Acara akhir tahun team zumba pada 31/12/2025 yang diadakan di AEON Seremban 2 benar-benar meninggalkan kenangan manis buat kami semua. Ia bukan sekadar satu perjumpaan biasa, tetapi ruang untuk melepaskan penat, berkongsi gelak tawa dan menutup tahun dengan penuh kegembiraan bersama rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan.
Kami memulakan perjumpaan di Redbox dengan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu, menyanyi sambil melalak dan menari tanpa peduli suara sumbang atau rentak ke laut. Apa yang penting, semua orang enjoy dan bebas menjadi diri sendiri. Suasana penuh dengan gelak ketawa, sorakan dan momen spontan yang buat kami lupa seketika tentang rutin harian.
Selepas itu, acara tukar hadiah pun bermula dengan tema beg gym. Masing-masing teruja menunggu giliran membuka hadiah. Walaupun ringkas, setiap hadiah terasa sangat bermakna kerana dipilih dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan. Beg gym yang diterima bukan sekadar hadiah, tetapi simbol sokongan untuk terus aktif dan sihat bersama.
Semua ahli hadir dengan tema baju sukan, selari dengan semangat team zumba. Walaupun hanya berpakaian sporty, suasana tetap nampak ceria dan berwarna-warni. Setiap orang tampil yakin, selesa dan penuh senyuman, mencerminkan keserasian serta hubungan baik yang terjalin dalam kumpulan ini.
Paling penting, semua orang pulang dengan hati yang gembira. Tiada siapa yang rasa tersisih, tiada tekanan, hanya rasa dihargai dan disatukan oleh minat yang sama. Acara ini menjadi penutup tahun yang indah dan pembuka semangat untuk melangkah ke tahun baru dengan lebih positif dan bertenaga.
Semoga kenangan pada 31 Disember ini kekal dalam ingatan, dan semoga persahabatan dalam team zumba terus kukuh untuk tahun-tahun mendatang.





Wah.. girls only pergi karok! Bagusnya, ada team zumba, dapat beri semangat untuk terus bergerak cergas.
ReplyDeleteWahhh..best nih...Dah bertahun sy tgglkn zumba =D
ReplyDeleteLama tak berzumba. Seronok jugak boleh bakar lemak degil.
ReplyDelete