bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 11 December 2009

AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH


Kawan-kawan,

Sudahkah kita bersiap-sedia dengan tahun baru ni ( Muharam) yang akan
sambut pada hari jumaat 18 Dis 2009 bersamaan 1 Muharam.

Sekiranya terdapat sebarang perkara yang mungkin menguriskan hati dan
perasaan sila lah bermaafan antara satu dengan yang lain. Hidup kita tidak
sunyi daripada melalukan kesilapan, kita bersifat baru yang tidak sempurna.

Oleh yang demikian BERMAAF-MAAFAN DIANTARA KITA DENGAN YANG LAIN
SANGAT-SANGAT DITUNTUT DEMI PERPADUAN UMMAH YANG PERLU DIKEKALKAN.
Semoga ALLAH akan memberi Hidayah kepada kita

Disini dilampirkan sedikit maklumat.


SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah
Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke
Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di
mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia
dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat
baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu
Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh
umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam
kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera
akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil
Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir,
terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi
mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya
keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali
sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda
dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M,
iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW
diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan
Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as)
menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya
meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui
sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani
baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai
melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil
Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan
diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang,
mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun
dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW)
keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari
Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan
tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak
Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur.
Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish
menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak
memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada
di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan
sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya.
Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang
ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke
Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung,
bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus
asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu,
kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).
Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah
(SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan
perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan
kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama,
Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk
masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan,
penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu
Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam
semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada
di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M,
Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar
masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat
Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk
menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina
sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan
umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut
segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah
satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa
bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi
setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin

fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti


3. Menahan marah

fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala
seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu

lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.

lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana
Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca
Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca

"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"


fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.


14. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Be First to Post Comment !
Post a Comment