bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 2 September 2009

aku sebutir pasir

Aku hanyalah sebutir pasir yang terdampar di pantai kehidupan. Ditiup angin berterbangan, dihembus ke kiri ku ke kiri, dihembus ke kanan ku ke kanan.

Aku hanyalah sebutir pasir yang terlalu lemah. Tidak pernah sepi dari noda dan dosa. Tidak pernah sepi dari leka dan alpa. Selalu sahaja aku lemas dalam jurang-jurang durjana.

Suatu ketika, aku dipertemukan dengan pasir-pasir yang lain. Pasir dari segenap penjuru dunia. Dari utara ke selatan, timur ke barat. Aku diangkut ke medan persahabatan yang sangat mulia.

Diriku diadun dengan airmata kesyukuran kerana diberi peluang untuk terus berkasih sayang. Kerana ia memberi kekuatan buat diriku. Disebati pula dengan tanah dan lumpur dari pengalaman yang lalu.

Lalu aku semakin teguh bersimenkan sebuah persahabatan. Diteduh oleh atap kasih sayang. Disusun dan diatur menjadi bangunan tegak dan berdiri teguh di tengah-tengah mehnah kehidupan.

Namun, masa terus berlalu. Bangunan itu kian usang disalut debu. Pada tapak yang kukuh itu mula tampak retak dan rekah. Kini kau bukan lagi sebutir pasir yang pernah aku kenali suatu ketika dahulu.

Duhai sahabat, kembalikanlah kemanisan persahabatan itu. Aku terlalu mendambakannya. Marilah kita menutup kembali lompang-lompang yang kelihatan itu.

Related Post:

  • suka duka Mac 2023Bulan Mac 2023 bulan awal puasa iaitu pada 23/03/2023. Sebenarnya bulan ni aku nak buat live di tiktok dibulan puasa untuk borak2 banyakkan follower dan Engagement. Aku akan cuba
 Read More
  • apa ada di Februari 2023untuk Dairy bulan Februari pulak banyak aktiviti bisnes aku lakukan dengan team Forever Living dengan buka booth dekat masjid. aktiviti zumba juga aku tak lupa untuk aku kelak siha
 Read More
  • 02/03/2023 - Lawatan ke SAMB02/03/2023 - Lawatan ke SAMB untuk mengetahui beberapa perkara penting yang telah mereka ada tapi SAINS belum ada. Aku pun tak boleh bercerita dengan lebih terperinci kerana hal 
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment