Semalam saya teman rakan opis ke AKPK. Awal pagi lagi dah keluar rumah sebab kami naik komuter dari Senawang ke KL. Ingatkan perjalanan sekejap je, rupanya ambil masa hampir dua jam juga. Lama duduk dalam tren sampai rasa kebas, tapi nak buat macam mana, redah je la.
Sampai di AKPK pun belum boleh terus uruskan apa-apa sebab ramai orang. Kami pun “tersidai” dekat situ menunggu giliran. Dalam kepala dah terbayang nasi panas dan lauk sedap sebab perut pun dah mula berbunyi.
Bila semua urusan selesai, kami terus cari tempat makan. Oleh kerana AKPK sebelah sogo so kami makan kat situ je, niat lepas makan nak ronda-2 tapi masa tak mengizinkan Lepas makan, terus naik komuter balik sebab dah letih sangat iaitu dah hampir pukul 5.30 petang. Perjalanan balik tu memang mencabar orang ramai betul dalam tren sebab waktu orang balik kerja, sampai kami kena berdiri hampir sejam lebih. Lutut pun rasa nak longgar 
Akhirnya sampai rumah lebih kurang jam 8.45 malam. Sebelum balik rumah, sempat singgah tapau ayam black pepper dari Baker’s Cottage. Nak juga manjakan diri lepas seharian penat. Balik terus mandi, makan, dan rehat. Memang satu hari yang panjang tapi berbaloi juga sebab bukan selalu dapat pengalaman macam ni.
Kadang-kadang benda kecil macam teman kawan ke urusan rasmi pun boleh jadi kenangan manis walaupun penat, tetap ada cerita di sebaliknya 
5 months ago

 
 
 
 
 
 
 
Penat kalau kena berdiri tu. Pernah jugak masa sek men nak balik asrama kena berdiri dalam keretapi sejam jugak. Dah la takde aircond ye keretapi lama yang ada tingkap tu je.
ReplyDelete