bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 5 August 2025

Dari Rimas Jadi Sayang – Kisah Aku dan Handsock

 



Dulu, tiap kali suami tegur dan suruh pakai handsock, hati mula rasa rimas. Panaslah, sempitlah, tak selesa… macam-macam alasan keluar. Dalam hati kata, “Ala, bukan nampak sangat pun tangan ni.”

Tapi suami tetap tegur dengan lembut. Katanya, tangan kita pun aurat… dan bila kita tutup dengan sempurna, itu tanda kita jaga maruah dan harga diri. Mula-mula memang pakai sebab “dipaksa rela”. Tapi lama-kelamaan… bila dah terbiasa, lain pula rasanya.

Sekarang, kalau keluar rumah tanpa handsock, rasa macam tak lengkap. Macam pakai tudung tapi tak pin — ada yang kurang. Rasa lebih yakin dan selamat bila semua terjaga.

Ternyata, bila kita mula buat sesuatu kerana Allah, walaupun payah pada awalnya, akhirnya akan jadi manis juga. Terima kasih, suamiku — kerana tak pernah jemu menegur demi kebaikanku. 

Be First to Post Comment !
Post a Comment