usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Thursday, 17 June 2010

putri demam lagi


eeeemmm... si putri demam lagi bukan apa, dia nak tumbuh gigi. dari pagi tadi asyik merengek jer nasib baik aku dalam mc klu x esk mesti kena cuti. xsampai ati nak tinggalkan kat umah orang yang jaga dia tu.

bukan akak yang jaga dia tu xnak jaga cuma aku sebagai ibu mestilah bertanggungjawab ke atas anak sendiri xdelah nak serahkan bulat2 pada oang yang jaga dia tu. mana tau kalau kita asyik bergantung pada orang nanti anak kita xkenal kita sebagai ibu n bapa lg parah kan.

skarang nie dah tido, tadi punya lah meragam dia. mata dah ngantuk tp kerana dia sakit gigi so kena pujuk makan masa lama skit. aku dah nak lelap tp dia masih merengek. memang patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu kan. bukan senang nak besarkan dan didik anak nak2 anak2 zaman sekarang nie. satu kita cakap sepuluh dia jawab. anak-anak..

aku tengok adik2 aku pun skarang nie pun dah makin pedas mengutarakan kata2. orang bandar cakap mak bapak open minded tp bagi aku nie dimanakan kurang ajar. iyalah kan masa time aku sekolah dulu nak membantah cakap abah dan mak pun takut apa lg kalau mereka bersuara nak menyampuk pun kena pikir 10 kali takut apa yang kita cakap akan menjadi kemarahan mereka atau membuatkan mereka tersinggung.

anak2 makin besar makin aku takut coz adakah aku n suami betul mendidik anak2? iyea lah aku n suami sentiasa balik kerja lewat, sampai umah dah malam bila masa nak mendidik anak2... entah lah aku sentiasa berdoa agar anak2 aku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. semua bapa n ibu mengharap perkara yang sama termasuk mak n abah aku. cuma kami adik beradik jer kadang2 sering tersasar dari landasan.

dah lah... melalut sampai ke situ pulak aku.. entry kali nie nak cerita pasal putri tp dah jauh menyimpang pulak.
Wednesday, 16 June 2010

sinetron alisa

Watch more YouTube videos on AOL Video


34 TIPS OLEH DR FADZILAH KAMSAH SEMASA KURSUS IBUBAPA

TIPS DIPETIK DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH YANG DISERTAI OLEH AHLI PERSATUAN KAKITANGAN ISLAM JOHOR PADA 20.02.2010

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan
“Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.


7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).


9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.


10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).


11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;

· Sebelum
tidur
· Semasa
tidur
· Selepas
tidur
· Selepas
riadah
· Selepas
solat
· Selepas
mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak
, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.


14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).


15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.


16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.


17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.


18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)


19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.


20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.


21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.


22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.


23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).


24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.


25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.


26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.


27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.


28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.


29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.


30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.


31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.


32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.


33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.


34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

semakin sihat

dari hari sabtu sampai hari rabu aku rasa diri aku semakin sihat. syukur kepada Yang Esa kerana masih mahu melihat hambamu di muka bumi ini. ku panjat syukur pada Mu kerana dapat lagi aku menulis dalam entry nie.

bulan nie banyak betul dugaan dan cobaan dalam hidup aku serta keluarga, ini lah namanya warna-warni kehidupan. awal bulan mak ngan abah demam pastu aku pulak kena demam denggi. walaupun demam denggi tu macam masalah kecik tp sesiapa yang pernah mengalami demam ini akan tau peritnya dan sakitnya disebabkan seekor nyamuk durjana.

simtom2 nak kena demam denggi
1) demam yang berpanjangan
2) rasa sengal2 pada tulang dan sendi
3) rasa lemah
4) rasa resah dan badan panas (demam lah tu, belum kebah walaupun dah 3 hari demam)
5) badan rasa miang dan gatal2


Anatomy Picture of an Adult Female Mosquito

kepada sesiapa yang mengalami demam macam nie cepat2 pergi klinik check darah, jangan takut derma darah kepada orang daripada derma kat seekor nyamuk durjana (apa aku melalut nie)

nak kena tido awal nie coz esok ada appoinment dengan doktor di Hospital SALAM, Seremban. harap2 xde masalah. n esk aku nak gi potong rambut jap (itu pun nak cakap kan... heheheh)
Tuesday, 15 June 2010

Sudah sihat

hari nie dah 3 hari kuar dari wad. rasa sengal2 ada lg sikit2 tp xpe janji dapat balik umah.. selamat balik umah kepada yuslina bt ghazali. huhuu.. syahdu nya, seminggu tinggalkan rumah

masa mula2 masuk umah ari sabtu lalu rasa macam nak menjerit ada nak nangis ada gak bukan apa rumah cam tongkang pecah. Hubby xkemas rumah, huhuuhuhu... sedihnya tengok rumah kelam kabut. kepala rasa sengal2 lg tp bila tengok rumah macam bukan rumah aku jer terus letak beg n kemas rumah.

perkara pertama yang aku buat adalah basuh pinggan mangkuk yang bersepah di dapur n atas meja makan. dalam kemas2 tu membebel jugak kat hubby kenapa xkemas rumah. jawapan dia ringkas jer, xde masa... nak mengamuk xleh gak coz yang dia tau basuh kain n jemur kain jer.

nak patah pinggan kemas rumah. bila rumah dah nampak cam rumah aku baru aku masuk bilik berehat. tetiba kepala pening, lepas makan ubat berat plak kepala. ingat nak lelap sekejap tengok2 jam dah kol 5am, memang aku rasa penat sangat lupa pada si puteri n along. abah dia tolong jagakan, thanks hubby..

aku dapat mc sampai ari rabu tapi rabu tu aku ada appoinment ngan doktor tu coz dia nak tengok perkembangan aku macam mana. bila dah mc lama2 nie nak gi kerja macam malas plk tp bila pikir pasal keja mesti berlambak kerja atas meja aku. huhuhuhu..
Friday, 11 June 2010

Benci Bilang Cinta

nie plak episod pertama sehingga 10. sebenarnya episod nie memang panjang biasalah orang cerita indon mesti panjang. xindon x panjang hahahahha... sesiapa yang gemar cerita indonesia blh layan cerita nie kat blog aku..






































Benci Bilang Cinta

korang layan x crita daRI indon nie Benci Bilang Cinta... klu adik2 kita nie memang minat giler lah. korang layan lah 10 episod terakhir crita nie.

10 Episod terakhir...




































UseZally