Thursday, 4 December 2025

Kelebihan Chia Seed & Cara Penggunaan


 
Dalam dunia pemakanan sihat hari ini, chia seed semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar. Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari.


Kelebihan Chia Seed

1. Tinggi Serat & Melancarkan Pencernaan
Chia seed kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Sesuai sangat untuk yang sedang diet.

2. Sumber Omega-3 Untuk Jantung Sihat
Ia mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

3. Menstabilkan Gula Dalam Darah
Bila chia seed direndam, ia membentuk gel yang memperlahankan penyerapan gula. Sangat membantu untuk elak gula naik mendadak selepas makan.

4. Membantu Turunkan Berat Badan
Oleh kerana ia cepat mengembang bila kena air, chia seed beri rasa kenyang yang lebih lama—kurang craving, kurang makan berlebihan.

5. Kaya Dengan Protein & Antioksidan
Chia seed juga tinggi protein serta antioksidan yang melindungi sel badan daripada kerosakan dan membantu kulit lebih sihat.

6. Tingkatkan Tenaga Harian
Ramai atlet dan individu aktif gunakan chia seed sebagai sumber tenaga tambahan kerana ia memberikan tenaga yang stabil dan tahan lama.


 Cara Penggunaan Chia Seed

1. Bancuh Dengan Air

Cara paling mudah:
 • 1 sudu chia seed
 • Campur dengan 1 gelas air
 • Biarkan 10–15 minit hingga kembang
 • Minum sebagai minuman sihat harian

2. Campur Dalam Air Lemon / Jus. 1 sudu chia seed + air lemon → minuman detox yang menyegarkan dan menyihatkan.

3. Tabur Dalam Makanan - Sesuai ditabur atas yogurt, oats, salad, bubur, smoothie bowl atau cereal.

4. Overnight Oat - Masukkan chia seed dalam resepi overnight oat untuk tekstur lebih pekat dan kenyang.

5. Chia Pudding
 • 2 sudu chia seed
 • ½ cawan susu pilihan
 • Simpan 1–2 jam → jadi pudding sihat yang sedap.


⚠️ Tips Pengambilan
 • Pastikan minum air secukupnya sebab chia seed cepat menyerap air.
 • Untuk permulaan, ambil 1 sudu kecil dulu sebelum naik ke 1–2 sudu besar sehari.
 • Elakkan ambil terlalu banyak sekaligus supaya perut tidak kembung.


Wednesday, 3 December 2025

Dapat Ole-Ole dari China

 

Hari ini dekat pejabat pegawai saya baru balik bercuti dari China selama 5 hari minggu lepas. Balik-balik je, terus bawa ole-ole untuk kami semua. Seronok betul bila orang travel luar negara dan tak lupa dekat kawan-kawan di opis ni 

 



Ada yang dapat keychain, ada dapat fridge magnet, ada juga kudap-kudap yang packaging dia comel-comel. Biasalah barang dari China warna-warni dan ada je benda unik yang buat kita senyum sendiri.

Apa pun, terima kasih dekat pegawai saya sebab ingat dekat kami. Seronok dapat ole-ole, tapi lagi seronok dengar pengalaman dia berjalan dekat negara orang.

Lepas ni entah siapa pula yang turn bercuti dan bawak ole-ole, kan? 

 




Tuesday, 2 December 2025

Bengkel Emergency Response Plan di LPPKN

 

Hari ni saya dan beberapa staf hadir bengkel di LPPKN untuk topik Emergency Response Plan dari jam 9 sampai 12.30. Tapi jujur… emergency paling besar pagi ni ialah emergency nak lawan ngantuk.

Serious weh, mata ni dah bagi warning awal-awal. Setiap kali fasilitator cakap “sekiranya berlaku kecemasan…”, saya dalam hati sambung, “…tolong selamatkan saya daripada tertidur depan orang.”

Ngantuk dia sampai rasa kalau saya menguap, ibarat boleh koyak mulut. Telinga dengar, tapi otak buffering. Tangan pegang pen, tapi tulisan pun dah mula jadi tulisan doktor.

Kalau ada KPI bengkel hari ni, saya rasa KPI saya hanyalah berjaya kekal hidup, kekal bernafas dan kekal tak tertidur. Harap-harap coffee break muncul macam hero dalam drama slow motion, sambil angin tiup rambut (berangan)

Lepas ni kalau ada lagi bengkel macam ni, saya kena buat Emergency Plan sendiri:
 1. Tidur awal
 2. Bawa kopi
 3. Bawa semangat (kalau jumpa)

 

 

 

 

Monday, 1 December 2025

Majlis pertunangan anak Kak Dila - cucu Mak Andak di Rawang 29/11/2025



Alhamdulillah, hari Sabtu bertarikh 29/11/2025, berlangsung dengan meriah majlis pertunangan anak sepupu suami yang diadakan di Rawang. Seronok tengok suasana keluarga berkumpul, penuh gelak tawa dan doa yang baik-baik buat pasangan. Majlis pun berjalan lancar, simple tapi sangat manis sesuai dengan moment penting dalam hidup mereka.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga ikatan yang baru terbina ini terus dipelihara Allah dan dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagia nanti. InsyaAllah, majlis nikah dijangka pada bulan 10/2026, moga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Doa yang baik-baik saja untuk mereka berdua, semoga kekal hingga ke hujung nyawa.