Hari gaji ni kalau nak diikutkan, memang macam drama Korea. Baru je masuk akaun, berdebar hati tengok baki bertambah—senyum sampai telinga. Tapi percaya tak, belum sempat seminggu dah rasa macam “eh, kenapa cepat sangat kurus akaun ni?”
Itulah realiti hari gaji. Masa dia masuk, kita rasa macam orang paling kaya. Terus pasang angan-angan nak shopping, nak makan sedap, nak beli itu ini. Tapi bila bil, hutang, minyak kereta, barang dapur semua datang menuntut, terus rasa macam duit tu sekadar ‘singgah’ sekejap je.
Paling kelakar, ada orang kata gaji ni macam ex—datang dengan penuh harapan, pergi tinggalkan kita tanpa pesan. Tinggallah kita termenung tengok akaun bank, berdoa semoga cepatlah tarikh gaji seterusnya.
Tapi tak apalah, walau pun sekejap, hari gaji tetap bawa rasa bahagia. Sekurang-kurangnya dapat hargai diri sendiri, belanja keluarga, dan teruskan hidup dengan semangat baru. Yang penting, jangan lupa simpan sikit untuk kecemasan… kalau tak, hujung bulan nanti boleh jadi drama lagi.
2 months ago
Hahahaha betuuul tuh ðŸ¤. Terkadang macam sulap saja, kejab ada, esok dah hilang 🤣🤣.
ReplyDeletebetul la awak... seronok kejap je huhuhu
Deletegaji utk byr semua komitment! memang kalau MZ, 1st day gaji, terus byr semua laaaa esp yuran sek anak2, bils, loans...then yg tinggal duit utk mkn! (dan menabung jugak setakat terdaya) alhamdulillah atas rezeki Nya utk kita semua
ReplyDelete