usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Friday, 28 May 2021

kes covid-19 yang semakin membimbangkan

sehingga semalam jumlah sudah mencecah 7k bilangan yang sangat membimbangkan. bukan orang lain la aku nak ceritakan bab diri aku sendiri yang mana sangat patut kita untuk lebih berhati-hati jika hendak keluar dari rumah.

paling aku risau anak2 dan suami. suami aku ada asma, sangat tinggi risiko dia tu sebab kalau ada apa2 yang nak kena beli aku yang akan gi beli. setakat ni kesihatan aku sangat memuaskan alhamdulillah tiada masalah kesihatan. 

aku dan rakan2 dah mula bekerja dari rumah dan ganti2 masuk opis. suasana di opis sangat suram dan sunyi.. aku rindu sangat riuh mesra dari rakan2, borak2 mesra dan banyak aktiviti kami di opis.

kita sama-sama perangi covid-19 ini insyaAllah kita akan berjaya. percaya kepada pencipta dan sentiasa berdoa agar keluarga, sanak saudara dan semua umat islam akan dilindungi. bukan umat islam sahaja tetapi semua manusia di dunia... amin



Tuesday, 18 May 2021

Dah terhantok baru nak terngadah

 betul tak tajuk aku tu ea... hahahha

aku cuma nak luahkan perasaan yang terbuku disanubari aku ni dan sangat-sangat sedih dengan persekitaran kerja aku. Pasal kerja yang tak pernah nak habis pasal management yang tidak ambil berat berkenaan kesan dan masalah yang dunia hadapi iaitu Virus covid-19 ni. virus ni memang dah terbukti virus yang sangat bahaya pada semua tak kira peringkat umur.

KKM pun dah sebut banyak kali supaya kita patuh sop yang telah ditetapkan tapi??? apa dah jadi? kebal sangat ke sehingga melanggar sop yang telah diberi? apa perlanggaran yang tak dipatuhi tu? sape yang satu opis dengan aku je tahu sop mana yang mereka langgar.

Last-last terpaksa tutup juga opis yang sangat penting ni.. korang baca la dibawah ni yea opis mana yang aku maksudkan... huhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COVID-19: Ibu Pejabat SAINS tutup lima hari

SEREMBAN: Ibu Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) di sini, ditutup lima hari mulai semalam, selepas beberapa kakitangan syarikat itu disahkan positif COVID-19.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata penutupan itu bertujuan memastikan saringan ke atas kakitangan dan sanitasi ruang pejabat dapat dijalankan dengan lancar.

Katanya, kerja-kerja saringan dilakukan berikutan beberapa kakitangan SAINS disahkan positif COVID-19 dan mereka sudah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh SAINS pada masa ini adalah mengenal pasti kakitangan yang berhubung rapat dan dikenal pasti sebagai kontak B.

"Kami telah berhubung dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) untuk menangani perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi di ruang bekerja Ibu Pejabat SAINS dilaksanakan semalam, dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Seremban 2.

Katanya, pihaknya amat terkesan dengan perkara berkenaan namun SAINS tetap meneruskan tanggungjawab bagi operasi dan agihan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan seperti biasa demi keperluan dan kepentingan pengguna.

"Justeru, SAINS mengharapkan kerjasama semua pihak, terutama pelanggan untuk terus mempercayai keupayaan syarikat ini dalam membekalkan bekalan air secara berterusan dengan kualiti air yang terjamin, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 semakin meningkat," katanya.

Norzita berkata, pihaknya berharap pengguna air di Negeri Sembilan terus menghubungi talian 1800-88-6982 atau e-mel ke aduan@sainswater.com bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan gangguan bekalan air di kawasan terjejas.

Katanya, segala maklumat mengenai gangguan bekalan air disebabkan paip pecah atau kekangan berpunca di loji, rumah pam atau bencana alam turut dipaparkan dalam portal rasmi SAINS www.sainswater.com dan juga FB Pusat Khidmat Pelanggan SAINS.

"Selaras dengan ini SAINS mengharapkan kerjasama kepada semua pengguna untuk terus membuat bayaran bil air tepat pada masa ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan SAINS," katanya.

Saturday, 15 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

kita masih berdepan dengan covid-19 so untuk kita menyambut hari lebaran dengan penuh kemenangan dan berkunjung kunjungan tidak dapat. perkara ini buat kita sedih sebab nak balik ke kampung pun tidak dapat, nak ke pusara pun juga tidak dibenarkan.

semua ini ujian pada kita umat islam supaya sentiasa redha dengan ketentuan yang telah DIA berikan... InsyaAllah dia nak bagi yang lagi baik pada umat nya... amin

hari ni dah hari ke 3 kita menyambut syawal. walaupun tidak dapat merayakan syawal dengan sempurna aku dan keluarga menyambut di rumah dengan sederhana. masak, pakai baju raya dan cantikkan rumah perkara wajib untuk keluarga buat untuk naikkan suasana raya yang sederhana ini.

rindu suasana kampung tak dapat diungkap dengan penulisan dan kata-kata. sedih tu sangat mencengkam perasaan dan sanubari aku. rindu nak peluk mak dan bermaaf-maafan dengan adik beradik serta sanak saudara. 

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang kenal saya...




Tema raya pertama dark grey.. along tak de sebab dia punya program belum abis. Insya Allah tahun depan boleh la kita sama2 berkumpul dalam suasana meriah...















Raya kedua aku dan adha pakai serba merah, putri hijau... hehehehe


Saturday, 3 April 2021

Aku sayang pada mu...


Dari aku lahir sehingga umur aku mencicah ke 42 tahun dia la yang sentiasa dengan aku bila aku menghadapi masalah, suka dan duka. aku akan sentiasa bersemangat bila kenangkan dia sebab dia lah sumber inspirasi aku.
mak, aku tak mampu lagi nak bagi apa yang mak nak tapi aku tahu dalam hati mak apa mak nak dan mak mahu.. sabar yea mak sikit hari lagi DIA akan bagi apa yang kita nak.. Insya Allah. cuma bila kita kena sabar dan terus berusaha sehingga sampai masa dan ketika kita akan dapat yea mak.

semoga mak akan sentiasa sihat dan kuat bila tiba masa dan ketika masa tu sampai. janji yea mak jaga kesihatan mak. anak mak ni tau yang masa sangat suntuk tapi percaya la mak yang akan tiba juga masa itu untuk kita sekeluarga yea...

kalau korang nak tahu, setiap apa perniagaan yang aku ceburi dia akan support aku sebab dia tahu dan percaya dengan kemampuan anak2 nya yang rata2 ramai yang menceburi bidang perniagaan. tahniah mak jadi vip yus dalam forever living...
Tuesday, 30 March 2021

dia pergi TABLIGH

sebelum ini aku sangat kurang pemahaman berkenaan tabligh, dan sekarang dia nak belajar dan mengikut tabligh pula... sape dia tu? dia la anak sulung aku 

APA ITU TABLIGH?

Maksud Tabligh adalah menyampaikan ilmu kepada umat islam seperti belajar dan mengajar tentang ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim dan ulamak.

Tabligh ini berasal dari bahasa Balgha, Yablighu, Tablighu” yang bermaksud menyampaikan.

(sumber https://demiislam.wordpress.com/tag/tabligh/)  

 
Tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim, dan ulamak. Tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kepada ummat. Sangat berbeza dengan dakwah Dakwah wajib untuk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu  (sumber : http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz2krCszryZ ).

aku pasti mesti ada diantara kita yang pernah melihat jemaah-jemaah Tabligh ini di surau atau masjid berhampiran dengan rumah korang kan?

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang mereka lakukan, kebiasan mereka akan berhenti seketika di surau atau masjid untuk solat atau membersihkan diri sebelum mereka melakukan aktiviti dakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah-risalah tentang agama islam. Kebiasaannya jemaah Tabligh ini akan menyampaikan ilmu agama kepada semua dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

kini dia (anakku) mahu sama-sama rakan untuk tabligh. semoga dia istikomah dalam apa jua yang dia lakukan dan ingat Allah maha mengetahui. ibu sentiasa doakan awk berjaya dunia akhirat anakku...

 


Tahniah kepada Neelofa dan PU Riz

pada 28/03/2021 telah berlangsung perkahwinan antara ikon terbesar negara iaitu Neelofa bersama pasangannya iaitu PU Riz. pasangan ini sangat sesuai dan sepadan dari pandangan mata aku, dan sangat terkesan dalam diri aku.

walaupun mereka menghadapi pelbagai masalah pelbagai dugaan akhirnya mereka bersatu dalam majlis yang sangat sempurna dan mewah. lawa giler lofa dan hensem je PU Riz ni.. semoga mereka bahagia hingga jannah dan kita sebagai manusia biasa sentiasa la berdoa semoga mereka dan orang disekeliling bahagia.

bercakap berkenaan kebahagian, aku sedar  bahawa aku sebagai hamba Allah yang sangat lemah mempunyai banyak kekurangan tidak mampu untuk menutup semua tohmahan dan umpat keji dari orang sekeliling tapi aku tahu DIA maha SATU maha mengetahui apa yang telah berlaku pada aku dan keluarga.

selama orang mengata aku yang bukan-bukan aku sentiasa memaafkan kerana sebelum ini aku salah seorang yang naif dari segi Agama walaupun arwah abah seorang yang kuat agama. sebelum ini aku jarang memaafkan orang disekeliling yang sentiasa menindas dan mengata aku yang bukan-bukan. tetapi semakin banyak umur kita semakin matang jiwa dan raga kita... heheheh. dan baru kini aku tahu memaafkan adalah salah satu perkara yang sangat baik dan boleh menyucikan jiwa serta raga kita dari menjadi hitam.

semoga Neelofa dan PU Riz akan bahagia dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pasangan suami isteri. 

Wednesday, 17 March 2021

PARETO LAW

Apakah itu pareto law?

Utk memahami apa itu Pareto Law, sy buat penjelasan mudah.

Setiap perkara adalah berasaskan 2 domain - OUTCOME dan SOURCE OF OUTCOME.

Misalnya kita ada outcome berjumlah RM100k, yg dtgnya drpd 100 orang agen. Jadi bagaimana kita nak menentukan sumber outcome yg efektif?

Pareto law ini juga dikenali sebagai 80/20 principle, iaitu 80% drpd outcome biasanya dtg drpd 20% sumber yg alpha, dan 20% drpd outcome dtgnya drpd 80% sumber yg beta.

Sebagai contoh dalam bisnes Forever Living, biasanya drpd semua Fbo yg ada, 20% drpd nya adalah fighter dan 80% lagi adalah user.

Biasanya drpd jumlah sales kita sebulan,

80% dtgnya drpd 20% fighter tu.
20% dtgnya drpd 80% user tu.

So kalau kita nak cepat jd jutawan, kita kena besarkan angka yg 20% tu. Tapi kena ingat, drpd 10 yg kita recruit, 2 yg akan jd fighter.

So kita kena melebar, melebar dan melebar lg supaya odds utk kita membesarkan jumlah 20% tu makin besar.

Dalam kehidupan biasa pun kita dikenalkan dgn konsep B40, M40 dan T20. 80% kekayaan negara ini dtgnya atau dimiliki oleh Top 20% tu manakala bakinya dimiliki oleh 80% golongan B dan M.

So jika kita nak berjaya segera, fokus utk folow Pareto Law ni ye.

UseZally