hampir setahun aku tak update blog kesayangan aku ni. bukan dah melupakan tapi kekangan kerja, bisnes yang memerlukan tumpuan masa yang tinggi.
dalam tahun 2023 banyak sangat perkara berlaku, banyak aktiviti yang menyebabkan tenaga dan jiwa berkecamoh dan bergelora... hahahahahah acah betul ayat.
Januari 2023
bulan Januari tak ada apa yang menarik cuma masuk tahun baru dan ada la azam baru kan. so azam aku tahun ni nak seminima yang boleh penggunaan duit hahahahha... tak beli barang merepek-repek, tak nak tukar perabut, tak nak beli barang rumah banyak-banyak dah sebab barang dekat rumah tu ada yang tunggu masa nak sedekah dekat orang. semak weh banyak barang sangat.
rak-rak pun banyak buat aku rasa apsal gila babas banyak sangat barang dalam rumah aku ni. macam tu jugak dengan kain baju, lipat je ada lagi lipat je ada lagi, weh letih la macam ni... huhuhuu. dengan baju si kakak, baju aku apatah lagi tunggu masa aku nak prelove je tu. nasib baik baju adha dengan suben tak banyak
kerja macam biasa lah di bulan Januari sama dengan bulan-bulan sebelum ada pasang ada surut ada happy ada sad ada stress ada chill. nak buat macam mana kan kerja dengan orang kita kena lah buat apa yang telah ditetapkan buat kita. malas nak cerita bab kerja panjang-panjang sebab korang yang bekerja makan gaji pun tahu naik turun stress macam mana kan.
01/01/2023 - Malam ni ada kenduri doa selamat dekat rumah Mak Andak suami di Rawang. tapi pagi ni kami gi beli barang dapur dulu. Video ni ayah dia yang pakaikan baju.. dengan baju lain seluar lain. pastu nak keluar x dan nak bersiap punya lah nak cepat. pastu malam doa selamat tu tak ada pulak gambar sebab aku bab tengok makanan memang tak nampak dah handphone hahahahah....
malam tu kami tidur rumah Mira sepupu suami...
05/01/2023 - Sediakan borang kemas adik untuk kemasukan bulan Mac nanti. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan teratur. Allah permudahkan urusan aku nak adha masuk kemas.
6/01/2023 - Peristiwa yang aku rasa sangat bersalah pada rakan Office sebab kereta dia kena langgar dengan budak motor. padahal bukan salah dia pun, budak motor tu yang salah cilok tak nampak kami nak masuk simpang. pulak tu tak puas hati kawan-kawan diorang datang repeat nak mintak ganti rugi. dalam pada kesian tengok kawan dia yang langgar kami tu menggunakan motor kawan dia. owner motor tu la tak puas hati, cakap macam bagus je... "dik, ko tu budak mentah nak cakap macam-macam dengan hakak yang dah separuh abad hidup". kalau cakap elok-elok kita bleh bincang tapi disebabkan kami ni perempuan kan dik ko rasa bleh je makan kami yea. Suami kepada kereta kawan aku tu datang, bincang macam mana nak buat. tiada sebarang penyelesaian so sama-sama buat report polis.
petang tu aku dan keluarga berangkat ke Penang, asal nya suami nak beli BSH tapi nak tengok macam mana keadaan nya. di Penang kami tidur rumah Adik ipar aku.
7/01/2023 - Jumpa mak aku di Penang, sebab mak ada dekat rumah Inie adik perempuan aku yang menetap disana hampir 10 tahun dah. kejap je masa berlalu. mak nak tengok anak dia disana.
8/01/2023 - Kami bertolak ke Seremban dalam pukul 11.30 pagi. sebelum berangkat suami jadi ambik Kucing BSH namanya Bella dan Elsa. tanpa singgah di mana-mana kami terus je balik seremban.
12/01/2023 - hari ni aku ke Nilai beli seekor lagi BSH, entahnya suami nak sangat bela banyak-banyak. aku bukan apa cuma kalau dah banyak-banyak aku jadi rimas sebab sebenarnya aku ni tak suka sangat dnegan kucing sebab aku geli.
15/01/2023 - Aku bersama rakan niaga buka booth di Masjid Putih Seremban 2. dekat je dengan rumah aku so aku pergi sendiri terus ke sana. untuk dua bulan ni masjid ada aktiviti belajar haji dan umrah.macam biasa lah ada naik turun meniaga kan. itu semua asam garam dalam kehidupan berbisnes.
21/01/2023 - Buka Booth dekat Masjid kampung Paya Port Dickson, untuk yang ni aku tumpang rakan ke sana sebab aku tak tahu tempat. sebenarnya aku seronok buka booth di masjid kerana aku dapat banyak ilmu.
22/01/2023 - hari ni adik aku faizal ada buat makan-makan kami adik beradik yang ada disini berkumpul bagi merapatkan lagi silaturahim antara kami semua.
24/01/2023 - Hari ni adalah hari cuti kerja sebab semalam adalah hari Raya Cina 22/01/2023 - 23/01/2023. hari ni aku belajar facial dengan Ekin Forever Living cara-cara macam mana nak buat facial dnegan betul. alasan aku belajar adalah aku sebenarnya nak buka mobile facial. aku suka sangat pasal kecantikan ni. dan aku yakin kebanyakan wanita memang suka bab kecantikan. semoga apa yang aku azamkan akan tercapai.... amin
28/01/2023 - Hari ni kami buka booth dekat D'Tempat Sendayan.
29/01/2023 - masih buka booth dekat sendayan
Be First to Post Comment !
Post a Comment