01:51

pemergian dia sangat di rasa

by , in
Image result for nenek kartun

Khamis lepas bersamaan 20 Julai 2017 aku dikejutkan oleh satu berita yang sangat menyayat hati. perginya seorang yang aku sayangi dan sentiasa ada dalam hati aku.

Berita kematian dia aku dapat dari seorang cucu nya yang aku sendiri dah menganggap dia sebagai adik aku pada pukul 7.58 malam, di fahamkan beliau meninggal pada pukul 6.45 petang. Pengebumian di lakukan pada pagi Jumaat (21 Julai 2017) yang damai.

Aku bertolak (Jumaat - 21/07/2017) bersama anak dara aku pada pukul 7.45 pagi bagi menatap beliau untuk kali terakhir. Sampai disana sanak saudara beliau telah datang untuk mengziarahi. ada satu perkara yang aku tidak mampu menahan rasa sedih dan hiba tapi biar la ia menjadi rahsia...

sangat sedih dan kecewa bila menatap beberapa perkara yang telah berlaku. semoga roh arwah tenang di SANA.... Amin
12:37

kenapa AKU dipilih

by , in
kenapa aku? kenapa mesti aku???

DIA pilih aku mesti ada sebab, supaya aku tidak leka? supaya aku tidak lupa? supaya aku tidak alpa? itu semua perancangan DIA untuk aku.

tapi aku lemah sangat, lemah sangat2, sampai satu tahap aku jadi lemah, aku jadi sakit, sangat2 sakit..
semoga aku akan terus tabah dan sabar... Insya Allah

23:29

harap semua berjalan lancar

by , in
tinggal beberapa hari lagi untuk majlis. harap semua berjalan lancar.
harap apa yang terbuku dalam sanubari aku dapat dileraikan.... 

09:36

pengalaman pengajaran kehidupan

by , in

sebut je pasal famli hati aku jadi sayu maklumlah aku sebagai anak perantau. diam tak diam dah lebih 20 tahun aku di perantauan, kejap je kan? bagi korang yang tak pernah merasa jadi anak perantau tak kan rasa betapa perit, sukar, susah dan berbagai lagi dugaan dan rintangan

sumpah, aku rindu sangat-sangat kampung halaman. sumpah, aku rindu sangat wajah2 yang dari aku lihat dunia smpai aku dah besar panjang. sumpah, aku rindu semua tu...

mak, abah, adik beradik..

korang tak pernah sekali pun aku lupakan walaupun aku hepi mahupun sedih. kalau masa boleh putar balik aku xnk jadi remaja, aku xnk jadi dewasa, walaupun dulu keluarga aku susah aku tetap nak masa diputar semula...

betul kata orang tua2, masa itu emas.. lagi berharga dari emas dan kalau waktu boleh berputar aku nak sangat mula dari bawah, nak sangat masuk sekolah, nak sangat masuk U dan nak sangat bahagiakan mak abah.

pengalaman telah mendewasakan aku, dari budak kampung, dari budak susah, aku berdiri di atas kaki sendiri. aku jatuh aku bangkit lagi, aku tersembam aku bangun untuk tidak luka dan terluka. perancangan DIA kita tak tahu, dia nak uji kita sampai bila kita pun tak tahu.

hari ini bulan ini tahun ini aku redha dengan ketentuan nya, aku pasrah dengan segala yang berlaku namun untuk mengalah namun untuk menyerah tidak sama sekali.

orang nampak aku gigih, orang pandang aku kuat, orang pandang aku tersenyum tapi di sudut hati hanya DIA yang mampu mengetahui...

amin... D

Instagram @use_zally