bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 1 January 2010

tahun 2010

Tahun baru 2010 sudah sampai, semua orang ada azam masing2. azam aku tahun 2010 adalah cari duit sebanyak yang boleh n aku nak berjaya dalam biz internet... kawan2 doakan aku yea... aku juga nak tingkatkan usaha menjadi insan, isteri, ibu dan anak yang solehah insyaalah.

tahun 2009 dalam kenangan tp masih subur dalam ingatan. banyak kenangan pahit dari kenangan manis... aku cuba memaafkan orang yang buat salah dengan aku tp aku bukan lah seorang yang mudah memaafkan seseorang yang telah membuat salah dengan aku... aku akan ingat sampai mati. aku xakan maafkan mereka itu. Aku xsuka membenci tp sikap orang yang sentiasa mencari kesalahan aku menjadikan aku seorang pendendam... kalian terimalah balasannya di SANA nanti.

kenangan manis... anak2 semakin membesar di depan mata membuat kan aku semakin bersemangat dalam mengejar impian hidup. aku tidak sesekali akan berputus asa dalam mencari rezeki dibumi Allah ini. ibu akan pastikan anak2 ibu mendapat kasih sayang yang sepenuh nya dari ibu mu yang juga banyak kekurangan... insyaallah

Buat kakak dan adik2.... kalian adalah nadi kehidupan aku. kalian sentiasa dalam ingatan aku sehingga ke hujung nyawa aku.

buat mak dan abah... kalian adalah nyawa buat aku. terima kasih kerana mendidik aku dengan sempurna. kalian sentiasa dalam jiwa dan raga aku. aku sentiasa doakan kalian mendapat kebahagian di dunia dan akhirat... amin.

suami tercinta.... walaupun banyak ranjau dan duri kita tempuhi kau menjadi tunjang dalam kehidupan aku. terima kasih sayang.. semoga ikatan kasih sayang kita berkekalan sehingga ke akhir hayat aku, kaulah satu2nya insan yang teramat aku cintai kau jualah jantung hati aku....

Related Post:

  • Putri kena cucukhari nie putri kena cucuk. menangis dia... memang nurse cakap memang sakit, kesian anak ibu. balik dari klinik bawak putri gi family store utk masak malam nie.sampai kat umah putri
 Read More
  • team building (04/12/2009 - 07/12/2009)sebenarnya dah lama nak masukkan gambo masa aku gi team building tp xde masa, so skarang nie layan lah yea gambo aku yang xbrape cun 
 Read More
  • Putri sakit lagismlm aku ngan hubby bergegas ke spital. lepas keja hubby bawak g klinik dulu nak x-ray kaki putri. tengok dia jalan terhenjut2 buat kan ibu ngan abah susah ati. hai adik... lasak s
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment