Sunday, 5 October 2025

Kes Buli Menjadi-jadi, sediakan Silat untuk anak




Sejak kebelakangan ni, makin kerap kita dengar cerita tentang kes buli. Kadang-kadang sampai naik geram bila baca berita – anak orang jadi mangsa, ada yang cedera, malah ada yang trauma nak ke sekolah. Sebagai mak ayah, memang hati jadi tak tenang bila fikirkan keselamatan anak-anak sendiri.

Suami saya selalu cakap, “Zaman kita dulu kalau gaduh, gaduh mulut aje… sekarang lain. Budak-budak makin berani, siap rakam lagi buat content.” Memang betul pun, rasa risau tu lain macam. Jadi baru-baru ni, suami terlintas nak hantar anak ke kelas silat. Katanya, bukan untuk bergaduh atau tunjuk kuat, tapi sekurang-kurangnya anak ada ilmu pertahanan diri.

Saya pun setuju. Silat bukan sekadar seni bela diri, tapi ada disiplin, ada adab, ada hormat. Kalau anak belajar silat, bukan saja dia tahu cara nak jaga diri, tapi juga boleh tanamkan keyakinan dan keberanian dalam diri. Kita pun rasa lebih lega bila tahu anak bukan jenis mudah dibuli, malah tahu cara nak elak dan lawan bila terdesak.

Kadang-kadang kita tak mampu nak ubah dunia luar yang penuh cabaran, tapi kita boleh sediakan anak dengan benteng diri. Biarlah dia kecil-kecil belajar, sebab ilmu tu insyaAllah akan jadi bekalan sepanjang hayat.

Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi dan diberi kekuatan menghadapi zaman yang makin mencabar ni.

5 comments:

  1. Semoga anak-anak dilindungi dan bersemangat untuk menimba ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... semoga anak2 akan sentiasa baik2 sahaja

      Delete
  2. Budak2 sekarang banyak pengaruh dalam gajet. Zaman kita dulu mana berani. Nak kena sebat dengan cikgu. Zaman sekarang cikgu tak boleh sentuh murid nanti kena serang dengan parents. Sebab tu mereka berani buli sebab tak kena pape pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, itu salah satu punca cikgu tidak langsung boleh denda dan menegur anak2. kena ubah dari sekarang sistem pembelajaran ni kan

      Delete
  3. Ngeriiii kak pergaulan sekarang 😭. Ntah kenapa lah anak2 yg usia kcil pun dah tahu bully. Sampai buat temannya kehilangan nyawa pula.

    Saya pernah minta anak saya masuk karate, tapi dia tak nak 😔. Semoga lah anak2 kita selalu dilindungi dari yg begini

    ReplyDelete