Friday, 28 November 2025

Ke Palm Mall la kita

 



Hari ni waktu lunch, aku dan geng Nadzirah, Nadhilah, dan Nurul keluar dari opis pukul 12 tengah hari. Sebenarnya, dari minggu lepas lagi aku dah ajak diorang, sebab aku memang nak cari baju kerja baru.

Kami naik Maxim menuju ke Palm Mall, terus pusing cari barang yang diperlukan. Lepas penat memilih dan perut pun dah mula berlagu, kami singgah makan dekat Johney untuk alas perut. Bual-bual, gelak-gelak… hilang sekejap stress opis.

Settle semuanya, kami gerak balik ke opis dan sampai dalam pukul 2.40 petang.


Dicalonkan Untuk APC

 


Alhamdulillah, hari ni saya terima satu berita yang betul-betul buat saya tersenyum panjang. Saya antara nama yang tersenarai sebagai calon untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Jujurnya, saya ada berharap akan dapat APC pada masa dahulu tetapi sekarang saya dah redha tup2 tahun ni saya antara pencalonannya.. 

 

Bila dapat tahu nama sendiri naik dalam senarai, rasa terharu tu lain macam. Macam segala penat lelah, stayback, stress, dan tanggungjawab yang kita pikul akhirnya dilihat dan dihargai. Bukan hanya oleh bos, tapi oleh keseluruhan organisasi.

Walaupun baru dicalonkan dan belum tahu keputusan akhir, saya tetap rasa bersyukur. Dicalonkan pun dah cukup besar maknanya tanda usaha kita diperhatikan. Kalau rezeki, dapatlah sijil dan pengiktirafan tu. Kalau bukan rezeki, saya tetap akan teruskan kerja dengan semangat yang sama.

Apa pun, hari ni rasa hati berbunga sikit. Terima kasih kepada yang percaya, yang sokong, dan yang selalu bagi semangat. Moga tahun ni jadi permulaan untuk lebih banyak perkara baik dalam kerjaya saya.

Thursday, 27 November 2025

Musim Tengkujuh Datang Lagi

 



Dah nak masuk musim tengkujuh… dan sejak beberapa hari ni, hujan mula membasahi bumi Malaysia tanpa henti. Pagi, petang, malam redup je suasana. Angin pun terasa lebih lembut, seolah-olah nak beritahu yang hujan panjang sedang mula mengambil tempat.

Musim tengkujuh ni memang ada mood dia sendiri. Jalan raya jadi perlahan, bunyi hujan menitik dekat tingkap jadi muzik latar yang menenangkan. Kadang tengah buat kerja pun rasa nak tarik selimut, baring dan dengar bunyi hujan sampai tertidur. Cuaca sejuk macam ni memang buat hati jadi lebih tenang, walaupun kadang-kadang rasa lemau nak bergerak.

Tapi dalam kita menikmati suasana romantik musim hujan ni, tetap ada rasa bimbang juga. Paras air di beberapa tempat mula naik, angin kuat, dan ada kawasan yang mudah banjir. Setiap tahun, musim tengkujuh datang dengan peringatan supaya kita sentiasa bersedia, jaga keselamatan, dan bantu sesiapa yang memerlukan.

Walau apa pun, hujan ini tetap rahmat. Bumi kembali hijau, suhu jadi nyaman, dan kadang-kadang kita lebih menghargai rumah, keluarga, dan kehangatan secawan minuman panas. Ada sesuatu yang damai bila hujan turun… seolah-olah dunia berhenti sekejap untuk kita tarik nafas dan berehat.

Musim tengkujuh telah pun menjengah. Moga hujan yang turun membawa berkat, bukan mudarat. Dan moga kita semua sentiasa dilindungi sepanjang musim ini.

Wednesday, 26 November 2025

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang yang ke 48 Tahun




14/11/2025 yang lalu adalah hari istimewa untuk seorang insan yang sangat dekat di hati aku, Kak Long. Orangnya kuat, tegas, kadang garang tapi dalam masa yang sama penyayangnya tak pernah berkurang. Dialah antara orang yang selalu jadi tempat aku rujuk bila aku buntu, dan tempat aku bermanja bila aku perlukan sokongan.

Kak Long juga antara yang paling pandai masak dalam keluarga. Apa saja dia masak, mesti jadi sedap. Dari lauk harian sampai menu hari raya, tangan dia memang ada “aura” tersendiri. Kadang aku pun rindu masakan dia walaupun baru seminggu tak jumpa.

Sempena hari lahir Kak Long yang lalu, aku nak titipkan doa dan harapan:

Semoga panjang umur Kak Long, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan yang berkekalan dunia akhirat.
Semoga setiap usaha Kak Long dipermudahkan, setiap penat dibalas dengan ganjaran yang baik, dan setiap langkah dipandu oleh rahmat Allah.

 


Terima kasih jadi kakak yang istimewa, yang garang pada tempatnya, lembut pada waktunya, dan penyayang sepanjang masa. Semoga tahun ini bawa lebih banyak senyuman, ketenangan dan kegembiraan untuk Kak Long.


Selamat hari lahir, Kak Long.
Aku sayang Kak Long, selalu.


Tuesday, 25 November 2025

SPM 2025 (25/11/2025 - 23/12/2025)

 

 "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
*Harini anak² soleh & solehah  Batch 2025 akan menduduki peperiksaan SPM.

Kurniakan mereka kesihatan baik yg berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke tempat peperiksaan, lindungi drp halangan dan rintangan.

Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dgn tepat dan betul sepertimana skema jawapan.

Kurniakanlah kejayaan yg cemerlang kpd mereka.Ya Allah..kami tiada daya dan upaya melainkan dgn pertolongan Mu semata-mata...Aamiin3 yra

 

Hari ini exam : BM1, PSV, BM2 

Hari Ni Hari Gaji

 

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu setiap bulan hari gaji. Seawal buka mata pagi tadi pun rasa lain macam, aura dia memang lain. Kopi pun rasa lebih sedap, jalan pergi kerja pun rasa lebih bersemangat. Walaupun tahu duit tu akan keluar laju macam air paip bocor, tetap juga rasa seronok bila tengok notifikasi bank masuk.

Macam biasa, bila hari gaji ni, mula la buat checklist dalam kepala: bayar bil, topup barang dapur, isi minyak penuh, dan mungkin belanja diri sendiri sikit, hadiah kerana penat kerja sebulan. Tak banyak pun, asalkan hati sendiri gembira. Kadang cuma beli air sedap atau makan tempat yang dah lama teringin.

Tapi yang paling best pasal hari gaji ni, bila rasa sedikit lapang. Bukan lapang sangat pun, tapi cukup untuk buat hembusan nafas tu jadi lebih ringan. Dalam hidup ni, kita memang sentiasa urus macam-macam benda. Jadi bila gaji masuk, rasa macam dapat “checkpoint” baru untuk teruskan perjalanan.

Hari ni, walaupun duit belum sempat “panas” pun lagi, dah ada macam-macam komitmen tunggu. Tapi tak apa… itu tanda kita sedang hidup, sedang berusaha, sedang mencukupkan apa yang perlu. Yang penting, kita masih boleh senyum walaupun tahu esok lusa mula la fasa berjimat kembali.

Pendek kata, hari ni hari gaji hari paling menggembirakan majoriti rakyat jelata. Dan untuk diri sendiri, cukup sekadar rasa syukur. Rezeki datang tepat pada masanya, dan kudrat masih kuat untuk cari lagi bulan depan.

Monday, 24 November 2025

Giveaway Kembali Aktif LMS x AMC Enterprise

 

Syarat - Syarat


1. Buat entri dengan tajuk Giveaway Kembali Aktive LMS x AMC.
Guna banner dekat atas ni dan link kan ke entri GA blog ni.  Selepas dah publish entri jangan lupa tinggalkan link entri korang di komen ye kat bawah ni. Senang saya nak contact balik bila nak announce pemenang. Terima Kasih. 

2. Wajib follow blog and website 
 Korang wajib follow blog ni dan subscribe di website AMC Enterprise. Dua tu je [done] [subscribe under email : yusrh79@yahoo.com]

3. Wajib Follow instagram
Cikkmira94 ] [ Littlemilyyshop ]  [  AMC Enterprise ] [done] under ig mek_yuhhh

4. Wajib Follow and like fanpage FB
AMC Enterprise ]  [ Little Milyy Shop ] [done] under fb Yuslina Ghazali

5. Wajib Follow tiktok 
AMC Enterprise ] [ Little Milyy Shop ] [done] under tt mekyuhhh

6. Wajib Follow shopee 
AMC Enterprise ] [done] under shoppee mekyuhhhLittle Milyy Shop ] [tak jumpa]

7. Follow thread *ni optional sahaja
Thread ] done follow cikkmira94
 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hai semua  akhirnya LMS x AMC Enterprise kembali aktif dengan kejutan best untuk kita semua. Giveaway dari mereka kali ni berlangsung mulai 18 hingga 28 November 2025, jadi memang ada banyak masa untuk join.

Hadiah yang ditawarkan pun bukan biasa-biasa, memang special untuk kita yang selalu support mereka. Kalau sebelum ni ada yang terlepas peluang, kali ni jangan lepaskan lagi sebab syarat-syarat dia mudah je semua orang boleh masuk

Kalau berminat, jom cepat-cepat join. Mana tahu rezeki korang pula untuk menang hadiah istimewa kali ni.

Good luck semua! 🎁✨



Hari ni mood bawah handbag kecik





Hari ni mood aku nak bawah Handbag kecik ke opis hari ni. Tak besar, tak berat, tapi cukup untuk isi benda-benda penting yang buat aku rasa tenang sepanjang hari. Walaupun kecil, dia tetap ada ruang untuk barang‘wajib ada’ aku.

1. Slot untuk IC & Kad-Kad Bank
Handbag kecik ni tak perlukan wallet besar pun, cukup dengan slot khas untuk IC dan kad-kad bank. Senang nak capai, tak payah korek lama. Simple tapi menyelamatkan masa.

2. Perfume
Perfume mini ni memang kawan baik aku. Spray sekali sebelum masuk pejabat, terus rasa yakin dan segar. Handbag kecik ke besar ke, perfume mesti ada.

3. Lipstik
Ini untuk elakkan muka nampak pucat bila jumpa orang. Sapu sikit je pun dah cukup buat bibir nampak hidup. Handbag kecik pun bagi ruang untuk satu batang lipstik favourite.

4. Kunci Kereta
Yang ni wajib paling wajib. Benda pertama aku check sebelum keluar rumah. Kalau tertinggal… sebab aku gi kerja bawak kereta, tak ada orang nak tolong hantarkan huhuhu


5. Charger HP
Walaupun handbag kecik, charger tetap kena ada. Phone battery sekarang unpredictable. Tapi kalau tertinggal boleh je pinjam dekat member di opis, sekali sekala boleh la... jangan la amalkan setiap masa


Handbag kecil, tapi cukup untuk bawa benda-benda yang buat aku rasa bersedia untuk mulakan hari di opis. Ringkas, ringan dan tak serabut. Just nice.

Sunday, 23 November 2025

Persiapan Raya 2026 Dah Mula

 

Gambar Majlis raya 2025 (Ni Baju raya tahun 2025)

Raya tahun 2026 masih jauh lagi, tapi hati aku dah mula rasa teruja awal-awal. Biasalah, bila fikir pasal suasana raya, bau kuih dalam balang, rumah wangi dengan langsir baru, memang tak sabar nak mula buat persiapan. Jadi tahun ni aku buat keputusan untuk start awal sikit… tak nak last minute baru kelam-kabut.

Setakat ni, aku dah mula beli baju raya sikit-sikit. Bila jumpa warna yang berkenan terus sambar, sebab pengalaman raya lepas-lepas kalau lambat, saiz tak ada, warna tak kena. Jadi kali ni aku taknak stress.

Barang rumah pun aku dah mula siapkan. Langsir baru dah pilih, tinggal nak pasang dekat raya nanti. Bekas biskut pun aku dah beli — jenis yang simple tapi comel, sesuai letak kuih raya nanti. Karpet baru pun dah ada dalam wishlist, cuma tunggu masa sesuai nak checkout. Hiasan rumah pun sama, aku beli perlahan-lahan mana yang perlu, supaya bila dekat raya nanti rumah nampak fresh dan kemas.

Seronok sebenarnya buat persiapan awal ni. Tak terasa beban, tak terasa poket rabak sekaligus, dan paling penting, mood raya tu datang awal. Harapnya tahun 2026 nanti jadi raya yang paling meriah, paling tenang, dan penuh kenangan manis untuk aku dan keluarga.


Nanti bila ada tambahan persiapan, aku update lagi di sini. Raya kan hanya setahun sekali… jadi nikmatilah perjalanan nak sambut dia.

Friday, 21 November 2025

Life is Beautiful Giveaway daripada Blog MummyAyu

 



Hari ni saya nak kongsi satu berita best untuk semua pembaca, MummyAyu sedang buat Life is Beautiful Give Away dan memang rugi kalau tak join. Hadiah yang beliau tawarkan kali ni bukan biasa-biasa… kalender personalized tau.

Kalender ni bukan sekadar kalender biasa, tapi korang boleh letak gambar sendiri, nama sendiri, atau apa-apa yang korang suka. Pendek kata, bila letak atas meja kerja memang nampak special dan ada sentuhan peribadi.

Giveaway daripada MummyAyu ni memang terkenal dengan hadiah yang thoughtful dan practical. Sesuai sangat untuk jadi penyeri meja kerja tahun depan, ataupun nak hadiahkan pada orang tersayang.

Kalau korang berminat, jangan tunggu lama-lama. Join je giveaway ni sebab syarat pun biasanya mudah dan tak memeningkan kepala. Mana tahu rezeki akhir tahun dapat kalender personalized yang super cute tu.

Tarikh tutup : 27/11/2025


Thursday, 20 November 2025

Barang Wajib Ada Dalam Beg Aku

 




Setiap kali aku keluar rumah, ada beberapa benda yang confirm ada dalam beg. Tak banyak pun, tapi kalau satu tertinggal… boleh hilang mood satu hari. Jadi inilah askar-askar kecil yang selalu ikut aku ke mana-mana.

1. Wallet
Ini memang nyawa. Dalam ni ada kad, IC, lesen semua benda penting. Kadang rasa macam kalau wallet tak ada, terus rasa diri tak wujud.... over tak? hahhahaha

2. Charger Phone
Zaman sekarang, bateri phone kurang 50% pun dah buat dada berdebar. Charger ni penyelamat bila phone buat perangai nak nazak. Nak beli barang kang pakai QR klu hp tak ada bateri buat aku jadi murung 

3. Charger Jam
Yang ni pula, just in case jam bagi warning battery low secara tiba-tiba. Kalau tak bawa, memang rasa tak selesa sebab jam dah macam peneman setiap masa. yea la, nak tengok step dah capai target ke belum kan.

4. Perfume
Perfume kecil ni pula bagi keyakinan. Bila spray sikit je, terus rasa segar dan bersedia untuk hadap dunia. kang kalau gi kedai makan, bila keluar kedai macam rasa diri sendiri tengah masak. eeeuuuu... kang xbest bau dia

5. Kunci Kereta
Ini wajib. Tak ada kunci, tak ke mana lah jawabnya. Kadang aku check dua tiga kali dalam beg sebab trauma tertinggal atas meja.

6. Lipstik
Benda kecil tapi buat muka nampak hidup. Kalau rasa pucat, sapu sikit terus nampak manusia balik.

7. Tisu
Hero tanpa cape. Lap tangan boleh, lap meja boleh, even lap air mata pun boleh kalau mood tak stabil. Tisu memang penyelamat serba boleh.

Benda-benda ni semua nampak biasa, tapi tanpa salah satu… rasa tak lengkap hari aku. Macam ada yang hilang. Jadi memang wajib ada dalam beg setiap hari.

Wednesday, 19 November 2025

Majlis Perpisahan Arif, Rakan Sekerja dari Negeri yang Sama





Hari ni kami ada majlis perpisahan untuk Arif, salah seorang executive di opis aku. Rasa sayu juga bila fikir, dah sorang lagi orang Terengganu tinggalkan opis ni. Selalu jugak borak dengan dia, sebab bila jumpa geng satu negeri automatik terus ‘ngam’. Dialek sama, lawak pun sekepala, rasa macam jumpa orang kampung sendiri walaupun sama-sama merantau di tempat orang.



Arif ni jenis yang baik, senang berbual dan tak kedekut ilmu. Setiap kali singgah meja aku, mesti ada saja topik nak sembang dari hal kerja sampai ke cerita makan nasi dagang Terengganu. Lepas ni, mungkin sunyi sikit la suasana opis tanpa suara dia.

Apa pun, aku doakan semoga Arif gembira di tempat baru. Rezeki orang merantau ni luas insyaAllah. Moga dia jumpa kawan-kawan baru yang baik dan perjalanan kerja dia makin berkembang.


Selamat maju jaya, Arif. Jangan lupa kitorang di sini.











Hari Ni Hujan… Jadi Mood Pun Macam Sayu Je





Hari ni dari pagi lagi langit dah gelap. Angin pun lembut je lalu, macam bagi hint awal-awal yang cuaca akan memujuk kita untuk perlahan sedikit. Bila hujan turun, dunia macam jadi lebih sunyi. Bunyi renyai dekat tingkap tu… entah kenapa, buat hati rasa lembut dan mudah tersentuh.

Bila hujan, mood aku pun ikut suram sikit bukan sedih… cuma sayu. Sayu yang tenang. Sayu yang buat aku rasa nak duduk diam, tengok luar tingkap dan biarkan fikiran hanyut jauh. Macam ada ruang kecil dalam hati yang tiba-tiba jadi sunyi, dan aku biarkan saja ia berbunyi perlahan.


Kadang-kadang hujan ni macam peluk kita secara halus. Dia suruh kita berhenti sekejap, tarik nafas dan rasa apa yang kita tak sempat rasa bila hari cerah terlalu sibuk.

Hari ni hujan… dan sayunya itu melekat sampai ke dalam. Walaupun aku sebenarnya tengah duduk di pejabat, kerja menunggu atas meja, tugasan perlu juga diselesaikan tapi hati aku masih terhenti di luar tingkap, ikut berjalan sekali dengan hujan yang jatuh perlahan.



Tuesday, 18 November 2025

Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik


Semalam hati aku rasa tak keruan sikit. Anak aku ada exam amali Fizik. Lepas habis exam, dia terus call aku sambil menangis, suara tersekat-sekat. Katanya dia tak sempat nak siapkan semua amali tu… terus luluh hati aku dengar.

Sebagai mak, kita kalau boleh nak angkat semua beban anak. Tapi ada benda yang kita tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Jadi aku tenangkan dia. Aku cakap, “Perkara dah lepas, awak dah buat yang terbaik. Mungkin Allah bagi rezeki setakat itu je untuk hari ini. Jangan rasa down… yang penting sekarang fikir hari seterusnya, fikir exam yang awak masih akan tempuh.”

Aku tahu dia dah usaha. Aku tahu dia study sampai lewat malam. Dan aku percaya, bila kita dah buat sehabis baik, selebihnya serah pada Allah. Kadang benda kecil macam ni pun boleh buat mak rasa sebak, sebab kita cuma nak anak rasa kuat dan tak putus harapan.

Semoga esok-esok dia lebih tenang, dan semoga segala urusan exam seterusnya dipermudahkan. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Along, kakak dan adik 

Monday, 17 November 2025

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni


Kadang kita tak perlukan benda besar pun untuk buat hati gembira. Macam aku hari ni, masa keluar kerja pagi-pagi, jalan smooth je pastu trafik light hijau memang terbaik gembira tak terkata. Ringkas je kan tapi terasa bahagia sangat. Lepas tu, masa nak isi minyak, pekerja stesen bagi ucapan “terima kasih dan drive elok-elok” eh cair hati sekejap hahahah...

 

Sampai dalam kereta pun aku masih senyum sorang-sorang. Dalam dunia sekarang yang orang ramai sibuk kejar masa, sibuk dengan telefon masing-masing, kadang momen kecil macam ni terasa sangat berharga. Ia buat aku sedar yang kebaikan masih ada, cuma kita kena perlahankan langkah sikit untuk nampak dan rasa.

 

Ada hari, benda kecil tu mungkin datang dalam bentuk mesej dari kawan lama, atau anak jiran bagi biskut yang dia baru belajar buat. Kadang datang dari bau kopi panas yang wangi masa pagi masih sunyi. Semua tu nampak remeh, tapi sebenarnya itu “hadiah kecil” dari kehidupan.

Aku rasa, kalau kita belajar hargai benda kecil, hati kita akan jadi lebih tenang. Tak semua hari kita akan gembira, tapi bila kita mula perasan hal-hal kecil yang indah senyuman orang, langit biru, lagu kegemaran keluar di radio hidup jadi lebih ringan.


Benda kecil macam ni lah kadang jadi penguat semangat untuk teruskan hari. Dunia sekarang dah penuh dengan tekanan dan cepat marah, jadi bila ada momen macam ni, aku rasa syukur sangat. Tak semua orang dapat pengalaman yang simple tapi bermakna ni.


Kalau korang pula, apa benda kecil yang boleh buat senyum hari ni? 

Sunday, 16 November 2025

Mak-mak, kalau buat kerja rumah… kerja apa yang paling malas korang buat?


Kalau bab kerja rumah ni, memang tak pernah habis kan mak-mak? Setiap hari ada je benda nak dikemas, nak dicuci, nak dilipat. Tapi jujur cakap, kerja rumah apa yang paling korang malas nak buat? 

Kalau aku, memang no.1 paling tak suka mop lantai. Entah kenapa, rasa leceh nak perah air, pastu nak tolak mop satu rumah. Tapi kalau bab sapu lantai, basuh pinggan, lipat baju tu insyaAllah boleh lagi… siap boleh buat sambil dengar lagu.

Kadang bila dah malas sangat, aku biar dulu… nanti baru mop bila mood rajin datang balik, haha. Tapi puas hati bila tengok lantai bersih berkilat, rasa macam rumah baru pindah masuk.

Korang pulak macam mana? Ada tak kerja rumah yang korang paling “kurang minat” nak buat? Jom kongsi dekat komen, nak tengok siapa geng tak suka mop macam saya 

Saturday, 15 November 2025

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

  

 

Kadang bila hujung minggu tiba, mood nak masak pun ikut bercuti sekali. Tapi perut tetap lapar kan? Jadi ni aku kongsi tiga menu “malas-malas pun jadi” dan senang, cepat, tapi tetap sedap sampai menjilat jari

 

  1. Nasi Goreng Cincai Tapi Padu
Ambil je nasi semalam, tumis bawang putih dengan sedikit cili, masukkan telur, sayur apa yang ada, dan kicap. Siap. Kalau ada ayam goreng semalam, carik sikit masuk sekali terus upgrade jadi nasi goreng ‘chef malas’.

2. Roti Telur Cheese Leleh
Roti, telur, dan sekeping cheese dah cukup. Pecah telur atas roti, letak cheese, lipat dua dan bakar dalam pan. Lembut di luar, cair di dalam sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang sambil tengok drama.

3. Maggie Goreng Campak-Campak
Rebus maggie macam biasa, toskan. Dalam kuali lain, tumis bawang, masukkan telur, sayur, dan maggie yang dah toskan tadi. Tambah sos cili sikit. Siap. cepat, sedap, dan paling penting tak banyak pinggan nak cuci

  

Biasanya aku akan guna bahan apa yang ada dalam peti. Kadang cuma ada telur, sayur sikit dan kicap tapi bila makan panas-panas, fuh! sedapnya lain macam. Kadang tu lagi sedap daripada yang beli luar. Yang penting, jangan stress kalau tak sempat masak lauk lima jenis. Cuti hujung minggu tu untuk tenang, bukan maraton dapur 



Friday, 14 November 2025

Selamat Jalan, Zulaika — 8 Tahun Penuh Kenangan



Semalam, suasana di opis terasa lain daripada biasa pada waktu petang, walau Masih ada gelak tawa Tapi rasa sedih sangat menguasai diri aku Dan kawan-kawan sebab semalam merupakan hari terakhir Teh Zulaika bersama kami setelah hampir lapan tahun berkongsi suka dan duka di tempat kerja ini.


Masih terasa seolah-olah baru semalam Teh Zulaika melangkah masuk ke pejabat buat pertama kali seorang gadis muda yang nampak pemalu dan penuh semangat Tapi sebenarnya periang. Dari masa ke masa, kami semua saksikan bagaimana dia berkembang, bukan saja dalam kerjaya tapi juga sebagai insan yang matang dan kuat. Dari zaman bujangnya, kemudian bertemu jodoh, berkahwin, dan kini sedang meniti fasa paling indah dalam hidup, bakal bergelar ibu pada bulan Jun 2026 nanti.


Selama bertahun-tahun ni, Teh Zulaika bukan sekadar rakan sekerja. Dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kecil kami. Setiap hari, pasti ada sahaja gelak tawa dan cerita lucu darinya. Dialah orang yang boleh menceriakan suasana bila semua tengah stress, yang tak pernah lokek membantu bila ada kerja berat, dan yang paling penting sentiasa bagi semangat bila orang lain rasa down.




Bila fikir yang selepas ni meja dia akan kosong, rasa janggal pun ada. Tak ada lagi suara gelakkan setiap pagi, tak ada lagi lawak spontan yang buat semua tergelak sampai sakit perut. Tapi dalam sedih, kami tetap tumpang gembira sebab kami tahu Teh Zulaika akan melangkah ke fasa hidup yang lebih bahagia, bersama keluarga kecilnya.


Terima kasih, Zulaika, atas segalanya masa, tenaga, dan kasih sayang yang dah dicurahkan selama ni. Semoga perjalanan baru ni membawa lebih banyak senyuman, rezeki, dan kebahagiaan buat kamu dan keluarga.


Sedikit hadiah kenang kenanan buat Teh Zulaika dari aku yang Tak seberapa semoga awk terima Dan kenang aku selalu dalam kenangan.

 

Kami akan rindu kamu, selalu.  Love u Teh Zulaika

 



Thursday, 13 November 2025

Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti




Kadang-kadang kita tak sangka masa berlalu begitu cepat. Rasa macam baru semalam borak, gelak, dan berkongsi cerita suka duka dengan kawan sekerja yang dah jadi macam adik beradik sendiri. Tapi bila dia bagitahu nak berhenti hujung bulan 11 ni… terus rasa sebak.

Walaupun ada kawan lain di pejabat, suasana tu tetap tak sama. Dia ni antara orang yang selalu buat hari aku ceria — tempat aku luah rasa, teman borak waktu rehat, dan peneman bila stress dengan kerja. Lepas ni, ruang tu mesti terasa kosong… macam ada sesuatu yang hilang.

Kadang bila fikir yang hari-hari lepas ni takkan sama tanpa dia, rasa nak menangis pun ada. Tapi dalam sedih tu, aku tetap doakan dia terus berjaya dan bahagia dengan jalan baru yang dia pilih. Moga persahabatan ni tak terhenti walau tak lagi satu tempat kerja.

Terima kasih untuk semua kenangan — untuk tawa, nasihat, dan waktu yang tak ternilai. Persahabatan ni akan sentiasa aku simpan, walau kita dah tak kongsi meja dan rutin yang sama. 


Tuesday, 11 November 2025

Minggu Malas, Tapi Baju Cantik Tetap On Point



Minggu ni… jujurnya saya malas. Bangun pagi pun rasa macam nak sambung tidur je. Kerja banyak, cuaca panas, dan semangat entah ke mana. Tapi walaupun badan tak bersemangat, saya cuba kawal satu perkara iaitu emosi saya.


Saya perasan bila saya biar rasa malas tu ambil alih, semua benda jadi serabut. Mood tak stabil, kerja pun rasa berat. Jadi saya cuba satu cara mudah: berpakaian cantik ke pejabat.


Bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab saya tahu bila saya nampak elok di cermin, saya rasa lebih baik. Ada semangat sikit nak jalan, nak senyum, nak hadap hari. Kadang-kadang “power outfit” tu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri.


Hari Isnin saya pilih blazzer warna pastel yang lembut. Selasa, saya sarung kurung yang dah lama tergantung Tak Tau nak pakai bila sebab Cantik sangat kalau pakai ke ofis. Setiap pagi, masa bersiap, saya cakap dalam hati, “Okay, walaupun malas, aku tetap boleh nampak kemas dan tenang.”


Dan ajaibnya, bila emosi stabil, kerja pun terasa ringan sikit. Tak banyak berubah dari segi tugasan, tapi cara saya rasa memang lain.


Kadang-kadang, jaga diri bukan selalu tentang cuti panjang atau spa mahal. Kadang cukup dengan berpakaian cantik untuk diri sendiri, supaya hati pun rasa lebih terurus.

Saturday, 8 November 2025

Hadiah Giveaway Akan Terbang Minggu Depan


Akhirnya sampai masa yang ditunggu  Saya dah pun komen dekat entry pemenang sebelum ni tahniah buat yang bertuah. Terima kasih juga kepada semua yang join, memang meriah baca setiap komen dan penyertaan korang

Untuk pemenang, mohon tinggalkan komen dekat entri ni atau terus WhatsApp saya di www.wasap.my/60173502400 supaya saya boleh uruskan penghantaran hadiah minggu depan.

Hadiah kali ni berupa buku nota simple, tanda penghargaan kecil daripada saya. Tak besar, tapi harap dapat buat korang senyum bila menerimanya. InshaAllah, bila saya buat giveaway akan datang, saya akan sediakan hadiah yang lebih besar dan menarik pula anggap ni sebagai pemanas enjin dulu.

Terima kasih sebab sentiasa support dan memeriahkan giveaway ni. Saya hargai sangat sokongan korang semua

✨ Nantikan giveaway seterusnya, mana tahu rezeki korang datang lagi! 😉

Friday, 7 November 2025

Bila Redmi Watch 5 Lite Jadi Peneman Harian Saya


Sejak pakai Redmi Watch 5 Lite ni, terus rasa macam hidup jadi lebih teratur. Dulu pakai jam biasa, tengok masa pun kadang tak sempat. Tapi sekarang, bukan setakat tengok masa siap boleh tengok degupan jantung, cuaca, dan notifikasi WhatsApp sekali

Mula-mula beli pun sebab suka tengok design dia. Nampak simple tapi smart. Skrin dia besar dan terang, senang nak baca walau tengah panas terik. Lepas tu bila saya explore fungsi dia satu-satu, barulah tahu banyak betul benda yang jam ni boleh buat.

Setiap pagi sebelum keluar kerja, saya akan tengok laporan tidur. Kadang-kadang terkejut juga bila dia bagitahu tidur saya tak cukup. Rasa macam ada “cikgu kesihatan” kecil tegur dari tangan sendiri. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya saya mula ambil berat pasal rehat dan gaya hidup.

Fungsi yang saya paling suka  step counter dan heart rate monitor. Kadang bila seharian duduk depan komputer, jam ni akan bagi notifikasi suruh bangun dan regangkan badan. Macam ada kawan yang prihatin gitu. Bila capai target langkah harian, rasa puas hati walaupun cuma berjalan pergi pantry dan balik meja hahahah....

Selain tu, bila tengah meeting atau tak sempat nak capai telefon, Redmi Watch 5 Lite ni banyak membantu. Notifikasi semua terus keluar kat skrin, jadi tak ada alasan terlepas mesej penting.

Bateri dia pun tahan lama kadang sampai seminggu baru perlu caj. Cuma bila bateri tinggal 5%, dan jam mula bergetar macam bagi amaran terakhir tu, cepat-cepat saya cari charger sebab dah sayang nak tanggal. 


Kadang kita tak perasan, benda kecil macam smartwatch pun boleh ubah gaya hidup. Dari sekadar aksesori, jadi pengingat untuk jaga diri sendiri. Redmi Watch 5 Lite ni mungkin nampak simple, tapi dia banyak bantu saya lebih peka dengan kesihatan dan masa. Betullah orang kata teknologi ni kalau kita guna dengan bijak, boleh jadi teman yang menyihatkan

Thursday, 6 November 2025

Jangan Cabar Kesabaran Orang



Baru-baru ni heboh di media sosial tentang kejadian tembakan 18 das di Sungai Golok. Mangsa, seorang lelaki warganegara Malaysia, ditembak di depan rumahnya dan lebih menyayat hati, kejadian tu berlaku di depan isterinya yang sedang mengandung. Bayangkan trauma yang perlu ditanggung oleh si isteri… kehilangan suami, saksi sendiri detik cemas bila nyawa insan tersayang diragut depan mata.


Menurut laporan berita, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian hutang dan dendam lama. Walau apa pun sebabnya, tiada nyawa yang patut berakhir dengan cara sebegitu. Tapi satu perkara yang kita semua patut ambil iktibar iaitu jangan sesekali mencabar kesabaran orang. Kadang kita fikir kata-kata atau perbuatan kita biasa je, tapi kita tak tahu sejauh mana seseorang tu boleh menahan marah, kecewa atau tekanan hidup.

Kesabaran manusia ni ada hadnya. Bila hati dah terlalu sakit, marah yang disimpan boleh meletup jadi tindakan di luar kawalan. Sebab tu, bila berurusan dengan orang lain seperti kawan, pelanggan, rakan sekerja, pasangan, atau sesiapa pun, belajarlah untuk hormat dan jaga tutur kata. Tak rugi pun kalau kita memilih untuk beralah atau diam bila keadaan panas.

Kejadian di Golok ni bukan sekadar berita jenayah biasa, tapi satu peringatan besar buat semua. Hidup ni terlalu singkat untuk dipenuhi dendam, amarah, dan rasa tak puas hati. Kadang diam lebih selamat daripada menyesal kemudian hari.

Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya terus kuat menghadapi ujian besar ni.Dan untuk kita semua, ingatlah, jangan cabar kesabaran orang… sebab bila hati dah hilang sabar, tiada siapa boleh jangka apa yang akan berlaku.


Wednesday, 5 November 2025

PENGUMUMAN PEMENANG GIVE AWAY: Hadiah Misteri


Assalamualaikum & salam ceria semua,

Yeahhh! Saat yang ditunggu-tunggu pun tiba! 😍 Selepas giveaway kecil-kecilan yang saya lancarkan tempoh hari, akhirnya saya dapat umumkan siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah misteri daripada saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi join. Sungguh terasa meriah ruangan komen dan semangat persahabatan kita. Giveaway ni sebenarnya lebih kepada tanda penghargaan saya buat anda semua yang selalu singgah, baca dan tinggalkan jejak.

Dan sekarang… mari kita umumkan 5 orang pemenang bertuah! 

✨ Tahniah kepada:
 1. Puan Hazel
 2. Mummyayu
 3. Me Soul Searching
 4. thisni3zahata
 5. Suriaamanda

Kelima-lima pemenang ini akan menerima hadiah misteri daripada saya. 🎁

Untuk memastikan pemilihan bloglist dilakukan dengan adil dan telus, saya memilih untuk menggunakan aplikasi Wheels of Names. Semua nama blog yang menyertai segmen ini saya masukkan ke dalam senarai cabutan. Kemudian, saya lakukan 5 kali pusingan roda sehingga akhirnya terpilih 5 blog yang bertuah.(idea daripada Blog Roziah


Kepada yang belum ada rezeki kali ni, jangan risau… insyaAllah akan ada lagi giveaway di masa akan datang. Siapa tahu, giliran anda pula yang bertuah nanti. 😉

Terima kasih sekali lagi kerana menyokong blog saya dan menjadikan dunia blogging ini lebih indah dengan kehadiran anda semua. 💕 Nantikan saya akan bagi tau personal yea dan saya akan update apa hadiah yang akan saya berikan








Tuesday, 4 November 2025

Jemputan Kahwin Adik Lelaki Ulfah 2/11/2025




Minggu lepas sempat juga saya hadir ke satu majlis perkahwinan — adik lelaki kepada rakan opis saya, Ulfah. Bila dengar Ulfah cerita pasal persiapan adik dia sebelum ni, memang rasa tak sabar nak tengok suasana hari majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan meriah betul!

2 November 2025 – hari Ahad lepas saya menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Ulfah yang diadakan dengan suasana kekeluargaan yang penuh ceria. Saya pergi bersama keluarga terlebih dahulu, manakala rakan-rakan opis yang lain tiba agak lewat, jadi kami tak sempat berjumpa di sana.

Pengantin nampak segak berbaju Melayu hitam, manakala pasangannya pula kelihatan sangat ayu dalam busana batik lembut. Walaupun majlisnya sederhana, tetap nampak indah dan tersusun.




Yang paling menarik, ada meja jajan zaman dulu-dulu — siap dengan snek klasik macam gula-gula getah, asam, coklat wafer dan keropok yang biasa kita beli masa zaman sekolah dulu. Bukan anak-anak je yang seronok, mak-mak dan ayah-ayah pun teruja mengenang nostalgia lama!

Selain itu, ada juga kambing golek yang jadi tumpuan tetamu. Cuma sayangnya saya tak sempat merasa sebab ramai sangat yang beratur.

Makanan utama pun sedap – nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma dan acar rampai memang lengkap juadah kenduri. Suasana pun ceria dengan muzik dan gelak tawa tetamu.

Seronok tengok orang kahwin, rasa bahagia tu pun terasa sama. Semoga adik lelaki Ulfah dan pasangannya kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 




Saturday, 1 November 2025

Selamat Datang November



Pejam celik, pejam celik… dah pun masuk bulan November. Terasa masa bergerak begitu pantas, kan? November hadir membawa hawa yang lebih tenang, sambil mengingatkan kita bahawa tahun kian melabuhkan tirainya.

Bulan baru ini adalah ruang untuk kita reset semangat, betulkan kembali apa yang tertangguh, dan cuba capai apa yang masih belum sempat digapai sepanjang tahun ini. Walaupun mungkin ada cabaran yang menduga, November datang dengan harapan dan peluang baru untuk kita terus melangkah ke hadapan.

Semoga bulan ini dipenuhi dengan rezeki yang luas, kesihatan yang baik, dan momen-momen manis bersama insan tersayang. Mari kita sambut November dengan hati yang terbuka dan doa yang baik-baik.