bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 12 June 2015

mesti teruskan



Pagi2 ni rasa nak berceloteh sikit la. Cerita pasal empunya ini blog. Dah lama aku tak berceloteh dengan panjang lebar berkenaan diri aku dan persekitaran. Apa aku buat, perasaan aku, apa aku rasa sekarang, pikiran bercelaru.

Bila aku telah tempuh alam 30series ni rasa diri sangat dekat lagi dengan DIA tapi aku hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan, bila dah lakukan kesilapan rasa berdosa lepas tu dah lupa apa dosa yang telah aku buat pada pencipta, pada orang sekeliling.

Pasal bisnes, akan tetap aku teruskan sehingga aku mampu berdiri tegap... mampu berjalan dan seterusnya mampu berlari. Aku sentiasa berdoa semoga perniagaan aku akan diberkati Allah dan akan berjaya satu masa nanti, akan aku tunggu masa yang akan tiba itu.

Memiliki perniagaan yang mampu membuat aku tersenyum lebar, perniagaan yang mampu membantu orang2 disekeliling juga tersenyum. Dan perniagaan yang boleh membantu aku ke alam yang satu lagi... insya Allah

Teringin sangat nak penuhi permintaan mak dan abah... aku sememangnya dari keluarga susah, adik beradik ramai masih mampu mak dan abah besarkan kami adik beradik. Nak sangat sekarang ni bila mereka membuat hajat aku la orang pertama yang boleh penuhi hajat mereka. Rindu sangat dekat mereka... tiada apa yang mampu aku beri pada mereka jika dibandingkan dengan mereka yang telah bersusah payah besarkan aku adik beradik.

Aku tahu dalam lubuk hati mereka, tak pernah sekelumit kuman meminta apa2 dari kami adik beradik demi mahu penuhi apa yang mereka hajati. Dan aku sangat tahu mereka sentiasa berdoa kami adik beradik akan menjadi manusia yang soleh dan solehah dan dilindungi NYA

Related Post:

  • Ke mersingAtas urusan yang tak boleh di elakkan lagi kami ke mersing bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.Kenangan yang sangat indah bila berada di mersing ini kerana aku pernah bermestau
 Read More
  • Salam ramadan 2015Hari ni 1st puasa rasa teruja sangat2 bila bulan ramadan menjelma... masa untuk lebih kuat beribadat kepada Pencipta (nasihat pada diri sendiri) supaya tidak leka dan rugi serta si
 Read More
  • Sedikit infoDi tujukan khas buat sahabat2 lelaki... heheh 
 Read More
1 comment on "mesti teruskan"