bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday, 2 July 2018

Bila ada anak perempuan.


Anak kedua saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian utk kita bersama ibu ayahđŸŒč

Credit Puan Farhan

Related Post:

  • Great British CIRCUSMalam ni tengok circus yang org putih tu wat persembahan. Ingatkan yg ada haiwan tu tapi bukan, emmm
 tiket untuk kanak-kanak rm25 dan dewasa rm40 boleh tahan la mahal dia tapi nak
 Read More
  • hari ni adha demam awal pagi tadi semasa aku bangun dari tidur rutin awal aku akan peluk dan cium si manja ni. pagi ni aku dapati bahawa badan dia panas dan buat aku sangat risau. aku terus ke 
 Read More
  • Anak Bukan BebanAnak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik, Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka”Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment