bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 14 September 2021

nak beli ke tak ek...

orang lain dah pakai berbulan2 dah tapi aku masih berkira sama ada nak beli atau nak hold dulu. kalau asyik bertangguh sampai bila tak akan merasa kan? so decide nak beli lah..

tapi satu lagi yang memuskil kan aku adalah nak beli yang mana satu ek? heheheh (macam banyak duit sangat pulak... huhuhuh) beli yang mampu sudah jangan nak berlagak hokey.. hahahaha. 

sebenarnya nak sangat beli sebab nak edit gambar bagi menarik bila kita bergambar atau ambik video. sebab daripada gambar atau video yang cantik orang akan tertarik dan akan view barangan yang kita jual. ini adalah satu marketing yang aku belajar.

so nak tak nak kena melabur demi masa depan.. cewah hahahaha

kalau ikutkan aku bukan jenis yang suka bergambar tetapi aku mempunyai perniagaan sendiri aku terpaksa akur dengan keadaan semasa. ramai customer atau orang luar nak tahu kehidupan seharian kita selain perniagaan yang kita usahakan tetapi jangan sampai fake yea. biar kita ikhlas dengan semua orang walaupun mereka tidak berminat dengan produk kita tapi mereka suka dengan cara kita. sebagai contoh lifestyle yang kita tonjolkan.

kawan-kawan doakan saya berjaya yea sebab big why saya sangat besar dan banyak. saya tak ada masa dah nak bertangguh sebab 1) usia saya yang dah setengah abad, 2) sebab takut tak sempat nak balas jasa dan budi mak, 3) sebab saya tal tahu bila saya akan meninggal... so saya kena cepat dan istikomah dalam semua perkara yang saya lakukan... amin


Monday 9 August 2021

Selamat hari lahir along yang ke 20

 


Selamat hari lahir buat anak sulung ibu semoga dikurniakan kehidupan yang baik dunia akhirat, dijauhi segala jenis penyakit dan sentiasa sihat.
Ibu doakan awk jadi anak yang soleh dan beriman. Jadi seorang muslim yang dirindui dan disenangi oleh semua orang, sentiasa muhasabah diri ke arah kebaikan, dilimpahi rezeki yang banyak dari semua segi, menjadi along yang
terbaik
buat adik-adik,
Semoga along jaga makan, jaga kesihatan supaya dapat berjihat ke jalan Allah dengan sempurna
Abu sayang along dunia akhirat...

doa buat mu anak :

Ya Allah! Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepadaMu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua. Ya Allah! Bersempena sambutan hari lahir anakku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada nya sehingga menjadikan dia golongan yang berjaya pada hari ini. Ya Allah! Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah dia dengan hidayah dan taufik Mu agar dia tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah dia menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.


Perginya seorang bintang - Siti Sarah Raissuddin


Malaysia digemparkan dengan berita perginya seorang bintang ternama Siti Sarah Raissuddin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi tadi yang telah diumumkan oleh suami beliau iaitu Syuib. sepanjang carear beliau sebagai seorang bintang perjalanan beliau banyak berubah dari semua segi dan aspek.

semoga syuib dan keluarga sarah dapat menerima dengan redha dan tenang. teringat semasa aku dan keluarga digemparkan dengan kematian mengejut abah tercinta. siapa yang dah merasa akan tahu keadaan ketika itu. semua itu telah jadi kenangan kepada kami sekeluarga. semoga Arwah abah tenang disana dan kami tidak mungkin akan melupakan mu Abah...

Al- fatihah buat Siti Sarah Raissuddin 

Salam Takziah...

Innalillahiwainailaihirojiun...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah,
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين


 

Sunday 11 July 2021

Hari Raya Aidil Adha 2021 bakal tiba

 Assalamualaikum semua,,,  buat apa tu time pendamik ni? masih bermurung durja? jangan murung lama-lama nanti jatuh sakit. saya pun dah bleh move on dengan situasi ni dan kena usaha dengan lebih gigih lagi demi keluarga tercinta.

Kerajaan dah umum hari raya haji pada 20/07/2021 ini dan apa persediaan korang? walaupun kita masih berperang dengan pendamik ni tapi hidup perlu diteruskan. untuk raya haji ni aku dan buat persediaan awal dari segi apa menu pada hari tersebut.

rendang jangan ditinggalakan kerana itu adalah menu wajib aku sejak dulu lagi mak buat. ingat nak buat lontong tapi nanti banyak-banyak menu membazir pulak tapi tengok la macam mana nanti. lemang dah order awal2 dengan rakan sekerja supaya tidak lupa.. hhehehe

biasa dekat kampung pun untuk raya aji tak ada la meriah sangat macam raya puasa tapi tebiat kunjung mengunjung pasti berlaku kerana masa ni la kami dan sanak saudara akan berkumpul maaf memaafi untuk kesilapan besar mau pun kecil. dah 2 tahun amalan tersebut dihentikan, rindu kampung rindu keluarga dan rindu sanak saudara tapi apakan daya ketentuan Allah yang maha Esa yang mengetahui apa akan berlaku kelak selepas pendamik ini.

aku juga turut sedih melihat mak yang dah lama tidak menjenguk adik beradik yang berada di negara asal iaitu Singapura. ari tu dia buat video bersama adik beradik dan limpahan air mata laju mengalir antara satu sama lain. mak ada bagi tahu kami yang kerinduan menjadi kerisauan kerana semua dah dipanjat usia. sedih aku mendengar kata-kata mak yang sangat sayu. semoga mak dan keluarga di sana tabah dan berdoa semoga dapat berjumpa dalam masa terdekat ini.



Tuesday 29 June 2021

Pesan Leader saya

Ini Pesanan daripada Leader saya Munirah Zakaria


Bagi mereka yg newbie. Nampak macam susah utk adakan stok. Ready stokkan. Sebab ada dikalangan kita yang suri rumah, ada kerja hakiki tp masih tidak dapat melengkapi. K.mun akan share cara yg k.mun tahu dan jika ada yg tahu boleh share juga ye. InshaAllah ramai boleh apply nanti..

Dan dgn struggle pada permulaan ini, tak sampai 6 bulan kita dah mula menyimpan. Sebab tujuan utama kita buat forever nak ada saving, nak beli tu ini, nak tolong suami. Mcm2kan.

  1. Jadikan stok yg anda mula2 jadi VIP itu utk berniaga dan guna sendiri. Sambil anda minum, sambil kepoh hari2..
  2. Jika tiada cukup duit utk vip, Hanya rm90 je dan 1 botol aloeveragel saja mampu, anda boleh start to selling any product forever. Produk yg kita suka. Produk yg kita cerita sampai menusuk pada customer. Mcmn tu, kenalah study sikit apa kelebihan produk tersebut. Jual dengan harga retail supaya anda dapat untung runcit 5% tersebut. Dan jual sehingga kita boleh punch semula guna id kita utk kita jadi VIP 30%.
  3. Jika ada yg mampu, ada lebihan saving atau mn2 sumber, boleh restock dengan minimum 2 cc pada stok anda. Punchkan 2cc pd id anda yg sudah 30% tersebut. Lebih murah dan stok tersebut mesti dah start promote pd semua prospek2 anda. Jangan simpan stok. Jangan biarkan stok jadikan ruang rumah anda sempit atau bersepah.
Keluarkan dia dari rumah dengan blasting dan kepoh 21 hari non stop.. Confirm stok semakin hari semakin susut.

Dan setiap hari buat mind movie, pandang je stok doa. Pandangje stok doa. "Ya Allah, Harini abislah stok AVG, VIT C dan semuani. Aku nak letak yang baru pula.".

Lakukan hari2 bila stok ada. Kalau stok takda, mcmna anda nak berkata2 dan doa pd Allah.
Setuju?


Monday 28 June 2021

doa senjata umat Islam


Setiap hari adalah doa dan harapan, 
Setiap hari adalah tawakal dan redha,
Setiap hari adalah dugaan dan kesabaran.
Setiap masalah selalu ada penyelesaian,
Setiap kesulitan selalu ada kemudahan,
Setiap usaha selalu ada harapan,
Setiap doa selalu ada jawapan...

Dalam bahagia Allah selitkan duka,
agar kita tahu selalu ada hikmah 
disebalik titisan airmata.

Dalam harapan Allah sisipkan resah
agar kita sedar untuk mengiringi doa
harus dengan penuh pasrah.

Dalam berjuang, 
Allah meletakkan lelah, 
agar kita merasai betapa indahnya istiqomah.
Selagi engkau percaya pada Tuhan

Usah gentar dengan yang namanya Ujian. 
Lalui saja, 
sebab tanpa ujian, 
kita takkan tahu sejauh mana kekentalan jiwa kita.

Terkadang, 
kita rasa seolah-olah ujian itu melemahkan. 
Tapi, hakikatnya... 

ujian jugalah yang membentuk kekuatan. 
Percaya, 
apa yang memeritkan kita hari ini, 
itulah yang akan menjadi kekuatan kita suatu hari nanti.

TESTIMONI SAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4

testimoni dari group yang mana suami mengidap sakit buah pinggang tahap 4. kita sebagai isteri mesti risau dengan penyakit suami kan. semoga dengan sharing ini dapat membantu kita atau sesiapa yang menghadapi masalah dan penyakit yang sama.
 
Suami sakit buah pinggang tahap4. Bila doc bgth suami sakit buah pinggang tahap4, hati ni luruh allah saje yang tahu..  Tapi kekuatan datang bila saja pandang wajah suami demi ank2 yg nak membesar.  Tahun 2020 k.jannah dgn cg azmi datang rumah untuk menziarahi kami.  Masa tu suami baru keluar hospital sbb demam panas..  

Ujian allah dtg lagi tuk tgk hamba nya ni sabar ke tidak.  Penglihatan suami sebelah kanan terbahagi separuh nampak separuh da gelap..  Allahuakhbar..  Tepat waktu nya k.jannah dgn cg azmi dtg.. Lps tgk demo kami ingin mencuba tuk kearah kesihatan suami. Suami cuma berani ambik bee honey bee propolis bee propolis je.

Pengambilan  hanya pg sebelom sarapan je. Sbb suami takut nak makan sebenar nya.  Sy pujuk pelahan2. Permulaan suami amalkan mmg tak nmpak perubahan nya.  Sy sebagai seorang isteri bila suami da ambik produk forever sy pun nak join sekali untuk memberi kesihatan yg baik pd diri kan..  Org kata sambil menyelam minum air😊.. 

Ok lama kelamaan suami guna dgn keizinan allah sy nmpak perubahan sedikit demi sedikit.  Suami yg kerap letih ( tertido tiba2) da kurang.  Dan balik dr dialisis pun tak terus tidur,  boleh bersembang tgk TV, Alhamdulillah syukur sgt2. Sy tak bercerita pun pd suami apa yg sy dgn ank2 nmpak.  Tp pd awal tahun ni sebelom puasa. Suami sendiri bgth kami. 

Masa tu pg lepas sarapan.  " Abg rasa da boleh joging la. Dia pun buat la lari2 ank dpn TV,  sy terkejut dan nak nagis pun ye. Ank2 semua gembira bila nmpk ayah nya boleh aktif. Ptg tu jg dia ajak ank2 joging depan rumah..  Sy cuma ingatkan jgn terlalu lasak buat pelahan2.. Insya Allah allah bg lebih baik..  

Allah tu maha mendengar doa sy setiap hari setiap masa tu la dia suami sy skg walaupun tak pulih sepenuh nya.  Sy bersyukur sgt2 allah bg suami sy kekuatan dan semangat dia semula.  Allahuakhbar..  Atas asbab mengamalkan makanan sunnah allah bg hasil yg luar biasa😊.. Gambaran ni hanya Allah yg tahu.  Skg masih amalkan 3produk tu.. Maaf la panjang sgt celoteh nya..

C&P from Zila Ila



bila kita berusaha pasti Allah tunjukkan kita jalan, aku join forever bukan sahaja nak ubah kehidupan keluarga tapi dalam masa sama aku nak bantu mereka yang memerlukan dalam menanggani masalah kesihatan.

setiap kita menghadapi masalah yang berbeza-beza so kepada siapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk forever living bleh wasap sy di www.wasap.my/60173502400

PKP masih sambung lagi

aku bukan nak mengeluh pasal pkp tapi aku sedih kenapa masa buat pkp 3.0 tak buat betul2? aku tutup kedai kot sebab nak ikut saranan kerajaan walaupun boleh buka cafe aku tu. kami yang anak bilis ni sangat terkesan, tolongla jangan fikir jerung je fikir jugak periuk nasi kami walaupun kerajaan bagi mukak sampai pukul 10am pun customer mana ada datang. dine pun belum boleh so nak buat biar la semua tutup dan buat betul2 sehingga kes menurun.

banyak dah viral pasal kematian disebabkan covid-19 ni so kerajaan patut dan mesti fikir pasal masyarakat yang sangat-sangat terkesan dengan semua ini. harap pihak berwajib fikir dan bertanggungjawab penuh dengan sema ini.

sebelum ini di negara-negara yang tinggi covid-19 mengamalkan lock down besar-besaran dan tanpa terkecuali so tolongla bantu kami yang sangat-sangat terkesan dan kesihani kami. sampai bila kami akan patut berada dalam situasi mcm ni.

kalau situasi berterusan macam ni aku terpaksa buka cafe mula 01/07/2021 dan lihat macam mana sale kami nanti. semoga Allah permudahkan rezeki kami.. InsyaAllah, amin

Tuesday 8 June 2021

Jangan benci MLM

MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayu nya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.

Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan. Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.

kat atas tu adalah maksud kepada MLM. kalau kawan-kawan nak tau MLM Forever Living ni bukan perniagaan pertama aku malah dah lebih dari 5 MLM sepanjang aku hidup aku pernah buat. sebelum ini sangat mencabar untuk mencapai ke peringkat yang tinggi tetapi di Forever Living ni sangat2 fun dan happy. sebab aku dapat ramai sangat kenalan yang positif dan sama2 berusaha dengan aku mencapai kejayaan.
apakah sebenarnya Forever Living?

  1. syarikat yang mempunyai 200 jenis produk;
  2. pengeluar alovera organik terbesar dunia;
  3. berada di 171 buah negara;
  4. syarikat yang kaya mempunyai lebih 90 buah resort mewah;
  5. syarikat MLM bertaraf dunia;
  6. syarikat pengeluar produk kesihatan;
  7. mempunyai badan/yayasan kebajikan;
  8. menawarkan pakej pengawalan berat badan organik dan natural;
  9. merupakan syarikat vertically integrated iaitu dari ladang - kilang - kepada FBO tanpa orang tengah.

aku sangat teruja dengan pelan pemasan yang di Forever Living ini iaitu terdapat 3 konsep yang tiada di MLM lain iaitu : 
  1. Tiada orang tengah dan keuntungan 70%. mempunyai ladang dan kilang sendiri beb. memang terbaik sangat. syarikat MLM lain setakat saya join tak ada kilang sendiri dan produk pun aku sendiri tak tahu dari mana.
  2. Bayaran ahli hanya rm90 sahaja dan :
    • meniaga ada untung runcit dari 30%-48
    • pastu ada pulak indirect bonus dengan menaja antara 5%-13% 
    • ada pulak royalty bonus dan boleh diwarisi tau.(apa lagi nak kan) dengan 6%,3%,2%
    • tak ada konsep pairing sebab dalam bisnes mana ada konsep pairing kan dan kalau ada perniagaan itu memang tak akan kukuh sebab susah nak lakukan dan skim piramid yang sah2 haram. di Forever 1 kaki pun bonus dah mencecah 5 angka
Dalam pada tu terdapat insentif yang sangat saya suka dan minat iaitu :
  1. Tabung kereta;
  2. Pelancongan free;
  3. bonus tahunan.
kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah kewangan atau mereka yang memerlukan pekerjaan jom la kami bantu sehingga berjaya...

wasap saya di www.wasap.my/60173502400




Saturday 5 June 2021

8 CARA PENGGUNAAN Aloe Vera Gelly Forever Living


1) Digunakan sebagai "mask" untuk muka.

Secara amnya Aloe Vera gelly ini bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat, segar dan awet muda gitu. Cara penggunaan dia sapukan gel aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna air suam/air paip je pon boleh (nak bawa tidur pon boleh)

2) Untuk menghilangkan parut

Aloe vera gelly Forever Living ini juga boleh digunakan bagi menghilangkan parut bekas-bekas jerawat atau parut pada bahagian anggota badan kita "In sha allah boleh hilang dengan izinNYA". Cara penggunaanya mudah sahaja ambil sedikit gel aloe vera gelly ni then sapukan pada bahagian parut sebanyak 1-2 kali sehari (pagi atau sebelum tidur pon boleh). Ramai kawan saya dah cuba untuk menghilangkan parut jerawat (muka) dan alhamdulillah terdapat perubahan..Cuba la rasakan perubahannya..jangan tidak cuba.

3) Digunakan selepas shave misai atau jambang (bagi yang lelaki ye)

Biasanya selepas shave kulit mesti jadi sensitifkan? jadi lepas shave  tu boleh la korang sapukan gel aloe vera gelly ni..In Sha Allah boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit muka korang tu..

4) Digunakan bagi mencantikkan kelopak mata dan lingkaran bawah mata.

Bagi sesiapa yang ada masalah mata panda atau sembab-sembab tu boleh sapukan gel ini. Cara penggunaannya mudah je ambil sekeping cotton pad (biasa kita gunakan kapas untuk toner) then letak la gel aloe vera kat atas kapas, before applying dekat mata tu kalau nak effect best masukkan dalam peti ais terlebih dahulu (jangan letak dekat freezer pulak nanti beku pulak dia) then letak la pada mata and bawak tidur la ye..

5) Digunakan sebagai "Hair Treatment"

Kepada sesiapa yang ada masalah rambut bercabang,kering atau rambut kasar-kasar tu boleh la sapukan je gel aloe vera ni dekat rambut korang (macam korang  guna hair conditioner) then urut-urutkan la sehingga ke kulit kepala ye..Bukan setakat dapat rambut yang cantik malah rasa fresh je kulit kepala..tak percaya? cuba lah~~

6) Digunakan pada kulit muka yang dah terkena 'Sunburn"

Saya tahu bila kulit dah burn memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? bila sentuh je sakit kan? tak pe korang sapu je gel aloe vera ni pada kulit yang terkena sunburn tu..In Sha Allah kurang rasa sakit tu malah rasa sejuk je. 

7) Boleh dijadikan sebagai "Make up Base"

Sebelum korang pakai apa2 foundation tu boleh la sapukan gel ni terlebih dulu ataupun mixkan pon boleh aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran ratio 2:1. Resultnya mekap korang akan lebih bertahan lama..cuba lah kalau tak percaya~~

8 )Boleh memperbaiki kuku yang rosak/rapuh.

Kepada sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh je apply gel aloe vera ni pada kuku korang dan In Sha Allah dapat mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat (bling bling gitu) hihihi..

Berminat wasap saya di www.wasap.my/60173502400/aloveragelly

#TheAloeVeraCompany
#AloeVeraGelly
#ForeverLiving

Fakta - Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri,perlu dapatkan dari makanan dan supplement.


Kenapa forever memilih betik sebagai kandungan dalam vitamin c forever? Kenapa bukan limau? Oren?
Betik sangat tinggi serat.

Betik lebih tahan berbanding oren yang mudah rosak isinya, cuba ambil oren dan betik, belah dua, letakkan disatu tempat yang sama,tgk buah mana yang akan rosak dulu. Orang2 gerd, gastrik yang alahan dengan citrus, tak digalakkan ambil vitamin c yang mengandungi buah2 citrus Yang ada masalah macam ni sangat digalakkan ambil vitamin c forever sebab kandungannya dari betik 

Nak amal vitamin c pun kena ada ilmu,bukan main makan je kan Vitamin c antara suppliment secondary, bukan premier, sangat membantu, tapi memerlukan bantuan gabungan produk lain juga.
Friday 4 June 2021

Khasiat Absorbent C daripada Forever Living


 ‘’Cik, saya nak cari #vitamin C la. Kalau boleh yang chewable sebab nak share dengan anak dan wife.. risau la saya keadaan sekarang ni  ‘’ – Amir
Apa yang best Vitamin C ni?
✅ Sebotol ada 100 biji
✅ Tahan hingga 3 BULAN
✅ Yang Gastrik pun boleh ambil
✅ Semulajadi, Selamat & berkesan
Rasa apa?
✅ Rasa seperti mengunyah oat kerana adanya campuran dari oat bran utk mengawal selera mkn dan sesuai utk mereka yg diet. Kandungan 60mg vitamin C juga tidak membebankan buah pinggang.

Untuk siapa je boleh ambil?
✅  Perokok tegar
✅  Masalah jerawat 
✅  Masalah kulit kusam, tona tidak sekata
✅  Yang kerap kena batuk dan selsema (antibodi lemah)
✅  Kanak-kanak 2 tahun ke atas yang tak mahu makan sayur-sayuran

FOREVER LIVING VIT C-APA YG UNIK?? SEMUA MESTI CUBA

🍋  SEBIJI lemon dianggar mengandungi 30mg vitamin C 
🍋  FOREVER LIVING Absorbent-C mengandungi 60mg mengikut standard yang ditetapkan oleh RDA
ABSORBENT-C


🍊Memang lain dari yang lain!
🍊Formula berpaten Forever Absorbent-C
🍊Memastikan khasiat vitamin C diserap 100%
🍊Sebab sifat vitamin C larut air
🍊Cepat sangat dikumuhkan oleh badan
🍊Tapi Absorbent-C mmg ABSORBENT!!!


Absorbent-C juga diperkayakan dengan:
========================
✔️ 🌾Oat👉baik untuk jantung & singkir kolestrol jahat (oat terikat dengan vitamin C supaya tahan lebih lama
✔️ 🐝Madu👉baik untuk sistem pernafasan, mata
✔️ Ekstrak betik 👉membantu perlawasan
✔️ Ekstrak oren👉 membantu membekalkan vitamin C baik untuk kulit (jerawat, parut, & kulit kusam)
✔️ Diluluskan KKM , Halal & Kosher certified
#vitamincforeverliving

vitamin c vs lemon

Badan kita ni kena mkn 6 biji lemon sehari untuk memenuhi keperluan vitamin C sehari.

Lemon mahal cik kak oii..larat ke? 

Rasa2 nk mkn lemon 6 biji sehari rm5.40 / absorbentC rm0.64 sehari....?? 😎

X daya aihhh nak amik sampai 6 biji lemon hari2 weh!

TAPI ADA YANG MUDAH😲

#Dah ada yang dikaji
#Dah ada yang ada R&D bertahun2
#Dah ada yang dipaternkan
#Dah ada yang dah lulus KKM di 168 negara

Tak perlu nk mikir dan kaji2 lagi lah nak susah2kan diri lagi???



#AbsorbentCForeverLiving

Tazkirah buat saya dan semua

 

Kebanyakan dari kita termasuk saya, tak fokus pada satu perkara dalam satu masa menyebabkan hidup jadi stress, murung dan risau.
 
·         Masa bersama keluarga, fikir pasal kerja.
·         Masa kerja, fikir nak pergi bercuti.
·         Masa solat, fikir nak makan apa lepas ni.
·         Masa makan, mata tengok henfon.
 
Bila kita fokus pada situasi semasa, hidup kita jadi lebih bahagia & mudah nak capai apa sahaja yang kita nak capai dalam hidup.
 
·         Bila buat kerja, fokus kerja betul-betul.
·         Bila makan, makan betul-betul.
·         Bila bersama keluarga, henfon letak tepi.
·         Bila solat, fokus pada bacaan dalam solat.
 
Mentor saya cakap, what you do anything is how you do everything. Jika 1 perkara kita tak fokus, semua perkara kita takkan fokus. Bila tak fokus, kita hidup sama ada di masa hadapan atau di masa lampau. Tak pernah berada di masa sekarang.
 
Ramai tak perasan mereka tak hidup normal. Tak perasan apa yang ada di sekeliling mereka sekarang. Mereka fokus pada masa hadapan atau masa lampau.
 
Hidup jadi risau & gemuruh jika kita hidup di masa hadapan.
 
·         Esok nak makan apa?
·         Minggu depan nak pergi mana?
·         Apa jadi kalau PKP dilanjutkan?
 
Hidup akan jadi murung jika hidup di masa lampau.
 
·         Aku pernah gagal
·         Semalam bergaduh dengan pasangan
·         Minggu lepas kena marah dengan bos
 
Apa yang perlu kita buat untuk happy?
 
Enjoy & fokus apa yang ada di depan mata.
 
·         Syukur masih ada rumah
·         Syukur masih ada kerja
·         Syukur masih ada keluarga
·         Syukur masih ada makanan atas meja
 
InsyaAllah, hidup anda akan berubah 360 darjah.
 
Dah bersyukur hari ini? 😍

 


Friday 28 May 2021

kes covid-19 yang semakin membimbangkan

sehingga semalam jumlah sudah mencecah 7k bilangan yang sangat membimbangkan. bukan orang lain la aku nak ceritakan bab diri aku sendiri yang mana sangat patut kita untuk lebih berhati-hati jika hendak keluar dari rumah.

paling aku risau anak2 dan suami. suami aku ada asma, sangat tinggi risiko dia tu sebab kalau ada apa2 yang nak kena beli aku yang akan gi beli. setakat ni kesihatan aku sangat memuaskan alhamdulillah tiada masalah kesihatan. 

aku dan rakan2 dah mula bekerja dari rumah dan ganti2 masuk opis. suasana di opis sangat suram dan sunyi.. aku rindu sangat riuh mesra dari rakan2, borak2 mesra dan banyak aktiviti kami di opis.

kita sama-sama perangi covid-19 ini insyaAllah kita akan berjaya. percaya kepada pencipta dan sentiasa berdoa agar keluarga, sanak saudara dan semua umat islam akan dilindungi. bukan umat islam sahaja tetapi semua manusia di dunia... amin



Tuesday 18 May 2021

Dah terhantok baru nak terngadah

 betul tak tajuk aku tu ea... hahahha

aku cuma nak luahkan perasaan yang terbuku disanubari aku ni dan sangat-sangat sedih dengan persekitaran kerja aku. Pasal kerja yang tak pernah nak habis pasal management yang tidak ambil berat berkenaan kesan dan masalah yang dunia hadapi iaitu Virus covid-19 ni. virus ni memang dah terbukti virus yang sangat bahaya pada semua tak kira peringkat umur.

KKM pun dah sebut banyak kali supaya kita patuh sop yang telah ditetapkan tapi??? apa dah jadi? kebal sangat ke sehingga melanggar sop yang telah diberi? apa perlanggaran yang tak dipatuhi tu? sape yang satu opis dengan aku je tahu sop mana yang mereka langgar.

Last-last terpaksa tutup juga opis yang sangat penting ni.. korang baca la dibawah ni yea opis mana yang aku maksudkan... huhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COVID-19: Ibu Pejabat SAINS tutup lima hari

SEREMBAN: Ibu Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) di sini, ditutup lima hari mulai semalam, selepas beberapa kakitangan syarikat itu disahkan positif COVID-19.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata penutupan itu bertujuan memastikan saringan ke atas kakitangan dan sanitasi ruang pejabat dapat dijalankan dengan lancar.

Katanya, kerja-kerja saringan dilakukan berikutan beberapa kakitangan SAINS disahkan positif COVID-19 dan mereka sudah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh SAINS pada masa ini adalah mengenal pasti kakitangan yang berhubung rapat dan dikenal pasti sebagai kontak B.

"Kami telah berhubung dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) untuk menangani perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi di ruang bekerja Ibu Pejabat SAINS dilaksanakan semalam, dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Seremban 2.

Katanya, pihaknya amat terkesan dengan perkara berkenaan namun SAINS tetap meneruskan tanggungjawab bagi operasi dan agihan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan seperti biasa demi keperluan dan kepentingan pengguna.

"Justeru, SAINS mengharapkan kerjasama semua pihak, terutama pelanggan untuk terus mempercayai keupayaan syarikat ini dalam membekalkan bekalan air secara berterusan dengan kualiti air yang terjamin, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 semakin meningkat," katanya.

Norzita berkata, pihaknya berharap pengguna air di Negeri Sembilan terus menghubungi talian 1800-88-6982 atau e-mel ke aduan@sainswater.com bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan gangguan bekalan air di kawasan terjejas.

Katanya, segala maklumat mengenai gangguan bekalan air disebabkan paip pecah atau kekangan berpunca di loji, rumah pam atau bencana alam turut dipaparkan dalam portal rasmi SAINS www.sainswater.com dan juga FB Pusat Khidmat Pelanggan SAINS.

"Selaras dengan ini SAINS mengharapkan kerjasama kepada semua pengguna untuk terus membuat bayaran bil air tepat pada masa ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan SAINS," katanya.

Saturday 15 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

kita masih berdepan dengan covid-19 so untuk kita menyambut hari lebaran dengan penuh kemenangan dan berkunjung kunjungan tidak dapat. perkara ini buat kita sedih sebab nak balik ke kampung pun tidak dapat, nak ke pusara pun juga tidak dibenarkan.

semua ini ujian pada kita umat islam supaya sentiasa redha dengan ketentuan yang telah DIA berikan... InsyaAllah dia nak bagi yang lagi baik pada umat nya... amin

hari ni dah hari ke 3 kita menyambut syawal. walaupun tidak dapat merayakan syawal dengan sempurna aku dan keluarga menyambut di rumah dengan sederhana. masak, pakai baju raya dan cantikkan rumah perkara wajib untuk keluarga buat untuk naikkan suasana raya yang sederhana ini.

rindu suasana kampung tak dapat diungkap dengan penulisan dan kata-kata. sedih tu sangat mencengkam perasaan dan sanubari aku. rindu nak peluk mak dan bermaaf-maafan dengan adik beradik serta sanak saudara. 

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang kenal saya...




Tema raya pertama dark grey.. along tak de sebab dia punya program belum abis. Insya Allah tahun depan boleh la kita sama2 berkumpul dalam suasana meriah...















Raya kedua aku dan adha pakai serba merah, putri hijau... hehehehe


Saturday 3 April 2021

Aku sayang pada mu...


Dari aku lahir sehingga umur aku mencicah ke 42 tahun dia la yang sentiasa dengan aku bila aku menghadapi masalah, suka dan duka. aku akan sentiasa bersemangat bila kenangkan dia sebab dia lah sumber inspirasi aku.
mak, aku tak mampu lagi nak bagi apa yang mak nak tapi aku tahu dalam hati mak apa mak nak dan mak mahu.. sabar yea mak sikit hari lagi DIA akan bagi apa yang kita nak.. Insya Allah. cuma bila kita kena sabar dan terus berusaha sehingga sampai masa dan ketika kita akan dapat yea mak.

semoga mak akan sentiasa sihat dan kuat bila tiba masa dan ketika masa tu sampai. janji yea mak jaga kesihatan mak. anak mak ni tau yang masa sangat suntuk tapi percaya la mak yang akan tiba juga masa itu untuk kita sekeluarga yea...

kalau korang nak tahu, setiap apa perniagaan yang aku ceburi dia akan support aku sebab dia tahu dan percaya dengan kemampuan anak2 nya yang rata2 ramai yang menceburi bidang perniagaan. tahniah mak jadi vip yus dalam forever living...
Tuesday 30 March 2021

dia pergi TABLIGH

sebelum ini aku sangat kurang pemahaman berkenaan tabligh, dan sekarang dia nak belajar dan mengikut tabligh pula... sape dia tu? dia la anak sulung aku 

APA ITU TABLIGH?

Maksud Tabligh adalah menyampaikan ilmu kepada umat islam seperti belajar dan mengajar tentang ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim dan ulamak.

Tabligh ini berasal dari bahasa Balgha, Yablighu, Tablighu” yang bermaksud menyampaikan.

(sumber https://demiislam.wordpress.com/tag/tabligh/)  

 
Tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim, dan ulamak. Tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kepada ummat. Sangat berbeza dengan dakwah Dakwah wajib untuk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu  (sumber : http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz2krCszryZ ).

aku pasti mesti ada diantara kita yang pernah melihat jemaah-jemaah Tabligh ini di surau atau masjid berhampiran dengan rumah korang kan?

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang mereka lakukan, kebiasan mereka akan berhenti seketika di surau atau masjid untuk solat atau membersihkan diri sebelum mereka melakukan aktiviti dakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah-risalah tentang agama islam. Kebiasaannya jemaah Tabligh ini akan menyampaikan ilmu agama kepada semua dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

kini dia (anakku) mahu sama-sama rakan untuk tabligh. semoga dia istikomah dalam apa jua yang dia lakukan dan ingat Allah maha mengetahui. ibu sentiasa doakan awk berjaya dunia akhirat anakku...

 


Tahniah kepada Neelofa dan PU Riz

pada 28/03/2021 telah berlangsung perkahwinan antara ikon terbesar negara iaitu Neelofa bersama pasangannya iaitu PU Riz. pasangan ini sangat sesuai dan sepadan dari pandangan mata aku, dan sangat terkesan dalam diri aku.

walaupun mereka menghadapi pelbagai masalah pelbagai dugaan akhirnya mereka bersatu dalam majlis yang sangat sempurna dan mewah. lawa giler lofa dan hensem je PU Riz ni.. semoga mereka bahagia hingga jannah dan kita sebagai manusia biasa sentiasa la berdoa semoga mereka dan orang disekeliling bahagia.

bercakap berkenaan kebahagian, aku sedar  bahawa aku sebagai hamba Allah yang sangat lemah mempunyai banyak kekurangan tidak mampu untuk menutup semua tohmahan dan umpat keji dari orang sekeliling tapi aku tahu DIA maha SATU maha mengetahui apa yang telah berlaku pada aku dan keluarga.

selama orang mengata aku yang bukan-bukan aku sentiasa memaafkan kerana sebelum ini aku salah seorang yang naif dari segi Agama walaupun arwah abah seorang yang kuat agama. sebelum ini aku jarang memaafkan orang disekeliling yang sentiasa menindas dan mengata aku yang bukan-bukan. tetapi semakin banyak umur kita semakin matang jiwa dan raga kita... heheheh. dan baru kini aku tahu memaafkan adalah salah satu perkara yang sangat baik dan boleh menyucikan jiwa serta raga kita dari menjadi hitam.

semoga Neelofa dan PU Riz akan bahagia dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup sebagai pasangan suami isteri. 

Wednesday 17 March 2021

PARETO LAW

Apakah itu pareto law?

Utk memahami apa itu Pareto Law, sy buat penjelasan mudah.

Setiap perkara adalah berasaskan 2 domain - OUTCOME dan SOURCE OF OUTCOME.

Misalnya kita ada outcome berjumlah RM100k, yg dtgnya drpd 100 orang agen. Jadi bagaimana kita nak menentukan sumber outcome yg efektif?

Pareto law ini juga dikenali sebagai 80/20 principle, iaitu 80% drpd outcome biasanya dtg drpd 20% sumber yg alpha, dan 20% drpd outcome dtgnya drpd 80% sumber yg beta.

Sebagai contoh dalam bisnes Forever Living, biasanya drpd semua Fbo yg ada, 20% drpd nya adalah fighter dan 80% lagi adalah user.

Biasanya drpd jumlah sales kita sebulan,

80% dtgnya drpd 20% fighter tu.
20% dtgnya drpd 80% user tu.

So kalau kita nak cepat jd jutawan, kita kena besarkan angka yg 20% tu. Tapi kena ingat, drpd 10 yg kita recruit, 2 yg akan jd fighter.

So kita kena melebar, melebar dan melebar lg supaya odds utk kita membesarkan jumlah 20% tu makin besar.

Dalam kehidupan biasa pun kita dikenalkan dgn konsep B40, M40 dan T20. 80% kekayaan negara ini dtgnya atau dimiliki oleh Top 20% tu manakala bakinya dimiliki oleh 80% golongan B dan M.

So jika kita nak berjaya segera, fokus utk folow Pareto Law ni ye.