Raya tahun 2026 masih jauh lagi, tapi hati aku dah mula rasa teruja awal-awal. Biasalah, bila fikir pasal suasana raya, bau kuih dalam balang, rumah wangi dengan langsir baru, memang tak sabar nak mula buat persiapan. Jadi tahun ni aku buat keputusan untuk start awal sikit… tak nak last minute baru kelam-kabut.
Setakat ni, aku dah mula beli baju raya sikit-sikit. Bila jumpa warna yang berkenan terus sambar, sebab pengalaman raya lepas-lepas kalau lambat, saiz tak ada, warna tak kena. Jadi kali ni aku taknak stress.
Barang rumah pun aku dah mula siapkan. Langsir baru dah pilih, tinggal nak pasang dekat raya nanti. Bekas biskut pun aku dah beli — jenis yang simple tapi comel, sesuai letak kuih raya nanti. Karpet baru pun dah ada dalam wishlist, cuma tunggu masa sesuai nak checkout. Hiasan rumah pun sama, aku beli perlahan-lahan mana yang perlu, supaya bila dekat raya nanti rumah nampak fresh dan kemas.
Seronok sebenarnya buat persiapan awal ni. Tak terasa beban, tak terasa poket rabak sekaligus, dan paling penting, mood raya tu datang awal. Harapnya tahun 2026 nanti jadi raya yang paling meriah, paling tenang, dan penuh kenangan manis untuk aku dan keluarga.
Nanti bila ada tambahan persiapan, aku update lagi di sini. Raya kan hanya setahun sekali… jadi nikmatilah perjalanan nak sambut dia.

Semangat ya. Hehe tapi saya baju raya dah siap pun gara-gara tidak dapat buat untuk tahun ini.
ReplyDelete