Monday, 16 February 2026

Majlis Sambut Menantu Faizal & Mardiha pada 14 Februari 2026

 


14 Februari 2026 memang jadi tarikh yang manis buat Faizal dan Mardiha. Majlis Sambut Menantu mereka berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri lebih kurang 500 orang tetamu. Dari tengah hari lagi suasana dah mula terasa hangat dengan gelak tawa dan ucapan tahniah tak putus-putus.

Majlis bermula jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang, tapi rasa macam sekejap saja masa berlalu sebab orang datang silih berganti. Seronok tengok keluarga dan kawan-kawan berkumpul, ambil gambar, bersembang dan sama-sama meraikan pasangan pengantin.

 




 

Bab makanan memang tak mengecewakan. Menu utama seperti nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam dan gulai lemak cili api nenas campur ikan masin memang jadi tumpuan. Tambah pula dengan sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin goreng memang rasa kampung yang buat orang teringat nak tambah lagi.



 

Bahagian pencuci mulut pun meriah dengan pelbagai dessert, cendol yang sejuk dan aneka agar-agar yang cantik warna-warni. Ramai yang ulang-alik ke meja manisan, tak terkecuali aku sendiri.

Tema majlis kali ini ialah strawberry matcha. Gabungan warna hijau dan merah jambu tapi kami pilih warna fucian pink atau (hot pink) buat suasana nampak segar, manis dan sangat sesuai dengan mood majlis. Dekorasi ringkas tapi cantik, cukup untuk bagi rasa cozy dan ceria.



 

Aku pun antara yang terlibat sama dalam menjayakan majlis ni. Penat tu memang ada, tapi rasa puas bila tengok semuanya berjalan lancar. Bila tetamu senyum puas hati dan majlis selesai tanpa masalah besar, itu dah cukup buat hati rasa lega.

Tahniah buat Faizal dan Mardiha. Semoga perjalanan hidup bersama selepas ini sentiasa dipenuhi kasih sayang, rezeki yang luas dan kebahagiaan yang berpanjangan

 


 

 

Thursday, 12 February 2026

Tukar-Tukar Hadiah CNY - Team Feliz Zumba

 


Semalam, Rabu (11 Februari 2026), kami sempat luangkan masa buat satu aktiviti santai sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu acara tukar-tukar hadiah dengan bajet sederhana, sekitar RM5 hingga RM10 sahaja. Walaupun bajet kecil, semangat semua memang besar. Acara diadakan di Bilik Training opis je bermula sejurus selepas waktu kerja, dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

 



 

Sebelum hari kejadian, kami dah buat undian tema warna hadiah. Antara warna yang terpilih ialah biru, putih, purple, coklat, kuning, merah, oren, pink dan hijau. Jadi masing-masing datang dengan hadiah ikut warna yang dah ditetapkan. Ada yang siap balut, ada yang pelik apa barang yang besar sangat sampai 2 paperbeg besar.

Bila sesi tukar hadiah bermula, memang kecoh satu bilik. ketawa memang bergema ruang bilik, suara riuh rendah, siap ada yang usik bila dapat hadiah pelik atau luar jangka. Walaupun aktiviti ringkas, jelas nampak semua kawan-kawan enjoy dan dapat lepaskan stres selepas seharian bekerja.

Yang paling penting, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran, tapi momen kebersamaan tu. Aktiviti macam ni sebenarnya menguatkan hubungan sesama rakan sekerja dan buat suasana tempat kerja jadi lebih mesra dan hidup.


 

Semoga ukhuwah yang terbina melalui aktiviti kecil macam ni akan terus kekal dan makin erat dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, perkara paling simple itulah yang paling lama tinggal dalam ingatan.

 


Monday, 9 February 2026

Belajar Cara Menjana Income di TikTok Affiliate (Online Zoom | 7–8 Februari 2026)


Pada 7–8 Februari 2026 jadi antara tarikh yang aku rasa agak turning point untuk diri sendiri. Dua hari aku luangkan masa join kelas online melalui Zoom tentang TikTok Affiliate, bukan sekadar nak tambah ilmu, tapi memang dengan niat nak upgrade cara aku bina income dan branding diri dalam dunia digital.

Sejujurnya sebelum join, aku pun macam ramai orang lain nampak orang lain buat duit affiliate, nampak mudah… tapi bila cuba sendiri, hasil tak konsisten. Content ada, effort ada, tapi hala tuju tak jelas. Jadi aku decide untuk berhenti buat secara rawak dan mula belajar dengan lebih tersusun supaya setiap langkah ada strategi.

Hari pertama kelas banyak buka mata aku tentang mindset sebenar affiliate. Rupanya bukan semua produk sesuai untuk promote walaupun tengah viral. Kena faham siapa audiens, macam mana nak positioning diri, dan bagaimana pilih produk yang selari dengan personal branding. Dari situ aku mula sedar kalau nak bina kepercayaan, aku sendiri kena jelas identiti dan nilai yang aku nak bawa dalam content.

Hari kedua pula fokus pada content yang betul-betul berfungsi. Bukan sekadar video cantik, tapi video yang ada struktur tarik perhatian, bina kepercayaan dan akhirnya convert jadi sale. Ada sesi demo secara langsung yang tunjuk bagaimana content yang nampak simple sebenarnya ada strategi di belakangnya. Dari situ aku mula nampak ruang untuk tonjolkan identiti sendiri, bukan sekadar ikut trend orang lain.

Selain belajar dalam kelas, aku juga mula guna ChatGPT sebagai alat bantu untuk cari idea content, rangka skrip video, dan susun konsep storytelling supaya lebih tersusun. Bila stuck idea atau tak tahu nak mula dari mana, aku gunakan ChatGPT sebagai brainstorming partner tapi tetap tapis ikut gaya dan suara sendiri supaya branding aku kekal autentik.

Kelas ni juga sentuh bahagian teknikal seperti setup showcase, susun produk, dan cara elak kesilapan yang boleh jejaskan akaun. Tapi yang paling memberi kesan ialah kesedaran bahawa branding diri bukan tentang nampak sempurna tapi tentang konsisten, jujur dan ada nilai yang orang boleh ingat setiap kali tengok content kita.

Lepas dua hari belajar online ni, aku tak anggap diri terus jadi pakar. Tapi satu benda yang pasti aku sekarang lebih jelas arah content, lebih yakin dengan positioning diri, dan lebih faham bagaimana nak gabungkan personal branding dengan strategi income melalui TikTok Affiliate. Perjalanan masih panjang, tapi sekurang-kurangnya sekarang aku melangkah dengan ilmu, bukan sekadar cuba nasib.