Kelmarin dan semalam aku menghadiri kursus tajaan opis aku di Pusat Latihan DRB - HICOM Port Dickson. Tujuan kursus ini tak lain dan tak bukan adalah mendekatkan lagi kita dengan Ilmu Islam dan mendalami makna ikhlas dalam bekerja dan tugasan seharian.
Untuk hari pertama aku memang mengantok, maaf yea kepada fasilitator yang penat lelah mengajar di hadapan tetapi aku kurang fokus mungkin disebabkan kekenyangan... heheheh. dalam kursus ini ada 6 slot iaitu :
- Tujuk kekuatan membina nilai dan sikap diri yang positif serta kesannya ke atas kerja
- mengurus keadaan diri dan emosi terbaik di tempat kerja
- Teknik mengurus perubahan diri dan persekitaran dengan pendekatan yang holistik
- Etos kerja menurut perspektif tauhidik
- membina pengalaman kerohanian secara berpasukan
- membina time line dan wayang minda masa depan
Di Akhir kursus aku dapat pelajari bahawa redha, sabar, sentiasa mengingati Allah adalah perkara penting dalam hidup kita. Sentiasa mengingati Allah dan berzikir juga dapat buat kita terus bersemangat dalam menghadapi setiap dugaan hidup. Zikir yang paling penting adalah solat... Alhamdulillah dengan ilmu yang diberi akan dimanfaatkan oleh aku pada masa sekarang dan akan datang... amin
Be First to Post Comment !
Post a Comment