bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 11 October 2017

sabar yea hati... sikit je lagi

berbicara tentang hati dan perasaan memang sangat mencabar. nak ambil hati semua orang sangat susah sebab pikiran manusia ni lain2 seperti pepatah lain orang lain perasaan, betul ke pepatah aku tu? huhuhu...


seperti aku sendiri nak melakukan satu2 perkara kena tengok dulu apa kesan pada aku apa kesan pada orang lain. nak lakukan satu2 perkara ikut suka hati kita boleh tapi bila dah berlaku kesilapan kena lah sendiri tanggung. kalau kita sorang je tanggung tak apa la ni kalau orang lain juga tanggung kesalahan yang kita lakukan apa kita nak jawab. di dunia xpe la esok2 di akhirat macam mana???

ada satu perkara membuat kan aku tersentuh. perkara ni bukan melibatkan hubungan cinta, bukan hubungan dengan keluarga tapi tersentuh dengan pihak luar. biar lah aku sendiri pendam sape pihak luar tersebut.

aku tak menyalahkan mereka cuma perkara ini mungkin datang dari dalam diri aku sendiri atau perasaan aku sahaja. aku cuma mampu luahkan di blog kesayangan aku sahaja. aku nak luahkan pada suami, pada keluarga atau pada kawan2 takut aku salah cakap atau salah penyampaian. dan aku sangat takut bila mereka salah faham dengan apa yang aku akan sampaikan.


orang tua2 kan penah cakap diam lebih baik dari berbicara kan... so aku memilih diam seribu bahasa walaupun hati terluka dan sedih dengan apa yang menimpa diri aku. semoga aku lebih tabah dalam menempuh hari2 yang mendatang dan mencabar lagi selepas ini. aku pernah lalui detik2 sukar lebih teruk dari ini, aku boleh handle Insya Allah kali ni aku boleh tempoh nya dengan senyuman. mungkin Allah nak beri yang terbaik buat aku...

Insya Allah... Amin

Related Post:

  • Hari raya ke 5dah raya ke 5 kita ni kan? aku pun dah 2 hari kerja, rasanya tahun ni la tahun aku tak ambik cuti panjang maklum la nak simpan cuti kan.. hehehebosan duk opis sebab member2 lain ma
 Read More
  • majlis tunang#throwback je cerita ni tapi aku nak ia jadi kenangan dalam blog aku sampai bila2pada 22.04.2017 aku telah bertunang dengan seorang jejaka yang aku sendiri baru kenali dan rasa ter
 Read More
  • salam syawal 2017hari ni hari raya ke 4 kan, masih lagi boleh ucap selamat hari raya aidilfitri 2017 pada rakan2 blogger dan rakan2 semua.ni sebahagian je, tunggu yang lelaki balik dari masjid lamb
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment