lebih besar untuk kakak.



Apapun keputusan kakak..aunty SA doakan yang terbaik..tahniah...
ReplyDeleteCongrates dear.Apa pun result, u can do it better bila sambung belajar nnt =)
ReplyDeleteTahniah. Semuga langkah bseterusnya di permudahkan Allah.
ReplyDelete