bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 23 January 2010

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT...



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT?
1)Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah S.W.T di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2)Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T dengan lelaki daripada ahli syurga.

3)Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga..
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang lelaki yang masuk syurga.

4)Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin...
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5)Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya...
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6)Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya...
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah S.A.W bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

WALLAHUALAM...

Related Post:

  • Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.Kerana perempuan adalahpasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan b
 Read More
  • hargai wanita disisi andaBuat lelaki-lelaki manco yang dah berbini dan yang sedang cuba to become one,Kalu ada pompuan yang dah bergelar ibu, isteri, yang baru cuba nak jadi ibu,isteri atau yang dok tercar
 Read More
  • Bunga Yang Cantik Jarang Yang Wangi Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang ti
 Read More
2 comments on "MASIH SUAMI ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT..."