Thursday, 2 October 2025

Murid tahun empat meninggal dunia selepas pengsan dalam tandas sekolah di Seremban pada 1/10/2025

Perginya Seorang Murid Tahun 4 

Hari ini saya benar-benar tersentuh hati bila membaca berita tentang seorang murid Tahun 4 yang dilaporkan meninggal dunia di sekolahnya. Allahu… masih kecil, masih beruniform putih biru, masih meniti alam persekolahan yang penuh dengan gelak tawa bersama rakan-rakan, tiba-tiba pergi menghadap Ilahi.

Difahamkan, punca kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Namun yang pasti, pemergian ini meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarga, guru-guru serta rakan sekelas arwah. Bayangkan, pagi tadi masih sempat hadir ke sekolah seperti biasa, tetapi petangnya sudah ditangisi sebagai kehilangan yang tak pernah dijangka.

Sebagai seorang ibu, saya sendiri terasa sebak. Betapa hidup ini begitu singkat dan penuh rahsia. Kita rancang untuk belajar, bermain, membesar… tapi Allah lebih tahu bila saat terbaik seorang hamba dipanggil pulang.

Syurga buat mu Anak. Dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan luar biasa untuk menerima ujian yang berat ini.


Al-Fatihah buat arwah 🤲

3 comments on "Murid tahun empat meninggal dunia selepas pengsan dalam tandas sekolah di Seremban pada 1/10/2025"
  1. Allah hu akbar, innalillahi wainna ilaihi rojiun..sebak tadi pagi membaca, di Seremban kejadian ini, baru 10 tahun ni tahun 4. jatuhkah di tolakkah kita tak tahu..Jauhilah kejadian ini berlaku lagi..Kasihan..anak syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang menetap di seremban, semasa baca memang meremang bulu roma dan rasa sangat2 hiba dengan kejadian ini. Apa2 pun kita doakan semua anak2 kita sentiasa dilindungi.

      Delete
  2. Ada nampak kat FB katanya kes buli & masih dalam siasatan.

    ReplyDelete